seorang rakan editor dari kompeni lain mengeluh. tak menang tangan menyiapkan kerjanya. dibebankan lagi dengan tugasan untuk membuat perolehan manuskrip. katanya pertukaran editor antara bahagian dalam kompeninya tanpa pengganti, atau pengganti baru yg kurang pengalaman menjadi punca bebanan kerjanya bertambah. tambahan pula boss barunya yg menekankan perlunya ditambah kuantiti di samping mengekalkan kualiti buku.
jadi, dia terpaksa berdepan dengan penjadualan terbit yang ketat.
aku sedar beban kerja yg ditanggung oleh editor. ramai yg tak mengerti betapa sukar peranan pekerja di balik tabir ini. proses menerbitkan buku - panjang, berliku dan rumit. tapi bila sebuah buku terbit, yg mendapat kreditnya ialah pengarang & penerbit. kalau buku tersebut terjual dengan baik, pengarang dan pemasar buku yg dapat kredit. editor? cuma dapat ucapan terima kasih saja.
lalu aku tanyakan padanya. berapa judul yg perlu disiapkannya. sehinggakan mengeluh panjang dibuatnya. jawabnya, pada ketika ini dia sedang menangani 4 manuskrip serentak. satu sudah terbit, awal tahun ini. dia dipertanggungjawabkan menepati sasaran 6 judul untuk tahun ini. itu yg buat dia berasa sedikit tertekan.
********
tidak pula aku maklumkan padanya, yg di kompeni tempat aku bekerja, setiap seorang editornya disasarkan KPI 15 judul terbitan setahun!
sebab tidak mahu buat dia berasa lebih serba salah dan tertekan...
0 refleksi:
Post a Comment