- misteri mimpi robert quok . . . finale -

Nov 9, 2011

sambungan...

peluh dingin meleleh di dahi dan pelipis walaupun aku pasang air cond dan cuaca pagi yang dingin di luar. demi ternampak saja papan tanda menunjukkan balai polis di depan,  aku beristighfar panjang. menarik nafas lega...

aku membelok masuk ke dalam kawasan balai, masuk ikut pintu utama. aku tak ingat sama ada aku ada memberikan signal untuk membelok masuk. ahhh... lantaklah. ini kan emergency...! ada bunyi brek yang kuat dan seretan tayar. macam pelakon lagak ngeri gayanya aku memandu. bunyi brek yang kuat itu menarik perhatian abang-abang polis yang berada dalam balai. mereka meluru keluar, mungkin kerana sudah dilatih untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan. manalah tahu, ada teroris cuba menyerang balai!

menyedari salah tanggapan mungkin berlaku kerana kecuaian akibat rasa panik, aku segera buka pintu sambil mengangkat kedua-dua belah tangan. rasa bersalah ada, rasa macam orang salah pun ada.

"tok!...ada emergency. saya bawak orang perempuan dalam kesusahan"! aku terus saja meluahkan kata-kata dengan nada sedikit gementar tetapi nyaring kepada salah seorang abang polis yang keluar dengan muka cemas dari pintu balai. lagipun aku nampak ada tiga calit pada lengan uniformnya.

kemudian kami dibawa masuk untuk buat kenyataan dan laporan. aku bagi versi aku. manakala amoi tu pulak bagi versi dia. aku tak tahu apa yang diceritakannya pada pegawai polis di situ. yang pasti aku syukur kerana semuanya dah selamat.

sarjan tadi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada aku atas keberanian membantu si amoi itu. berani? dia tak tahu apa yg bermain di fikiran aku sepanjang setengah jam tadi. dia kata akan hubungi aku jika ada apa-apa perkara susulan.

kemudian aku pun minta diri untuk ke ofis. sudah tentu aku lewat sampai pagi itu. sepanjang pemanduan, berkali-kali imbas kembali kejadian berlegar-legar di minda aku. kejadian itu aku tak ceritakan kepada sesiapa pun. termasuk isteri atau rakan sekerja aku. aku nak lupakan saja apa yang berlaku. lagipun, tiada apa-apa yang buruk pun berlaku. tapi aku masih tertanya-tanya apakah yang terjadi kepada gadis cina itu. yang menenangkan aku menyedari dia kini berada dalam tangan orang yang dipercayai dan selamat.

petang itu, sebaik pulang kerja aku berehat minum kopi seperti biasa. tak lama kemudian terdengar suara riuh rendah di luar. dalam masa sama kedengaran bunyi helikopter terbang rendah betul-betul di atas bumbung rumah aku. kemudian ia mendarat di taman permainan berhampiran. aku pun meninjau sama.

helikopter itu dikerumuni kanak-kanak yang tadinya main basikal dan buaian di taman itu. jiran sekeliling pun meninjau keluar. hairan, apa kejadahnya helikopter ni tak pasal-pasal landing di kawasan perumahan ini. nak berlagak pun patut-patutlah. kalau helikopter polis mungkin kita boleh faham.

muncul daripada perut helikopter dua orang berbadan tegap dan berpakaian kemas. dengan cermin mata gelap ala matrix. mereka mengiringi seorang cina yang agak berusia, turun. lagaknya macam v.i.p. sekali imbas, macam pernah aku mengenalinya. tapi, di mana?

v.i.p tadi dengan diiringi dua orang berbadan sasa itu, aku percaya bodyguardnya, menuju ke arah rumah aku. "apahal pulak ni..." bisik aku dalam hati. mungkin kepala kongsi gelap atau ketua samseng nak cari aku sebab pagi tadi bawak lari anak gadis cina dan serahkannya kepada polis. alamak...! aku mula gelisah.

"ini incik S kan...?" tanya v.i.p itu dengan senyum sambil menghulur tangan untuk bersalam.
keresahan aku sejak tadi, terus hilang. aku pun menjemput mereka masuk ke rumah.

v.i.p itu memperkenalkan dirinya sebagai robert quok. ya, orang terkaya di malaysia dan antara yang terkaya di asia. patutlah aku macam kenal aje wajahnya. pernah tengok dalam akhbar, majalah dan tv. tak sangka seorang bilioner datang rumah aku. datng pulak dengan aksi memukau, turun dengan helikopter. fuh, bangga juga hati aku. tentu jiran-jiran aku respek, hari ini dalam sejarah hidup aku. bolehlah nanti aku cerita pada sedara-mara, kawan-kawan yang robert quok pernah datang rumah aku. aku tak sabar nak bergambar dengannya. nak framekan gambar dan gantung di dinding ruang tamu. kemudian letak dalam status facebook dan blog. huh...tak sabar!
tapi....kenapa dia datang rumah aku, nak jumpa aku? macam mana dia tahu nama aku? banyak persoalan daripada jawapan yang berlegar di fikiran aku.

tak sangka robert quok ni fasih betul berbahasa melayu. malah dengan loghat nogori sembilan....! rupa-rupanya, amoi yang aku selamatkan pagi itu ialah anak gadisnya yang kena culik oleh sindiket jenayah. entah macam mana dia terlepas lari dan terserempak dengan kereta aku. mujurlah dia dapat diselamatkan. jadi, untuk menunjukkan rasa penghargaan dan terhutang budi kerana menyelamatkan anaknya, robert quok datang sendiri untuk mengucapkan terima kasihnya yang tak terhingga.

lebih daripada itu, sebagai tanda penghargaannya, orang paling kaya di malaysia itu menawarkan aku bekerja dengannya, dengan jawatan besar. kami sekeluarga juga ditawarkan sebuah rumah banglo dan akan diberikan sebuah kereta mewah. aku diminta memilih lokasi rumah banglo itu mengikut kemahuan. segala perbelanjaan persekolahan anak-anak aku akan ditanggung oleh yayasan robert quok.

aku tersenyum lebar. tersengih bangga. sambil menggenggam erat salaman robert quok yg minta diri untuk pulang. kemudian dia melambai-lambaikan tangan dari helikopter yang berangkat pergi. kami sekeluarga melambai kembali kepadanya. jiran-jiran pun melambai. kanak-kanak di luar pun melambai....hinggalah helikopter itu sayup terbang hingga hilang dari pandangan.

tiba-tiba.....







"ABANG...BANG... BANGUN!"  "......ABANG LAMBAI SAPA NI....?"


tamat adanya....sekian




5 refleksi:

rahimin said...

kuang kuang kuang...robert quok kunun....Ha ha

Irfa said...

aku dah agak mesti mimpi ni tapi tetap nak baca sebab cara penceritaan tu menarik hati.
mcm cikgu suh buat karangan.

amin pulang dari sekolah menaiki basikal..tiba-tiba...(sila buat karangan 150patah perkataan)

Anonymous said...

ha ha tak boleh blah robert quok ckp nogori!

bangsawan nilai said...

min...
ini mmg mimpi aku paling real. aku ingat segala detailnya. lalu aku tulis dlm bentuk cerpen la....he he

happy irfa
aku rasa ramai dh agak mmg mimpi.kalau la betul robert quok...pakcik kayooo!

anon...
nko tak caye ke robert quok speaking nogori? ha ha

editor kampung said...

jwbla lambai siti nurhaliza!