- surat dengan reben merah -

Nov 14, 2011

sepanjang hayat aku bersekolah, tak pernah pegang sebarang jawatan. maknanya dari darjah satu hinggalah form 6...tak pernah. dari sekecil-kecilnya sebagai ketua kelas, sehinggalah yg glamor sebagai pengawas. nak kata aku ni tak aktif, tak jugak. tapi lebih kepada bidang sukanlah. nak kata aku ni pendiam, akulah antara paling kecoh dalam kelas. nak kata aku ni bangang dalam pelajaran pun, jauh sekali la. kelas aku bukannya yg tercorot atau result aku taklah hancor. sesetengah subjek macam b.melayu, sejarah - memang aku peganglah.

aku sedar, ada ramai pelajar yg tak berapa suka dengan pengawas. malah ada yg antipengawas. aku taklah sampai begitu. memanglah aku akui ada jugak beberapa kali terlibat dengan insiden kurang menyenangkan dengan pengawas. ramai yg anggap pengawas ni, sombong atau kaki bodek cikgu. aku takde lah cop mereka sampai begitu sekali. malah ramai dpd kalangan kengkawan aku adalah pengawas. sebab aku ni tinggal di asrama.

mungkin sebab perwatakan aku yg tak berapa serius kot. selalu main-main dalam kelas. sebab tu cikgu tak berapa konfiden lantik aku pegang jawatan. tercalon dek kengkawan tu banyak kali lah.ahhh...panjang pulak cerita pasal memoir dan biografi aku ni...

petang jumaat lepas, lepas maghrib, eril ada bagi aku satu surat. mulanya, aku tak berapa endahkan. ini mesti pasal cuti atau nak mintak derma ke atau mesyuarat. mesyuarat apa bendanya hujung tahun begini? eril pun tak cakap apa-apa. cuma hulur suruh aku baca je.

waktu aku duduk berehat tengok buletin utama, barulah eril bertanya:

"papa dah baca ke surat tadi?" eril dah tak dapat bendung perasaan ingin tahunya.

"belum...jap lagi papa baca. kenapa?" mata aku tertumpu ke tv.

wifey pulak sibuk di dapur. siapkan makan malam yg simple katanya. tak tahu lah simple macam mana. mungkin megi goreng je agaknya...
lagipun kami, pasal makan malam jarang yg heavy metal. memang simple je. makan ala kadar. jaga badan kunun!

"meh sini....bagi surat tu" aku tukar fikiran.

mata eril terkebil-kebil sambil menghulurkan surat.
surat kali ini, agak pelik sikit. bergulung dan  diikat dengan reben kecil warna merah. agaknya hujung tahun macam ni cikgu eril tak banyak kerja kot. itu yg sempat buat reben segala bagai....hati kecilku sedikit curiga dan nakal!

baru aku faham. eril cuma nak bagi s  u  r  p  r  i  s  e kepada papanya. aku je yg tak faham!

dalam surat itu menyatakan yg eril dilantik jadi pengawas perpustakaan mulai tahun depan. dalam tu jugak bagitau uniformnya lain pesen sikit. warna jingga dan seluar biru. kasut hitam.

lalu aku suruh eril bagitau wifey yg kelentung-kelantang di dapur macam masterchef. tak payah masak untuk malam itu.

"cakap pada mama, suruh siap. kita keluar makan kentaki je..."!

eril tersenyum lebar dengan muka bangga. kemudian dia terus berlari ke dapur....

7 refleksi:

Irfa said...

samalah kita.saya pun xpenah ada jawatan apa2 masa kolah rendah dan juga menengah..eh ada,jawatan biasa.tapi bukan pengawas.anak dara duk tanya 'cikgu tak pilih kakak pun jadi pegawas.mgkin kakak kecik kot'..dia sedih.tak tahu nak kata apa..

rahimin said...

nko lupa, dulu kan kapten bola yg selalu dpt kad kuning!

Anonymous said...

yg penting berjaya jadi orang!

umiawadah said...

saya pernah menjawat jawatan pengawas sekolah waktu menengah dulu...kini anak-anak pula ikut jejak saya...saya gembira pertama kali dapat surat perlantikan anak....senyum lebar saya..

bangsawan nilai said...

happyirfa...
elokla jg pengawas, tak jadi pun takpe

min,
jgnla sebut kad kuning tu nampak sgt ganasnya

anon,
agreed...

ummiarissa,
congrats...ke mana tumpahnya kuah, kalau...

editor kampung said...

may be kau lupa pernah jd MPP masa kat U dulu...aku ingatkan je. itu jauh lebih hebat dpd jadi ketua kelas atau pengawas kan. aku faham kau cuba merendah diri kan...ha ha

bangsawan nilai said...

editor kg,
shhhhhh...jgnla bgtau. aku citer pasal sekolah la ha ha