pernah tak kita 'mengunci' rumah sebelum keluar makan angin atau jalan-jlan cari makan hujung minggu. tapi bila balik pada sebelah malamnya rupa-rupanya anak kunci masih terlekat pada pintu. ya, kita sebenarnya tidaklah mengunci rumah.
pernah juga kita kunci kereta. dan letakkan di parkir kompleks beli belah. selepas hampir seharian shopping dan kembali semula ke parkir. baru kita sedar yg cermin pintu kereta tidak dinaikkan. mungkin ketika mengambil tiket parking semasa masuk tadi, kita terlupa untuk menaikkan cermin semula. memang kereta dah dikunci, tapi dengan tingkapnya terbuka...!
ataupun kita kunci jam atau alarm untuk bangun pagi, ke tempat kerja. tetapi terlupa untuk mengubah status p.m (petang) kepada a.m (pagi). sudahnya alarm tak berbunyi. dan kita terlewat bangun dan lambat ke pejabat.
itu belum kes masak gulai untuk hidangan makan malam. tapi terlupa ianya masih atas dapur dan terlupa menutup api dapur gas kerana leka menonton drama soffiya...he he
atau kes lain seumpamanya seperti pakai seluar tak tarik zip. pc di ofis tak tutup waktu kita balik kerja sehinggalah kita datang keesokan harinya. atau lupa nak offkan air cond, besoknya datang kerja dah rasa macam kat antartika punya sejuk dan berkabus...
sebenarnya, apa yg aku tulis dalam entri ni daripada pengalaman sendiri...ha ha
5 refleksi:
ha ha pernah jgk terjadi pd aku
hi hi hi...mmg ni kes universal, saya pun pernah
melayu mudah lupa...eh ada kena mengena tak nih hehee
mmg sah kita semua pelupa!
ha ha ha
penah lupa off iron lepas gosok baju..sehari suntuk bekerja,tinggalkan rumah..huhu.sib baik xde apa2..bahaya sungguh
Post a Comment