- korban di hari raya -

Oct 29, 2012


masih ada yg belum pulih dpd kaki kejang, akibat jalan jem semalam.
ada kawan aku dari penang ke putrajaya ambik 10 jam. bertolak jam 6:30 ptg sampai jam 4:40 pagi...!
seorang kawan pulak dari muar sampai KL, ambik 9 jam.
bayangkan perjalanan dari kota bharu ke KL, sehari suntuk mahunya!
ini pun kira korban jugak...jumpa keluarga dan sedara-mara di kampung.

raya haji kali ni jatuh pada jumaat.
jadi program ibadah korban, ramai yg alihkan ke sabtu. takut masa suntuk.
tahun ni famili kami korban 3 ekor lembu.
tahun lepas tak buat sebab kak lang, atih dan anjang ke mekah, menunaikan haji.
korban dibuat lepas solat jumaat.
oleh sebab keluarga kita orang je dlm kampung yg buat korban tahun ni, makanya semua orang kampung tertumpu ke situ.
maka cepatlah siapnya. sembelih, melapah, potong daging, timbang dan agihkan.
sempat jugak jamu mereka yg membantu tu dengan sup tulang...!


eh...ramai gak yg pakai baju merah!

dah tumbang sekor...

melapah...bukan senang, kena ada pakar jugak

part mana nak potong dulu...?

kanak-kanak bagi sokongan moral

yg ni kerja gang veteran

andak dah booked kepala lembu...

dah setel, tengah bungkus utk diagihkan...lepas ni pekena sup tulang panas-panas!


2 refleksi:

Irfa said...

ayah aku antara pakar melapah kat kg aku.pun ayah ada bawak balik sebiji kepala..daging bahagian pipinya sgt lembut ;)

bangsawan nilai said...

bkn mudah weh...silap2 terbarai perut lembu