biasa dengar pilih kasih atau pilih bulu?
pernah bukan.
pernah jadi mangsa atau jangka ianya akan menimpa kita?
orang lain, aku tak tahu. tapi aku tidak menjangkakannya. lebih-lebih lagi aku berada dalam kompeni yg sekecil ini. staf yg ada pun 'kelihatannya' biasa-biasa aje. takde yg nampak macam yang 'bermuka-muka'.
lagipun aku bukannya baru setahun dua di sini. sudah bertahun-tahun.
rasa-rasanya aku sudah masak dengan perangai diorang. dah faham hati budi masing-masing. aku rasa mereka pun rasa begitu juga. sebab sudah lama bekerja bersama-sama. dah tahu masing-masing datang ofis, jam berapa. dah tahu parking kereta di mana walaupun sebenarnya tidak ditentukan. dah tahu karakter masing-masing. siapa yg suka bergurau, siapa yg pendiam, siapa yg sensitif.
tak ada pun yg nampaknya kaki bodek. suka ampu boss. biasalah, ramai yg mengata di belakang boss. jadi, boss sebenarnya berseorangan. takde geng...
boss takde orang kesayangan. jadi, tentunya dia tidak bersikap pilih kasih...bukan?
aku silap. besar silapnya.
aku patut lebih menjangkakan. segalanya boleh berubah sekelip mata. semata-mata kerana ganjaran & pangkat.
biarpun sebelum ini, beberapa kali aku berasa sedikit curiga padanya. tapi sikapnya yg 'alim-alim kucing' itu berjaya menutup sikap sebenarnya.
kali ini, tidak syak lagi. boss memang pilih kasih. kasihnya, tertumpah pada staf yg alim-alim kucing itu. apa tidaknya, keputusan mesyuarat tidak dipatuhi, segala perancangan sudah diatur terlebih dulu & tidak dinyatakan di atas kertas oleh mereka berdua. perancangan dua orang secara unilateral bukannya konsensus...
aku silap. benar-benar silap...!
aku kecewa dan terkilan. sangat terkilan...
2 refleksi:
selagi bernama manusia, akn sentiasa ada org ambik kesempatan...ben
pilih bulu lg bahaya dpd pilih kasih...he he
Post a Comment