kereta itu meluncur laju dari arah belakang. seakan mahu dilanggarnya bont*t keretaku. walhal aku memandu tidaklah perlahan. aku perlu memotong bas di depan yg berada pada lorong tengah. untuk memotong, aku perlu masuk ke lorong paling kanan.
daripada cermin pandang belakang & cermin sisi, aku nampak pemandu kereta itu bagi flash lampunya. mendesak aku segera masuk semula ke lorong tengah. tak sabar dia kelihatannya. maklumlah kereta mewah, besar dan cc-nya tinggi. mungkin akan rosak keretanya kalau memandu perlahan, barangkali!
aku fahamla, keretaku kecil, tak laju, tak mahal, buatan tempatan pula...sehabis memotong bas, aku pun masuk semula ke lorong tengah. tak puas hati, agaknya, pemandu kereta mewah tadi membunyikan hon panjang. melepaskan geram kerana laluannya diganggu beberapa saat oleh keretaku tadi.
sombongnya...getus hatiku.
kejadian itu, bukanlah pertama kali berlaku. malah sudah berkali-kali sepanjang pemanduanku setiap hari berulang-alik ke tempat kerja melalui lebuh raya seremban-kl. ramai yang memandu di luar had kelajuan yg ditetapkan. malah berlumba untuk berdulu-duluan. seolah-olah orang lain tiada hak di atas jalan raya. pantang perlahan sikit pasti disondol. walhal, tidaklah perlahan mana pun. masih dalam lingkungan kelajuan yg ditetapkan antara 90-110 kmj.
bukan saja kereta mewah atau besar, malah kereta kecil pun dipandu dengan laju yg melampaui keperluan & kemampuan sebenar. apakah yg hendak dikejar?
tak kisahla hendak memandu selaju mana pun...(kalau kena saman sendirila tanggung) tapi janganlah pentingkan diri sendiri. memandu secara berbahaya, mengekor rapat kereta di depan, silap langkah kemalangan menimpa. aku gelarkan pemandu sebegitu sebagai hantu lebuh raya!
itulah yg terjadi semalam. kemalangan menimpa kereta yg memintas aku sebelum itu. terperosok di pembahagi jalan. rosak teruk.
pemandunya kelihatan hanya cedera ringan. tetapi egonya cedera parah!
3 refleksi:
padan muka pemandu itu..
semalam aku tensen kena flash dengan sorang tu..aku drive kat lorong kanan, dalam 80-90. Memang itu speed limit. Depan aku, ada driver lain. Kalau aku pandu laju, sure langgar dia. Aku malas nak flash sebab dia ikut kelajuan yang betul.
TEtiba, mangkuk hayun ni datang flash kat aku. AKu bengang, aku tekan brek sekejab. AKu ulang dua kali dan kemudian tukar ke lane tengah.
Aku tengok manguku hayun tukar lane, terus ke paling kiri untuk destinasinya.
Aku pelik..dia tu bodoh ke atau pentingkan diri...? dah dia nak exit ke kiri, buat apa nak sondol aku yang di lane kanan? Agaknya dia jimat dua tiga jam kot dengan memecut di kanan sejauh 0.5km
dah selalu sgt TD.
ini yg lebuh raya, kalau jln biasa lagi la ramai 'hantu'...tak kira garisan berkembar pun potong jgk, kawasan kampung pun diorang belasah pecut jgk.
tak faham la sikap mrk ni.
memang kt jalan raya ada hantu, ada samseng, ada gengster, ada pelesit ada segala mcm org di sebalik stereng kereta...!
Post a Comment