seorang kawan yg tak dapat menonton bola sebab ada urusan bisnes, menghantar sms supaya aku menghantar update padanya. sejurus sebelum perlawanan bola world cup antara portugal-korea utara malam semalam.
khidmat aku berikan adalah percuma tanpa sebarang caj. sebaik gol pertama dijaringkan, aku pun menghantar mesej padanya.
pada jangkaan aku tak banyak gol yg dijaringkan seperti mana trend perlawanan terdahulu. tapi perlawanan ini sudah bertukar menjadi kenduri gol. sebaik aku hendak menghantar sms seterusnya selepas gol ke-2 dijaringkan, gol ketiga pula dijaringkan pada minit ke-60. jadi aku hantarkan satu lagi sms kepada kawanku itu dengan kedudukan 3-0. kemudian portugal terus mengasak pertahanan korea yg kelihatan naif. coach mereka sepatutnya mengeluarkan arahan taktikal damage limitations dengan memarkir bas di depan gol. tetapi ini tidak dilakukan. sebaliknya korea utara cuba melawan api dengan api!
satu demi satu gol bolos ke jaring pasukan korea utara. jadi aku pun ambik keputusan tidak menghantar update sms. hanya menunggu perlawanan tamat dan berikan keputusan full time nanti. dan itulah yg aku buat.
kalau tidak pastinya aku kena hantar 7 kali sms...!
2 refleksi:
celcom atau maxis tak sponsor nko ke...he he
yippi!
ronaldo ku mng
Post a Comment