~ penyimpan rahsia ~

Dec 24, 2010

apakah maknanya kalau kawan-kawan kita selalu mengadu masalah pada kita.
kata orang itu maknanya mereka percayakan kita.
kita pendengar yang baik. kita juga penasihat yang baik.
kita kawan yg baik dan sebagai penghargaan, kita diberi kepercayaan.
mungkin...

tapi awas...
ada yg sedia berkongsi 'rahsia' dengan kita. tetapi sebenarnya berkongsi rahsia itu dengan orang lain juga.
hairan? sepatutnya rahsia hanya diberitahu pada orang dipercayai yg boleh simpan rahsia. kalau lebih daripada seorang, itu bukan rahsia lagi.

biasa dengar tak ayat begini...
"ini aku bagitahu kat engkau aje, jangan bagitahu orang lain...habis kat sini aje".
tapi sebenarnya ayat tersebut digunakan juga untuk berkongsi rahsia dengan 10 kawan yg lain.
jadi, di mana 'rahsia'nya?

jangan terkejut pulak, sekiranya anda memang 'penyimpan rahsia yg baik'.
kemudian datang seorang kawan yg juga kawan kepada 'pengongsi rahsia' tadi datang kepada anda.
"si anu tu cakap bla bla bla..... tapi aku bagitau engkau aje ni. jangan bagi tahu orang lain pulak..."
anda pun pura-pura belum tahu akan 'rahsia' yg di beritahu itu.

dalam kata lain, anda seorang saja penyimpan rahsia & berpegang pada kata-kata "ini aku bagitahu engkau saje, jangan bagi tahu orang lain...".
sedangkan orang lain tidak berbuat begitu.
malah kawan yg mahukan anda menyimpan rahsianya itu, rupa-rupanya menyebarkan rahsianya sendiri kepada ramai kawan-kawan lain.

ini kisah benar yg berlaku pada aku...
dan aku takkan terkejut jika orang lain juga pernah mengalaminya.

2 refleksi:

Unknown said...

Itulah yang dikatakan AMANAH. Orang yang SURUH pegang amanah tidak pegang amanah.
Orang yang DISURUH pegang amanah pun tak pegang amanah.

Dari cerita di atas itu, kesimpulannya.. kita dengar sahajalah, perhati sahajalah, nilai sahajalah.. gelagat sang pengadu atau sang pencerita.
Mak kizuki dah selalu jumpa orang macam tu. Layan dan senyum sahajalah.

bangsawan nilai said...

disuruh kita simpan
tapi mrk sendiri yg tak simpan
diminta kita rahsia
tapi mereka sendiri yg sebar rahsia...
ahhh...manusia!