doktor, pet-pet, mat capap, keli, atuk, mat gedek, panjang, itik, bisul, lenggeng & aku |
ni antara pic lama yg masih aku simpan.
sesetengahnya sengaja aku digitalkan. ada yg ok, ada yg dah kabur.
seingat aku, ini sebahagian grup dpd dorm aku di asrama sekolah dulu.
wahid @ mat gedek (baju kuning tu) antara yg paling rapat.
kebanyakannya dah lost contact.
kecuali beberapa yg aku jumpa dlm fb.
aku cuba tanyakan dpd kengkawan, mana perginya dia.
yg aku dengar dulu dia manager kedai koperasi kat felda, di pasoh.
kali terakhir jumpa dia, masa ambik result stpm.
hari yg sama, naik bas dari seremban ke itm, kampus jln othman, petaling jaya.
ooops bukan.
aku pernah ikut dia balik kampung di muar.
masa tu tengah tunggu keputusan dapat ke tidak masuk U.
dekat nak maghrib semalam, aku baru sampai.
rehat sekejap sebelum nak mandi.
ada orang bagi salam dari luar.
selalu yg datang waktu petang begitu, kumpulan tabligh.
"papa, ada orang datang cari..." bagitau eril.
aku pun menuju ke pintu. tak berbaju.
seorang lelaki berjubah, berambut pendek berdiri di situ.
"Ya Allah, jumpa jugak akhirnyo kita..." terkeluar dari mulutnya sebaik nampak aku.
disalamnya erat tanganku. dipeluknya aku.
aku masih blur...siapa gerangannya. sedangkan dia begitu pasti.
"ini kawan lamo den dulu. macam adik beradik..kawan lain mungkin den lupa, tapi yg ni den takkan lupo sampai bilo-bilo" katanya memperkenalkan aku pada kawannya. dalam loghat negori yg pekat.
ahhh...ini masalah aku.
kali ni aku bukan saja tak ingat namanya, malah tak dapat cam wajahnya.
"jemputlah masuk dulu. mintak maaf. aku tak berapa cam. siapa ni " (aku tulis dlm BM standard, sebenarnya aku speaking negori).
"laaa...ini wahid la....lama aku cari kau" rupa-rupanya dia juga mencari, spt aku jugak.
"ya Allah.... wahid. lain benar kau sekarang..." sekali lagi aku peluk dia.
bertahun lama tak jumpa. bergenang air mata lelaki ku. dia pun sama.
orang yg kita sangka takkan jumpa lagi, dan yg ada hanyalah kenangan...tiba-tiba muncul depan mata.
tak banyak yg kami dapat bualkan pada waktu sesingkat itu.
lagipun dia ada hal, sebab nak bantu kawannya tu yg kerosakan motor.
berkali-kali aku ajak dia masuk. tapi dia betul-betul menolak kerana ada hal.
"kalau boleh, mahu saja aku berborak panjang, tak balik pun takpe" katanya.
jadi kami berborak pendek tapi penuh kemesraan kawan lama. kawan baik. kawan rapat.
dalam waktu sesingkat tu, kami bertukar nombor telefon.
sama-sama berjanji akan menyambung semula ikatan yg terputus sekian lama dek jarak dan waktu.
malam tadi, aku sukar nak tdur.
fikiranku mengimbas kembali kenangan kami dulu-dulu.
tak sedar air mata gembira, mengalir di pipi.
*******
macam mana dia boleh tahu rumah aku? dan dapat cari aku?
cerita ringkasnya begini.
sebenarnya wahid sekarang ada buat bisnes tempahan kabinet dapur, almari atau perabot dalaman rumah. kompeninya ada di seremban.
kebetulan seorang lagi kawan lama...kalau dalam pic di atas yg pakai kain pelikat peluk lutut...norkimi @ atuk buat tempahan pasang almari wardrobe.
dia tinggal di kawasan kejiranan aku.
malah dialah jiran aku yg paling rapat sejak aku tinggal di sini.
jadi, petang semalam semasa pasang wardrobe tu diaorang berjumpa.
juga selepas berpisah sekian lama sejak sekolah dulu.
daripada situlah, wahid ditunjukkan rumah aku.
semuanya secara kebetulan.
aku percaya ini adalah takdir....
dpd mana wahid dpt nicknamenya?
mat gedek...
diberikan sebab wahid tinggal di felda.
gedek dikaitkan dgn mengait buah kelapa sawit gunakan galah dan sabit yg biasa dikerjakan oleh orang felda.
jadi...gelaran mat gedek dilekat padanya.
tak senonoh dan jahat kan...he he he
1 refleksi:
kenangan indah bersama2 kawan.belek balik album lama tak sedar senyum sensorang
Post a Comment