- bomoh hujan -

Oct 22, 2012


1.
sejak minggu lepas hampir setiap hari, hujan turun.
kadang-kadang sampai sehari suntuk.
semalam pun hujan turun jugak.
pic ni aku ambik petang semalam. waktu menung-menung depan rumah.
rasa malas nak keluar rumah, hujan-hujan begini.
cuma satu aje aku terperasan, kereta yg ada di kawasan kejiranan ni sama je.
semuanya putih...

2.
seperkara yg aku selalu ingat sejak tinggal di sini, setiap kali ada perlumbaan di trek F1, mesti hujan turun.
iyalah, rumah aku kan sejengkal aje, malah boleh dengar deruman enjin.
tak kira motosikal ke atau kereta lumba.
dulu-dulu selalu gak layan sebab dapat tiket free. sekarang ni, dah tak berapa nak rajin. kalau dpt tiket pun, bagi kat anak sedara.
berbalik pada kaitan antara hujan dengan perlumbaan di F1.
khabarnya, pengurusan trek F1 dulu, upah bomoh hujan tiap kali ada Formula 1 atau Moto gp.
jadi, trendnya walaupun cuaca mendung macam nak hujan, tapi hujan akan hanya turun selepas perlumbaan tamat.
sebab bomoh hujan telah menahannya. banyak yg kata macam tu.
...dan perkara ini mungkin benar sebab aku sendiri pernah alaminya beberapa kali.
tapi sejak beberapa tahun kebelakangan, pengurusan baru yg kononnya menganggap karut aje guna bomoh hujan ni. tak rugged la...
jadi, hujan pun turun sejak beberapa tahun kebelakangan ni semasa perlumbaan F1 danMoto gp.
contohnya, semalam....
berapa agaknya bayaran untuk bomoh hujan yang handal?

zulfahmi...hero motor pujaan ramai


2 refleksi:

Irfa said...

aku igt mmg ada kaitan dgn bomoh hujan la.hehe.ada kawan aku cakap bila time ada race kat FI dia akan mendobis ehari suntuk.bukan takat kain baju,adar dan langsir pun dia basuh sbb katanya hari tu mmg panas terik.hehe

rahimin said...

lenkali bg je tiket kt aku ha ha