kami memulakan perjalanan balik kampung. perjalanan bermula seawal 8:00. tujuannya untuk mengelakkan jangkaan akan berlaku kesesakan lebuh raya plus berhampiran senawang. sebab dah selalu sangat terkena. lagi pulak, kali ini tak ambik cuti ekstra untuk balik kampung. cuti hujung minggu. maknanya, kalau balik awal bolehlah berada 'lama' sikit di kampung...percutian sekadar 2 hari satu malam.
perancangan asal pun bukan begitu. memandangkan sepanjang musim cuti sekolah ni banyak benar jadual yg dah bersusun. termasuklah 5 undangan kenduri kahwin. selain, permintaan anak-anak yg cuti sekolah untuk bercanda di pasiran pantai.
jadi minggu ini sajalah peluang untuk menjenguk orang tua di kampung. walhal baru sebulan lepas dah balik dah. tapi biasalah, bila cuti sekolah memang dah jadi 'arahan' wajib untuk balik kampung. walaupun waktu yg terluang itu sekejap tetapi ianya amat bermakna buat mereka. aku faham. dah tua nanti, bagaimanalah aku gamaknya?
singgah bersarapan sekejap di kedai mamak di senawang sebelum memulakan perjalanan panjang, jauh dan berliku. sampai di kuala rompin kami ternampak kain rentang besar antara lain mengalu-ngalukan kedatangan pengunjung ke rompin fest. yg diadakan di pantai hiburan yg terletak 2km saja dari pekan kuala rompin. oleh sebab waktu itu baru pukul 11:45 pagi, kami mengambil keputusan untuk singgah. lagipun 'sasaran' kami ialah untuk makan tengah hari di kampung. tempoh perjalanan kira-kira 1 jam setengah dari pekan kuala rompin. masih ada masa untuk menjengok apakah yg dihidangkan di rompin fest yg berlangsung dari 29 mei-13 jun.
sampai di sana, deretan gerai sepanjang pantai dapat dilihat. agak pelik jugak, masih belum ramai pengunjung. letak kereta pun takde masalah, tak sesak seperti yg aku jangkakan. kami pun 'melawat' gerai yg ada. kebanyakannya baru saja dibuka untuk perniagaan hari itu! sudah hampir jam 12 tengah hari, baru nak buka...
masing-masing peniaga, tengah sibuk memunggah barang dari van atau kenderaan, sesetengahnya sedang sibuk menyusun barangan yg hendak dijual, peniaga makanan sedang sibuk memasak, ada juga peniaga yang baru hendak membuka kedai...
pendeknya, kebanyakan gerai masih separuh buka & sesetengahnya belum bersedia untuk berniaga pada hari itu.
walhal hari itu adalah hari sabtu malah juga hari cuti umum keputeraan ydp agong. kata orang kalau nak cari rezeki, keluar awal. dalam hal berniaga, bukalah kedai awal. padanlah tak ramai pengunjung mungkin jugak mereka dah tahu 'hal sebenar'. oleh sebab masih banyak kedai yg belum 'bersedia' kami pun rasa tawar hati untuk melawat keseluruhan gerai. hanya sempat beli kacang rebus, belon untuk erin & air yg tidak berais (kerana belum sempat dibancuh & alasan lori hantar ais belum sampai).
kami berada di situ tak sampai setengah jam. lalu segera beredar. meneruskan perjalanan balik kampung. dalam hatiku berkata, inilah masalah orang melayu, dapat peluang berniaga, buat sambil lewa. asal untung sikit sudahla...
1 refleksi:
mentaliti peniaga melayu memang mcm gini.
dpt untung sikit dah le.
meniaga buatla cara meniaga, serius. customer dh dtg, baru terhegeh2 nk kemas kedai, ape benda meniaga mcm tu...!
Post a Comment