tengah hari,semalam aktiviti berkala majlis bacaan yasin dan tahlil kami berlangsung lagi.
kali ini sengaja dibuat sempena pindahnya itam ke rumah baru dari mambau ke nilai.
macam biasa, acara kemuncak yg ditunggu-tunggu ialah makan-makan.
kadang-kadang kalau takde yg offer nak jadi tuan rumah kami buat makan-makan secara pot luck aje.
sebenarnya, pot luck lebih meriah. bufet jadi melimpah ruah.
kebetulan, kak lang dapat rezeki terpijak ada yg bermurah hari sedekahkan 6 ekor ayam hutan.
bermasak 'lomak cili api ayam hutan' lah kami.
kak long bawak mi kari.
kak ngah hidangkan petai masak tempoyak pucuk ubi dan bubur kacang durian.
anjang bawakkan soto ayam dengan bergedil spesel.
acik dengan mi supnya dan kuih seri muka.
andak dengan ayam kampung berlada.
wifey sediakan karamel dan drummet ayam goreng untuk kanak-kanak.
usu pulak dengan ikan merah asam pedas dan buah-buahan.
sudahnya, tak cukup meja nak hidangkan.
bila tak habis, boleh ditapau tanpa segan silu bersambung untuk makan malam pulak.
maka, lari lah diet mereka yg sedang kontrol makan, kononnya.
siapa pun akan tercabar dengan menu yg terhidang oleh gabungan masterchef ni...
makan time...! |
kepada ahli keluarga yg jatuh bulan september.
mula-mula dulu agak surprise sebab kek tiba-tiba muncul dari dapur.
ada yg menitiskan air mata sebab tak sangka atau yg tak pernah sambut birthday.
kali ni tak mengejutkan sangat. untuk rekod bulan september ada 5 orang yg berkongsi kek.
abang ngah, usu, ajie (anak abang ngah), faris (anak kak teh) dan erin.
ada 5 batang lilin, memasing kena tiup satu sorang je...ha ha ha lawak |
4 refleksi:
fuh...pucuk ubi masak tempoyak + petai, mmg masakan ori negori tu.
fuh...pucuk ubi masak tempoyak + petai, mmg masakan ori negori tu.
ingtkn diorg tiup apa rupanya lilin sorang sbtg...ha ha ha terbaik!
seronok bila berkumpul adik beradik
kisah silam zaman membesar jadi bahan gelak tawa ;)
Post a Comment