- special delivery -
Oct 31, 2012
dulu setakat ada lori beli surat khabar lama yg datang.
"sulat kaba lame", "kaw kaw pu chi"
kadang-kadang ada lori kecik atau van buat pengumuman fun fair.
"latangla belamai-lamai, ke palang awam nilai..."
kemudian yg nak angkut segala besi buruk, barang lektrik terpakai untuk dikitar semula.
"besi buluk, kompute lame, mesin basuh lame, peti sejuk losak.."
kemudian lori jual tilam pun join.
"tilam...tilam...tilam lame ganti balu..."
sekarang ni dah ada lori ikan dan sayur.
lori hantar gas pun banyak dah.
diorang takde speaker cum bunyi hon je....
pennnn peennn, poooonnn..."
untunglah tak payah susah-susah nak ke pasar beli ikan & sayur.
tengah-tengah masak, gas habis...telefon aje, ada yg akan hantar gas.
ini dah masuk kategori special delivery!
mereka punya servis memang tip top.
yg hantar gas misalnya,
siap hantar ke dapur dan pasangkan sekali kepala gas...fuh!
yg jual ikan dan sayur, kalau kita tak sempat semasa mereka lalu atau pusing-pusing area rumah kita
terutama suri rumah mungkin tengah cuci kain, boleh telefon.
diorang akan patah balik...ke rumah kita.
untunglah suri rumah.
dengan satu panggilan saja, semua boleh dapat.
dihantar ke depan pintu...malah terus ke dapur!
memang dah advance, boleh bersaing sama tara dgn mekdi, pizza, kentaki....
tapi ini bukanlah barang makanan, cuma servis atau perkhidmatan yg ditawar ke pintu rumah.
omputih kata door-to-door service...
pada isteri yg bekerja, terpaksalah simpan stok yg dibeli dari tesco, giant, mydin atau pasar raya lain.
susah-susah mintak aje hubby tapau.
kedai makan kan banyak.
tak payah susah-susah masak...
alasan penat, takde stok untuk bahan masak adalah alasan yg kukuh.
lebih-lebih lagi alasan nak diet...!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 refleksi:
semua depan mata kaedahnya ;)
alasan nak diet?emm..macam kena je
ingat nak panggil apek tilam lame ganti balu...ok keh...
irfa,
diet bukan maksudnya x msk atau x mkn...:)
lienda,
wokeh, nanti wa latang lumah lu...
boleh la guna alasan diet sbb xnak masak.hehe
Post a Comment