ramai yang kutuk team england bila mereka kalah. dalam blog, di fb. merata-rata yg menyerang england. nampaknya mereka memang menunggu-nunggu saat kekalahan atau terkeluarnya england daripada persaingan piala dunia.
kenapa agaknya?
nak kata mereka benci england atau marahkan mereka sebab pemain-pemainnya, mustahil. lihat saja pengaruh EPL.
kononnya pasukan atau liga lain lebih superior. tidak juga. sebab ramai pemain luar yg bermain di EPL. malah kalau mengikut statistiknya, EPL membekalkan paling ramai pemain yg bermain di piala dunia!
nak kata bundesliga...hanya bayern munich saja hampir saban tahun. nak dakwa la liga di sepanyol, bukan jugak, sebab asyik-asyik barcelona & real madrid saja yg gila kuasa.
nyatanya, team england tidak wujud. yg wujud hanya individu yg mewakilinya.
sekumpulan individu yg bermain untuk satu pasukan tidak akan membentuk pasukan yg kuat. kenapa rooney yg menjaringkan gol yg banyak musim ini tak dapat jaringkan walau satu gol pun dalam kumpulan yg dianggap lemah? kenapa lampard tak menjadi? kenapa terry nampak sumbang dan lembik?
mana perginya gol cantik, pertahanan kental, tandukan berbisa, hantaran sempurna, larian pantas, hantaran silang, hantaran tepat, semangat juang yg biasa disaksikan di tv? tak nampak pun.
tentunya ramai yang tercari-cari jawapannya.
kenapa ramai tak sokong england dan ramai yg mahukan mereka tersingkir, jawabnya kerana mereka tak suka media england yg terlalu mendewa-dewakan pasukan mereka. tetapi media jugalah yg menjatuhkan dan menghentam mereka bila sudah jatuh terduduk.
the 3 lions sudah bertukar jadi england roses!
8 refleksi:
Aku Ingin Lihat Portugal kalah teruk dan RONALDO diBOOOOOOOOOOOOOO oleh penyokongnya sendiri :)
kalah atau menang, ronaldo tetap ensem...he he
err aku ingatkan kita bincang pasal bola....camner boleh jadi diskusi hensem?
anyway, aku juga ingatkan kau lebih suka kehenseman Bangsawan Nilai daripada Ronadlo
berkait ape...tajuknya 'pemain bola yg ensem'
abg bangsawan msk kategori blogger hensem...he he
oklah, ni soklan cepumas.
Kalau disuruh jadi hakim dan kena pilih seorang pemenang, suriahoney pilih siapa lebih ensem: Ronaldo atau abang bangsawan kau?
soklan ni tkde kena-mengena dgn bola kan...
so i'll ignore..ha ha
ha ha ha
hujah makan tuan
tepuk tepuk tepuk
kau menang :)
ada orang hilang bersama-sama kehilangan Portugal. Sesiapa yang jumpa orang tu sila buat laporan di blog ni..:)
Post a Comment