aku cuba cari gambar-gambar yg aku ambil semasa di menara taming sari, semalam. ya, jumpa jugak pic sekumpulan mat arab yg cuba buat kecoh. takpelah, nanti aku ceritakan kemudian...
oklah aku flash back. oleh sebab hari isnin cuti maal hijrah, aku pun rancangan ad hoc ke melaka (uh melaka lagi kali ke-2 tahun ni). tapi nasib tak berapa baik. semasa makan kat kedai asam pedas selera kampung yg famous tu. hujan turun lebat. sudah lah parking nya jauh dekat mahkota parade sebab semua parking tepi jalan dan bawah pokok dah penuh. jalan pulak jem yang amat, orang KL semua turun melaka kot. singgah kejap je kat pahlawan walk beli t-shirt, magnet peti ais untuk erol, key chain untuk eril dan kipas si erin.
lepas tu, ronda jap kat dataran pahlawan dan jamu mata kat mahkota parade. hujan tak mengizinkan aktiviti luar.
kemudian cari hotel utk bermalam. malas dah nak patah balik ke nilai. hujan. lepas check in hotel. digagahi jugak ke duyung malam tu utk cari ikan bakar. sekali lagi masalah sesak dan nak parking. lebih-lebih lagi orang singapore turun berbas-bas nak makan ikan bakar. maklumlah kat sana takde, gamaknya!
esoknya, jalan-jalan ke gerai sekitar bangunan stadthyus, dan kincir air serta kapal flor de la mar. tak naik melaka cruise kali ni.
kemudian patah balik ke menara taming sari. kalau tak silap kali ke-3 dah naik ni. tapi sebabkan dah depan mata naik jugakla. lagipun kat Nilai tak de mende ni..ha ha kain kat Nilai 3 banyak la....
masa beli tiket tu, pekerja kaunter tanya datang dari mana. aku jawablah nilai. rupa-rupanya ada diskaun utk orang tempatan.
lepas beli tiket kami pun beratur la. boleh tahan jugak la panjangnya. sedang borak-borak tunggu giliran naik, ada kecoh-kecoh sikit kat belakang. sekumpulan mat arab, 2 lelaki dan 2 perempuan sedang bertengkar dengan beberapa yg lain. puncanya dipercayai sebab kumpulan mat arab tu cuba potong barisan. potong q.
memandangkan mereka seperti nak bergaduh, ada beberapa yg lain cuba campur tangan. lagipun mat arab ni kelihatan agak kasar dan kerek sikit. yg perempuan tu pun (tak bertudung dan pakaian tak berapa semenggah) pun bising-bising terjerit-jerit tak puas hati pada seorang mamat tempatan yg cuba menegur mereka.
aku ni nak kata berani tu taklah. nak kata badan besar pun tidak juga. adalah dulu belajar silat masa kat U. ada sikitlah basic tu kalau dah sesak-sesak...hu hu
tapi rasa tercabar jugaklah bila 'orang luar' nak tunjuk samseng tempat kita. dan 'sumpah seranah' (aku agaklah dlm bahasa arab). bila melihat 3-4 orang lelaki lain termasuk aku datang nak masuk campur. mereka pun sedikit cuak.
kemudian datang pulak staf menara tu, bila dengar kekecohan berlaku. mereka akhirnya mengalah, dan beratur ke belakang semula. tak faham gak aku. ingatkan orang arab ni semua baik-baik. pakai jubah atau pakai purdah...ataupun sekurang-kurangnya perangai tu eloklah.
itulah sebenarnya, aku cuba cari pic kot-kot ada celah-celahnya nak tunjukkan muka mat arab yg berlagak kekwat tu. dan inilah dia pic salah seorang mat arab yg buat kecoh kat menara taming sari, melaka, semalam.
dalam perjalanan balik, lepas tengok pemandangan bandar melaka dari menara. singgah jap kat ayer keroh, main air kat melaka wonderland. dah agak petang baru balik. nanti sambung cerita apa pulak yg berlaku dalam perjalanan balik
3 refleksi:
mcm kita jugak kt m'sia. tak semua baik. org arab pun camtu gakla kot
itulah org tua-tua ckp masuk kandang kambing mengembek. jgn tunjuk lagak tempat orang...
setuju ngan komen.
sifar individu bukan ada kaitan org arab,org puteh,pakai tudung atau free hair..negeri mana pun datang kalau bawak perangai buruk semua org tak suka
Post a Comment