Jabulani

Jun 17, 2010


yang cantik tak semestinya elok.
aku bukan cakap pasal orang. aku cakap pasal bola. bola rasmi fifa world cup 2010, afrika selatan yg diberi nama, jabulani.
menerima kritikan banyak pihak terutama penjaga gol, pemain & jurulatih.

tapi aku kira itu tak termasuk robert green, penjaga gol england...he he.
maksudnya, dia tidak menyalahkan si jabulani tetapi mengakui kesilapan dirinya...ikhlas!

yep, setakat ni aku menonton semua perlawanan pertama peringkat kumpulan. ya, bukan silap tulis. semua perlawanan tidak tinggal satu pun. secara langsung, bukan rakaman atau ulang tayang.
ya, aku sengaja mengambil cuti bersambung hingga rabu, bekerbetulan dengan berlangsungnya world cup, pusingan pertama.
aku tidak bercadang pula untuk meneruskan cuti sebulan, atau menonton kesemua perlawanan peringkat seterusnya selepas ini. yalah, kenalah praktikal. kita ni bekerja kan. takkan nak jadi burung hantu pula.

mungkin di peringkat awal ni, banyak pasukan yg masih terkial-kial untuk menemui rentak. malah ada yg dikejutkan dengan kekalahan seperti spain.
takpe. setakat ni yg tampak menyerlah ialah germany & argentina.
tunggu perlawanan seterusnya, baru bolah dapat gambaran, siapa bakal juara sebenar. yg pastinya tag feberet, tidak menjanjikan kemenangan mudah...

itulah kelebihan bola sepak, sukar diramal, bukan juara lagu tv3 atau anugerah bintang popular!

2 refleksi:

rahimin said...

go go brazil...!!

suriahoney said...

ronaldo nya teamla...portugal!