~ audit ~

Dec 10, 2010

hajat & hasrat aku agar auditor luar datang berkunjung ke kompeni aku akhirnya dimakbulkan.
kali ini mereka diberitakan akan datang.
aku percaya selama ini ramai yg cuba 'menyembunyikan' kewujudan kami daripada dikunjungi auditor luar.
sudah banyak aduan yg kami kemukakan kpd auditor dalaman, tetapi 'pi mai pi mai, tang tu juga'. takda sebarang tindakan susulan.
kepincangan yg berlaku cuba ditutup seboleh mungkin.
bukan sekali dua, bukan setahun dua tapi sudah berkali-kali dan sudah bertahun-tahun ianya berlanjutan.

jadi, entah di mana 'silap'nya. nama kami 'naik'.
tak dapat tidak pihak yg cuba menutup, terpaksa akur.
sebaik mendengar yg auditor akan datang 'melawat' kami, aku sifatkannya sebagai 'peluang'.
ya, peluang untuk menunjukkan hal 'sebenar'.
peluang untuk kami mengadu nasib. peluang untuk kami membela diri.

namun, aku dimaklumkan oleh rakan sekerja yg 'in charge' urusan audit.
kami diminta memberitahu yg baik-baik sahaja.
kami diminta mengemas kini rekod.
kami diminta melengkapkan fail.
diminta kemaskan pejabat. bersihkan tandas.
yg akan diaudit ialah cara kerja, prosedur dan sistem kerja.
malah 'diselitkan' unsur amaran, bahawa jika kami diberikan 'NC atau tidak akur' dalam laporan auditor, terimalah padah 'amarah' atau amukan pihak pengurusan atasan.

dan nampak gayanya, kami perlu ikut.
kecenderungannya, kami juga perlu tunjuk yg baik-baik atau yg muluk-muluk sahaja.
entahla,
nampaknya peluang yg datang menggolek ini tidak digunakan dengan wajar.
masing-masing nak jaga periuk nasi.
walhal, kalau tidak sekarang, bila lagi?

0 refleksi: