rupa-rupanya keputusan sudah dikeluarkan minggu lepas. aku hanya mengetahuinya dari rakan seofis. tadi aku pun lihat keputusannya. antara yakin dengan tidak. sedikit gusar kerana selepas keputusan screening tahun lepas yg agak sederhana, aku berjanji untuk berubah dari segi pemakanan dan gaya hidup lebih sihat. tetapi semua itu hanya bertahan 1-2 bulan saja. kemudiannya kembali kepada tabiat lama. makan ikut sedap tekak dan bermalas-malasan untuk bersenam.
bila dapat makluman yg screening akan diadakan pada hujung bulan lepas, rasa bersalah dan gusar menjalaninya kembali menguasai fikiran. mujur sempat juga memulakan senaman petang dan mengatur pemakanan seimbang dalam tempoh dua minggu terakhir. namun sejauh mana kesannya masih menjadi kesangsian.
hinggalah pagi ini aku lihat keputusannya dengan rasa sedikit gelisah. alhamdulillah tidaklah seburuk yang aku jangka. malah pada keseluruhannya lebih baik daripada ujian yang dijalani tahun lalu. pada kebanyakan keputusan ujian yang dilakukan ianya berada pada tahap sihat. pada tahap tidak sihat pula, tidaklah terlalu jauh daripada sepatutnya. sebenarnya aku terima keputusan ini dengan rasa kelegaan bukannya gembira.
sekali lagi ianya bagai loceng amaran pada aku agar lebih menjaga kesihatan, pemakanan dan gaya hidup aku. lebih-lebih lagi dengan peningkatan usia. aku perlu lebih berusaha mengawal diri, mengatur gaya hidup lebih sihat terutama dari segi amalan pemakanan yg sihat.
1 refleksi:
jom start jogging minggu ni...!
Post a Comment