petang semalam aku didatangi oleh 2 orang staf baru. mereka baru masuk bekerja dalam 3 bulan lepas. muka mereka agak merah dan tersipu-sipu, bila masuk ke bilik ofisku. jadi, aku tahulah mereka datang jumpa aku, bukan pasal kerja. 'sekilas ikan di air ...' aku dapat agak.
"incik...kami nak mintak tolong buat surat pengesahan jawatan dan sahkan salinan slip gaji..." kata salah seorang daripada mereka meluahkan hajat di hati yg terpendam. antara keluar dengan tidak saja ayat dari mulutnya.
"saya kena tahu dulu, nak buat apa tujuannya..." sengaja aku tinggikan sikit nada suara dan wajah sedikit serius.
mereka saling berpandangan. mereka tahu, tak boleh berselindung dengan aku.
"macam ni lah incik. tadi kami tengok satu iklan dalam paper. kompeni #&^5+ . mereka nak ambik pekerja lulusan diploma. jadi, kami nak cuba mohon..." jelas salah seorang daripada mereka dengan sedikit sangkut-sangkut.
mungkin ada rasa bersalah. iyalah baru kerja 3 bulan, dah nak mintak kerja lain. kalau boss mungkin tak lepas lah hasrat mereka ni....
aku faham maksud mereka. aku antara penemu duga yg mencadangkan mereka berdua ni diambil bekerja. tapi aku mengaku, semasa mengambil mereka ada sedikit rasa simpati. ikutkan kelulusan mereka memang over qualified. maksud aku mereka memohon jawatan yg lebih rendah sedangkan kelulusan mereka lebih tinggi dan boleh dapat tawaran gaji lebih baik. tapi disebabkan persaingan dalam pasaran kerja dan kesukaran mendapatkan pekerjaan pada waktu ini, mereka sanggup terima apa saja peluang tawaran kerja yang dapat dahulu. mereka aku lihat ada potensi, kemahuan dan penampilan sebagai pekerja yg baik. jadi, aku rasa patut beri mereka peluang bekerja dengan kompeni kami. dan ternyata aku tidak silap kerana sepanjang mereka bekerja dalam tempoh ini, takde sebarang masalah. sama ada soal kerja atau disiplin.
walaupun ada kemungkinan pada masa depan mereka akan 'berhijrah' ke tempat lain memandangkan kelayakan dan kelulusan yg mereka miliki. tak sangka pulak secepat ini, langkahan mereka. pada hemat aku, tak perlulah dihalang kehendak mereka ini. lagipun, ini untuk masa depan mereka juga selain mengembangkan kerjaya. tak wajar rasanya aku tahan-tahan. ditakdirkan mereka dapat tawaran kerja baru nanti, hanya tahniah yg dapat aku hulurkan....
2 refleksi:
kadang2 perkara begini memamang kita tak dpt halang. itu hak mereka demi masa depan yg lebih baik. walaupun ada rasa sedikit terkilan . . .
ape boley buat. rezki memasing x blh sekat lah
Post a Comment