- kita hanya orang di balik tabir -

Apr 30, 2013


sepanjang petang tadi dan beberapa minggu sebelum ini sibuk sebagai sekretariat anugerah ni.
kita orang di balik tabir, tak kejar glamor.
tapi orang seperti kitalah yg memastikan segalanya berjalan lancar.
tahniah kepada pemenang anugerah.
bagi kami, tugas sudah selesai untuk kali ni, tapi kerja-kerja untuk tahun depan sudah bermula....huh


pandangan dari port sekretariat

meja vip

eh apa motif letak menu...hahaha

- biarlah pipit itu terbang sendiri -

Apr 29, 2013


beriya-iya si erol nak pergi kem motivasi tu.
semua kengkawan pergi, takkanlah dia tak ikut...itu alasan kukuhnya.
sudahnya terpaksa jugaklah bayar. bukan sikit RM150 tu.
untuk kem dua hari satu malam.
'demi kejayaan dan masa depan anak-anak' macam dalam pamphlet tu.
kem motivasi ni lebih kepada indoor la.
ceramah dan tips pasal pelajaran dan teknik jawab periksa.

kebetulan gaji dah masuk, malam tu kita orang pekena ayam penyet.
lagipun hujung minggu tu, erol takde.
esoknya, pagi-pagi sabtu dah nak ke kem motivasi di ukm.
naik bas ramai-ramai tentu seronok.
fuh, kecik-kecil lagi dah masuk U...hahaha

tapi, erol macam takde selera.
biasalah sebab teruja berlebihan.
malam tu dia tidur awal, sebab esoknya nak bangun awal.
alahai, kita dulu pun masa kecik-kecik nak pergi mana-mana pun excited gak.

terasa 'kosong' jugak lah bila dia takde kat rumah.
itu baru sehari.
tersasul beberapa kali bertanya 'mana erol...?'

terbayang jugak lah macam mana dia tidur.
betapa liatnya nak bangun pagi.
susahnya nak suruh mandi petang.
malasnya nak kemas bilik sendiri.

harap-harap bila dah 'kena' motivasi, dia berubah la sikit.

petang ahad tu dia dah balik sebaik habis kem.
lebih kurang pukul lima aku jemput dia di sekolah.
sepanjang perjalanan dari sekolah ke rumah, dia tak habis-habis bercerita pasal pengalaman singkat di kem tu.
kami ni dengar ajelah.
bersambung pulak bila dah sampai rumah.
dalam kereta lagi dah ditunjukkannya sijil tamat kem motivasi.
ditunjukkan hadiah yg teamnya menang.

lepas maghrib aku ke kedai untuk tapau makan malam.
aku teringat yg erol memang suka makan sate.
jadi aku belikan sate.

tapi, sebaik aku sampai di rumah aku tengok erol dah tertidur  atas sofa depan tv.
letih bebenor gamaknya.
mungkin jugak kurang tidur.
maklumlah biasanya kem motivasi ni, jadualnya padat.



*********

pagi tadi wifey bagitau.
erol tak liat langsung nak bangun pagi untuk ke sekolah.
siap kemas katil dan bilik lagi.

wah....kena pergi kem motivasi tiap bulan nampaknya ni...hehehe
motivasi mama dan papa selalunya tak berapa nak jalan.

- KL International Book Fair 2013 -

Apr 26, 2013


bila dah start kita pun jadi sibuk la...
tahun ni promosi nampak slow sebab bertembung dengan PRU13
argh...dah tau itu alasan no 1 utk budak-budak marketing nanti....he he he


- adakalanya terlewat itu lebih baik . . . -

Apr 25, 2013


aku sangkut dalam jem petang semalam.
hujan lebat yg menggila menjadi punca.
tak bergerak hampir satu jam.
tak tahu apa yg berlaku di depan.
sehinggalah sepasukan sekuriti mengawal trafik.
dan menjadikan laluan trafik kontra.

apa pun terpaksa mengguna jalan alternatif.
bukan laluan biasa.
terpaksalah tembus ikut damansara yg jemnya berinsut-insut macam siput.
kemudian menyusur ke highway elite ke klia.
seterusnya ke nilai.

tugas mengambil eril dari sekolah terpaksa diambil alih oleh wifey.
perjalanan yg sepatutnya sejam menjadi 2 jam setengah.
7:45 baru aku sampai ke rumah.

itu pun mujur lagi.
pagi ni, aku dapat tahu
seorang officemate yg tinggal hanya di seri petaling pun sampai rumah jam 8 malam.
malah ada ramai jugak yg keretanya sangkut dalam banjir kilat.

malam tadi, aku terima whatsapp daripada seorang lagi officemate.
gambar berikut menceritakan kisah sebenar yg berlaku di depan kami yg tersangkut semalam.
patutlah tak bergerak hingga hampir sejam.
mujur juga aku terlewat sikit. . .
syukur....

- acuan apa kita harus pakai? -

Apr 24, 2013


"nanti bila anak-anak dah besar, kau tahu la...." kata abang ijat, kawan sekerja aku.
wajahnya nampak seidikit kusut.

selalu kita dengar orang cakap.
anak-anak kita masa kecik boleh dikontrol. boleh dimarah.
boleh ditegur. malahan boleh dirotan.
ingat kan anak kecil yg nakal je pun, kita dah pening.
dah mengeluh, sebab ada yg degil tak nak dengar cakap.

sekali kita tegur, sekali dia ingat.
sekali marah, dia tak buat dah.
tapi lain kali dia buat benda sama balik.

mungkin bila dah besar sikit, lebih mudah untuk kita menjaganya.

rupanya bila anak dah besar, dah masuk level remaja lagi payah.
lagi pening.
ditegur dia merajuk.
dimarah kengkadang dia melawan.
setiap seorang anak itu pulak lain cara, lain perangainya.

anak-anak zaman sekarang, kata setengah orang kena pakai psikologi.
kena jadikan diorang macam kengkawan.
emak bapak kena masuk dunia diorang.

tapi kata yg lain pulak itu stail didikan barat.  kita tak boleh ikut omputeh.
kita kena ikut cara didikan Islam.
guna psikologi yg Islamik.

ada seorang  ustaz yg mengajar di sekolah agama pernah cakap:
"macam mana anak nak ikut cakap, hantar anak pergi sekolah agama, bapaknya pakai seluar pendek je naik motor...
ada yg maknya hantar pakai baju tidur je dengan rambut mengerbang-ngerbang...anaknya bertudung, baju kurung"

sebagai mak bapak, kita mahukan semua yg terbaik untuk anak-anak.
kita jugak berusaha menjadi mak bapak yg terbaik kalau tidak pun yg sempurna.
tapi,
apakah ukuran 'terbaik' tu? cukup ke usaha kita?



- C H A M P 2O N S -

Apr 23, 2013


sorry, man utd haters, your team are not good enough...!ha ha ha


the 20th time


20 - MANCHESTER UNITED (1908, 1911, 1952, 1956, 1957, 1965, 1967, 1993, 1994, 1996, 1997, 1999, 2000, 2001, 2003, 2007, 2008, 2009, 2011, 2013).
the 1st one
 
 

- lunch hour: do not disturb -

Apr 22, 2013


lepas balik lunch tadi, aku tengok jam 1:42 pm.
huh, sempat rehat kejap baca paper.
macam biasa aku baca terbalik dari belakang dulu, berita bola..
muka depan dah tentulah pasal PRU.

tengah ralit membaca, sambil goyang kerusi.
pintu bilik ofis aku diketuk.

"i ada hantar satu e-mel. urgent.
confirmkan pasal  backdrop design tu. petang ni nak hantar print..."
katanya tanpa ditanya.
bercakap dari muka pintu aje, tak masuk pun.

bukan ke waktu ni, waktu rehat?
tak boleh tunggu pukul 2:00 pm nanti ke?

...dan lebih musykil lagi
bukan ke benda urgent tu sepatutnya settle jumaat lepas?
kenapa baru hari ni nak mintak confirmation daripada aku.


********

aku sambung baca paper.

harga gareth bale 100 juta!
qpr makin pasti tersingkir
malam ni man utd lawan aston villa.
barca dan real madrid menang lagi...
ghani lawan kit siang di gelang patah
nurul izzah yakin pertahan lembah pantai
kemalangan ngeri di lebuh raya persekutuan

*********

pukul 2:01 pm.
aku sambung kerja macam biasa.
e-mel tu aku ignore je.

2:30 pm
dia ketuk pintu lagi.
kali ni, bagi salam dan masuk.

"boleh tak tolong confirmkan pasal design tu..
sebab orang printer nak datang kejap lagi..." katanya separuh merayu.

"kan ke patut dah hantar jumaat lepas?
kenapa baru nak confirm hari ni?" aku pun lepaskan dua das tembakan.

"mintak maaf la.
tolongla confirmkan. kalau boss tahu tak hantar lagi, sakit lah i nak jawab...!"
macam nak nangis dah aku tengok.

lain kali, jangan buat lagi ya...
mungkin patut gantung 'do not disturb' macam kat hotel tu.
lagipun kata orang: kalau nak mintak tolong biarlah lembut gigi daripada lidah!

- mee goreng mamak punya pasal -

Apr 19, 2013


tengah hari tu, tak berapa lapar sebab pagi dah makan heavy.
jadi, malas la nak keluar makan tengah hari.

sebelah petangnya aku kena hadir satu meeting.
wakil bagi kompeni.
kata orang, meeting sebelah petang tak produktif sangat.
fikiran tak berapa nak fresh, huh...alasan!
macam biasa, ahli mesyuarat sepatutnya 20 orang.
yg datang cuma 10 orang.
lagipun mesyuarat ni tak guna peraturan cukup korum ke tidak.
macam-macam alasan lah, bila tak dapat hadir tu.

aku jeling, kat satu sudut tu katerer datang menyediakan jamuan.
bau macam sedap je.
oleh sebab tengah harinya tak keluar lunch, sedikit sebanyak bau makanan tu mengganggu konsentrasi aku untuk menumpukan pada mesyuarat.

mujur juga mesyuarat kali ni tak panjang.
mungkin sebab "mesyuarat petang tak produktif" tu ada betulnya....hahaha

sebaik saja pengerusi mesyuarat membuat ucapan penangguhan sidang, tanpa aku sedar, aku dah pun memegang senduk untuk menceduk makanan.
mee goreng stail masakan mamak atau mee goreng mamak aje pun, tapi nampak macam sedap.
hidangan lain antaranya, roti jala lengkap dengan kari ayamnya, cucur udang lengkap dengan sosnya, dan kuih-muih manis.
memang banyak sebab disediakan untuk 20 orang.
jadi, aku pun ambik kuota untuk 2 orang....hu hu
tamak punya pasal dan teruja dengan mee goreng mamak yg tampak sedap tu aku pun cedok lebih ke dalam pinggan.
cadangnya lepas tu baru ambik makanan yg lain pulak.

aku tengok mamat yg selepas aku pun cedok mee tu banyaknya lebih kurang aku jugak.
kemudian kami duduk satu meja, berdepan-depan.
di meja kami, duduk 3 lagi yg lain. ketiga-tiganya perempuan.
yang 2 orang makan kuih saja, seorang lagi hanya minum teh.
cuma aku dengan mamat tadi yg pinggan penuh dengan mee goreng mamak.

sebaik menyuap, aku dan mamat tadi saling berpandangan.
dia pandang aku, aku pandang mamat tu.
aku tengok dia, dia tengok aku.
adeh...
mee tu dimasak terlebih garam.
masin....!

apa trick aku nak buat ni?
tak makan nanti membazir pulak, dah la letak sepinggan penuh.
aku tengok mamat tu, memperlahankan suapannya.
yang 3 orang perempuan tu leka berborak.

aku buat-buat macam ada panggilan masuk.
pura-pura bercakap dengan seseorang.
sambil bangun aku pun angkut pinggan mee sekali.
aku menuju ke meja hidangan bufet tu.
letakkan pinggan mee, ambik pinggan lain dan cedok roti jala dan kari ayam.
kemudian patah balik duduk ke meja makan.
sambung makan semula, macam takde apa-apa yg berlaku.

mamat depan aku tu masih juga makan mee goreng.
bersusah payah dia menelan dan cuba menghabiskan mee tu
walaupun dia tahu, dan aku jugak tahu hakikat sebenarnya....heheheh


- kita mula sedar anak dah besar bila ... -

Apr 18, 2013



(ikut pandangan budak lelaki sebaya eril)

kasut
tak nak pakai kasut yg guna strap.
nak yg guna tali.
sanggup bersusah payah, cuba belajar ikat tali kasut.
pakai kasut strap ni untuk budak-budak je.
biarlah susah sikit atau lambat sikit pakai kasut.
yg penting, mesti bertali.

beg
biarlah ada jenama sikit.
tak kisah lah walaupun tiruan.
tak nak yg ada gambar kartun atau adi wira - power rangers, spiderman etc.
lepas tu, sengaja keluarkan 1 atau 2 buku tebal pegang di tangan.
walaupun masih ada ruang dalam beg.
barulah nampak macam orang besar sikit.

bekal
tak payah susah-susah sediakan bekal makan.
bekas air -sirap atau oren dibuat di rumah - pun tak payah.
bagi je duit lebih sikit. boleh beli kat kantin.
rasa tak best kena makan bekal dari rumah.
atau bawak bekas air dari rumah..
tekak kering sikit pun tak pe.
nanti kengkawan ajuk, macam budak kecik masih bawak bekal.

ini tiga aspek penting yg perlu ditukar.
perkara asas, tak boleh tidak.
yg lelain tu pun kena tukar.
tapi, boleh ambik masa sikit.
macam fesyen rambut, jam tangan, pencil box, stail bercakap dan cara berjalan.





- apa kena mengena bola sepak di england dengan malaysia?

Apr 17, 2013


malam tadi kelab bola sepak cardiff city mengesahkan layak ke EPL tahun depan.
sebagai dua tempat teratas liga championship, layak dinaikkan secara automatik.
apa speselnya kelab ni?
ada malaysian connection la.
pemilik kelabnya ialah tan sri vincent tan.
kat jersi pun ada cop malaysia.


bukan tak ade team lain yg dimiliki oleh orang malaysia.
dalam EPL pun dah ada.
kelab QPR milik  tony fernandes, yg juga tuan punya air asia.
tapi nampak gayanya tahun depan mungkin tersingkir ke liga championship.
sebab duk no. 2 corot sekarang ini kecuali mission impossiblenya berjaya.


ada lagi satu team dalam EPL yg ada kena mengena dengan malaysia jugak.
eh ....bukan malaysia, tapi tauke yg sponsor jersinya orang malaysia.
kelab aston villa, pakai logo 'genting'.


kalau tak de aral melintang, manchester utd akan kembali merampas gelaran juara EPL musim ni.
ada seorang kawan kata, man utd pun ada kaitan dengan malaysia.
dia kata ada, terpampang kat jersi tu.
sebenarnya dia silap.
yg tertulis kat jersi man utd tu AON bukannya AEON (dulu Jusco)....hahahaha
*tauke aeon sebenarnya dari Jepun


tapi masih tak boleh lawan jersi team liga super malaysia, kelantan.
ada logo hotlink, mamee, azizanosman dot com.
jadi, sokonglah liga tempatan dan team tempatan....hu hu hu
terbaek la 'gomo klate gomo'.
ghed woghior (red warriors) kata jiran aku.
nak harap team negeri 9 nampak eh macam nak tersingkir ke bawah yo....
apo kono eh jang...?


- segalanya bermula dari langkah pertama . . . -

Apr 16, 2013


ada seorang kawan perempuan kat ofis aku, dah mula puasa.
sejak 2 minggu sudah.
bukan puasa ganti sebab ramadan dah dekat.
tapi puasa sunat, isnin dan khamis.
puasa sunat merangkap, diet...
itu langkah pertamanya untuk kurangkan berat kalaupun tak kurus...
aku tak pasti, sama ada langkah itu menjadi atau tidak.
tak mengapa lah. mula-mula sebab diet.
kemudian jadi amalan sunat yg barakah.

petang ahad hari tu.
aku nampak jiran aku, din, mengayuh basikal pusing taman permainan.
dia guna basikal yang saiznya nampak tak padan.
mungkin basikal anaknya.
masa tu aku tengah cuci kereta.
dia berhenti sekejap, termengah-mengah ambik angin.
"wah semangat kayuh beskal...!" aku menegur.
"badan dah tua, dah berat, kena exercise sket..." balas din.
bagus jugak, langkah pertama jaga kesihatan, keluarkan peluh.
tak kesahlah, walaupun bermula dengan kayuh basikal anak...he he

sempat singgah rumah alang nuar, sepupu aku petang semalam.
hari tu kak lang ada kirim buah bacang.
kebetulan alang nuar duduk kat salak, taklah jauh sangat.
masa tu alang nuar tengah membelek-belek cermin keretanya.
"buat apa tu...." tanyaku sudah terang lagi bersuluh.

"tengah cabut sticker kereta ni...." jawab alang nuar ringkas.
"cabut sticker la dulu. lepas tu kita berenti beli dan makan pulak..." tambahnya lagi.

"nak boikot terus...masih teringin sesekali..."sambungnya

itu pun kira, langkah pertama jugak.
nampak gaya, aku kena ikut gak ni...
tapi,
pilihan adalah hak kita.




Apr 15, 2013


♫♪ ¸¸.•*¨*•♫♪ Happy Birthday To You♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪
 

- entri 'rare' hujung minggu -

Apr 14, 2013


entri hujung minggu adalah 'rare' bagi aku.
pergi ke pasar minggu pada pagi ahad jugak adalah rare.
jadi, bila dua kejadian rare bersatu, maka muncul lah gambar dan entri untuk becerita...hahahah


aku tak tahu bila bermula dari segi sejarahnya.
tapi seingat aku, pasar minggu di pekan salak ni dah wujud lama.
sejak aku kecik-kecik dulu dah ada dah.
bagi arwah mak aku, ke sini pada hujung minggu dah jadi macam satu kewajipan.
tak boleh tidak, kecuali kalau ada halangan spt tak sihat atau perkara lain yg tak dapat dielak.
sampai begitu sekali pentingnya.
bukan saja pada arwah mak tapi hampir semua warga kampung aku jugak.

sekarang ni, dah lebih teratur, tersusun dan lebih besar.
banyak pilihan daripada ikan  dan sayur segar, makanan, barang runcit pendeknya segala yg diperlukan  ada kat sini.
dulu pun harganya lebih murah, sebab harga borong.
dan lebih utama, barang basahnya segar.

dah lebih 10 tahun aku kembali tinggal di nilai.
boleh dikira beberapa kali je datang ke sini.
iyalah, hujung minggu adalah hari bermalas-malasan.
tambahan pulak dah ada pilihan lain seperti pasar raya.
lebih selesa, banyak pilihan jugak
tak payah susah-susah nak parkir, berhimpit-himpit, berpeluh-peluh....
huh dasar "kacang...

tapi aku takkan pernah lupa akan istimewanya lontong kat sini.
stail penyediaannya adalah jawa + negeri sembilan.
itu yg buat lontong kat sini lain daripada yg lain.
jadi, kali ni ambik kesempatan mengembalikan nostalgia....


lontong + mee soto (dua-dua aku yg makan)

licin licau...


- rumah pusaka itu. . .tinggal kenangan -

Apr 11, 2013


sabtu lepas, kak lang bagitau aku.
sepupu kami, anak no. 3 arwah mak long, nak datang ke rumahnya.
dah lama dia tak balik kampung.
kalau balik kampung pun, biasanya hari raya je.
tapi sejak 4 tahun ni, dia cuma sampai ke rumah kakak sulungnya di salak tinggi.
lagi pun dah takde sapa-sapa dah kat kampung.
mak long dan pak long dah lama tiada.
adik beradik, sepupu sepapat, kebanyakannya dah tinggalkan kampung.
cari rezeki dan bina hidup masing-masing.

kak lang  je penunggu setia.
yg lain semua dah berhijrah atau beli rumah sendiri.

diam tak diam, dekat 4 tahun rupanya dia tak ke rumah kak lang.
sebagai 'adik yg baik', aku pun sambut je ajakan kak lang.
sama-sama sambut sepupu yg dah lama tak jumpa tu.

tengah hari tu, aku duduk je kat wakaf depan rumah kak lang.
tunggu sepupu tu datang sambil baca surat khabar.
yg aku perasaan, ada satu kereta toyota beberapa kali lalu lalang depan rumah.

akhirnya kereta tu masuk ke laman rumah.
memang sepupu aku lah tu dengan familinya dalam kereta toyota putih tu.
sebenarnya dia takut salah rumah.
maklumlah dah lama tak balik kampung.
dan jengok kak lang.

"rumah pusaka mak tih (arwah mak aku) dah tukar lain....
patut la ingat salah rumah...!"
katanya sebaik saja keluar nampak kelibat aku dan kak lang.

ya, kami adik beradik pakat renovate rumah pusaka tu.
yg berduit lebih, bagilah lebih.
tapi kami tetap nak kekal unsur rumah kayu tradisional.
dan kami nak kak lang dan atih tinggal di rumah yg selesa.
sesekali kami berkumpul ramai-ramai pun, selesa...

masa aku nak balik tu, hujan turun.
membuatkan aku menghimbau kenangan.
ya...rumah pusaka tu kini cuma tinggal nostalgia.
tapi rumah yg ada sekarang masih ada imbasannya.


- back to basic -

Apr 10, 2013


jarak matahari dengan bumi lebih kurang 150 juta km.
tapi kita masih rasa panasnya.
dan bila cuaca panas sangat kita akan mengeluh.
kita lupa bila musim hujan, kita tertunggu-tunggu munculnya.

jauh bulan dengan bumi pulak lebih kurang 400,000 km.
kalau bulan mengambang, kita tetap nampak cantiknya.
tapi kita jarang menghargai bulan sebab dah ada lampu letrik

pelangi yang ada tujuh warna tu, jarang muncul.
tapi kalau sesekali muncul kita akan rasa kagum.
sekarang ni jarang benar nampak pelangi.
anehnya kita tahu ada tujuh warna.
tapi sebenarnya kita tak ingat pun apa warna 7 lapis tu.
yg mana di atas atau di bawah, biru? hijau? kuning?
masa zaman sekolah dulu mungkin hafal.

ya, itulah kenyataan dalam kehidupan kita.
bila tak de kita tercari-cari.
bila ada, kita tak tahu menghargai...

- benda nak jadi, sekelip mata je -

Apr 9, 2013


tengah layan siaran langsung ABPBH.
waktu tu 'search' tengah terima award. kalau tak silap, pencapaian sepanjang zaman.
aku tertanya-tanya, kenapa amy tak naik stage.
yg ada nordin, kid, nasir dan yazit.. je

tiba-tiba blackout.
aduh....! siapa sabotaj.
segera aku tinjau keluar ikut tingkap.
lampu jalan ok.
rumah jiran dan kawasan kejiranan, lampu on, je.

ada bau benda terbakar....!
hangit menusuk hidung!
kita orang mula panik.
aku suruh anak-anak keluar.

dalam gelap dan bersuluhkan cahaya henfon.
perkara pertama aku buat, offkan main switch.
kemudian aku cabut semua plug.
ada kemungkinan berlaku overload.

waktu tu dah dekat pukul 11.
tak lama lepas tu bau terbakar makin hilang.
kami masuk semula tapi bergelap.
cari lilin, tinggal 2 batang.
tak cukup untuk sampai ke siang.
pergi 7E kejap beli lilin sekotak 12 batang.

malam tu semua tidur kat ruang tamu.
panas usah cakap lah.
berkipas dengan surat khabar.
sepanjang malam tu aku berjaga je.
manalah tahu, kot benda terbakar tadi boleh sebabkan litar pintas dan kebakaran.
demi keselamatan, aku perlu fikir yg negatif.
buatkan aku jadi waspada.
jenuh nak tunggu ke pagi.
macam lambat sangat masa berjalan.

siangnya aku tak pergi kerja.
aku suruh wifey je pergi kerja.
anak-anak tetap ke sekolah.

aku buat report dengan TNB.
aku sendiri tak tahu puncanya di mana yg ada bau terbakar malam tadi.
bila diorang datang. dapat tahu puncanya.
fius dekat panel meter elektrik, terbakar.
itulah punca blackout.
pekerja TNB kata aku ambik tindakan betul dengan off kan main switch tu cepat-cepat.
dan cabut semua plug.
sebab kemungkinan berlaku overload. biasanya boleh sebabkan kerosakan barangan letrik yg ada dalam rumah.
itu yg pernah kita dengar kejadian tv meletup, peti ais terbakar, lampu meletup....!

alhamdulillah...semua selamat.




- kenapa salam tak bersambut? -

Apr 5, 2013


anak-anak aku memang dah terbiasa.
setiap kali bila nak masuk rumah, diorang akan bagi salam dulu.
walaupun nak masuk rumah sendiri.

"assalamu'alaikum...."

tak kiralah, balik dari sekolah ke.
balik dari kelas tuisyen ke.
atau balik dari kedai.
hatta balik dari main bola kat padang depan rumah je pun.

sebab dah diajar dulu.
kalau nak masuk rumah bagi salam dulu.
kengkadang diorang tersasul.
walaupun kami satu famili naik satu kereta balik dari mana-mana, diorang tetap bagi salam bila nak masuk...
walhal takde orang kat rumah!
hahaha


**********

tapi tabiat anak-anak aku tu, menimbulkan masalah kepada jiran sebelah rumah.
aku rasa jiran tu fobia dengan salesmen.
atau fobia dgn budak-budak atau anak yatim datang mintak derma.
sebab setiap kali anak aku bagi salam, akan terdengar dentuman pintu jiran dan grilnya ditutup hampir serentak.

dulu aku memang tak berapa perasan.
tapi kejadian petang semalam membuatkan aku yakin akan hal itu.
aku rasa mereka bukan saja berada pada tahap fobia mungkin juga sudah sampai ke tahap paranoid...
hu hu hu


**********

kejadian petang semalam.
aku baru balik jemput eril dari sekolah.
macam biasa, eril bagi salam.
walaupun pintu rumah ternganga luas...

'assalamu'alaikum....." seru eril.
aku mengikut saja di belakangnya.

serentak dengan tu juga, terdengar suara isteri jiran sebelah.

"yaya cepat-cepat tutup pintu.....!" dia mengarahkan anaknya.

lalu bunyi pintu pun berdentum, ditutup.

hahahahahahaha

dia ingat anak yatim datang nak mintak derma kot, bila dengar eril bagi salam....


- angkara sebotol minyak angin -

Apr 4, 2013


malam tadi agak luar biasa sibuk.
mula-mula hantar erol dan erin ke kelas tuisyen.
kemudian balik makan.
erol dan erin dah makan awal, sebelum maghrib tadi.
wifey masak 'nasi goreng kampung special'.
iya lah... mana ada nasi goreng kampung ada ayam goreng drumstick seketul sorang dan telur mata sebijik sorang...hehehe
tapi aku tak makan banyak.
badan yg tak berapa sihat sejak 2-3 hari ni disusuli batuk-batuk.
hidung pun tersumbat. deria bau pun tak berapa nak clear....

lepas makan, duk rehat tengok tv.
sebab sebelah siangnya parlimen bubar, maka hampir 3/4 berita di tv berkisar pasal tu aje.

kemudian wifey ingatkan, yg minyak keretanya dah tinggal 1 bar.
mintak tolong aku isikan.
aku bilang "jap lagilah...lepas berita..."

kemudian eril yg tengah buat homework pulak pesan.
"kalau papa keluar nanti, eril nak ikut. nak fotostat peta ni. nak buat kerja sekolah..."

aku bilang "jap lagilah...lepas berita..."

jam 9. aku dah nak gerak.
wifey mula bagi pesanan penaja.
"nanti singgah kedai, belikan roti untuk budak-budak sekali...."
anak-anak aku biasanya mesti ada stok roti dalam kabinet kat dapur.
tak kiralah roti keping-keping ke, roti ikan bilis ke, roti coklat ke.

masa tengok berita di tv tadi, aku teringat ada satu benda yg aku belum setel.
kelas tuisyen diorang tu, belum bayar lagi.
hari ni dah 3 haribulan.
sangkut pulak gaji cikgu tuisyen nanti...hu hu

nak isi minyak, jauh sikit.
kena pergi pekan salak. itulah petronas yg terdekat.
boleh tahan jugak jemnya pekan salak.
bukan apa, hari rabu biasanya ada pasar malam.

balik tu singgah kelas tuisyen.
nak buat bayaran. ada dua tiga orang mak bapak yg tunggu giliran.
ingatkan aku je yg lewat bayar.
sementara tunggu tu aku duduk sebelah satu perempuan dengan anaknya.
aku takde pilihan tempat duduk lain.
dia macam tak selesa....
argh...takpelah. kejap je.

masa bayar tu pun, entah kenapa tuan punya kelas tuisyen macam tak selesa gak.
macam tension sikit.
selalunya kita ada gak borak-borak.
kali ni dia macam nak cepat-cepat je.
buat semakan, ambik duit dan bagi resit.
mungkin dia tengah pening, mak bapak macam aku ni lambat bayar kot.
tengah pening nak fikir bayar gaji pekerjanya atau cikgunya.
tapi, pada kad bulanan kelas tuisyen tu, tarikh akhir bayar ialah selewat-lewatnya 5 haribulan.
ha ha ha...

lepas bayar kelas tuisyen.
pergi kedai fotostat. ada 2 orang yg tengah tunggu.
kemudian masuk seorang perempuan dengan anaknya.
lebih kurang baya-baya wifey la.
mula-mula dia bertegur sapa dengan eril. aku pun join sama.
rupa-rupanya dia cikgu sekolah eril.
tapi aku perasan, dahi dia berkerut-kerut sikit masa berbual tu...
kenapa yek?

setel fotostat.
singgah pulak satu kedai runcit dekat situ juga.
beli stok roti.
adik kaunter kedai runcit tu pun macam tak berapa nak mesra.
senyum macam nak tak nak je.
tak macam biasa.
apehal entah...

ada lebih kurang 10 minit lagi sebelum erol dan erin habis kelas tuisyen.
sementara menunggu, masuk seven E.
apa lagi beli slurpee la.

tepat jam 10. budak-budak kelas tuisyen mula berduyun keluar.
erol dan erin senyum je bila nampak slurpee di tangan aku.


***********

sampai rumah.
masuk je.
benda pertama yg wifey tegur...

"awak pakai minyak angin banyak sangat la....bau kuat satu rumah"

aduhai.....
banyak betul tempat yg aku singgah tadi.
stesen minyak. kelas tuisyen, kedai fotostat, kedai runcit, seven E.
tentu diorang cakap dalam hati.
"adus...mamat ni pakai minyak angin harum semerbak...!

memanglah aku pakai minyak angin.
sebab selesema dan batuk-batuk.
memang sah deria baru aku gagal berfungsi dengan baik, disebabkan hidung yg tersumbat kerana selesema...
sebab aku tak bau apa-apa. dan tak sedar pakai banyak ke sikit.

kenapa lah si eril tak tegur aku masa dalam kereta tadi.
patutlah diorang tak berapa nak 'mesra' hari ni, berkerut dahi la, macam-macam.
adehhhh...!!





- nyanyian ombak cherating -

Apr 2, 2013


lepas solat jumaat & lunch kita orang bertolak  dari kuantan ke cherating.
tak jauh mana pun dari kuantan.
boleh ikut highway LPT.
atau ikut Beserah macam aku.
sebab nak singgah menyinggah beli satar, keropok lekor dsb.

lepas check in kita orang ronda sekitar hotel dulu.
ada indoor games, gym ada 2 kolam renang dan pantai yg cantik.
nak main volleyball atau banana boat, jet ski, atau kayak pun ada.
menariknya ada bayak pilihan bilik.
nak tempah villa, chalet atau bilik hotel.



paling best.
bilik kita orang betul-betul dekat kolam renang.
bukak sliding door belakang, terus boleh terjun....ha ha ha


malamnya kita keluar jjcm kat luar.
ada banyak kedai makan tepi jalan.
lagipun kita dah kerap sangat dengan masakan hotel, nak cari masakan tempatan.
pendeknya masakan kampung.
aku cadangkan makan ikan. murah dan segar.
tak kesah la nak makan ikan bakar ke, atau tiga rasa ke.
ada bawal, siakap, patin.
ataupun seafood (bukan seeweed hahaha) spt ketam, udang, kepah dll. best woooo....

breakfast pun kita cari makan kat kedai luar.
nak try nasi dagang, nasi kerabu, atau pulut panggang.
memang banyak pilihan
ada banyak pilihan hotel kat cherating ni.
dan  untung jugak orang kampung sekitarnya, boleh buat bisnes.
mungkin sebab tu ada banyak kedai sepanjang jalan.


esoknya kita main pantai la pulak. dah puas di kolam.
pantainya cantik, pasirnya putih, lautnya biru...
deburan ombaknya yg menyegarkan dan desiran anginnya yg nyaman.
memang berbaloi....tenang saja.
hilang stres kerja.

lepas check out.
jangan lupa singgah kedai-kedai yg banyak kat sepanjang jalan.
belilah keropok lekor, ikan bilis, satar dan hasil laut yg lain untuk buah tangan kengkawan.
atau stok makan sendiri.....

- no april fool, no monday blues...-

Apr 1, 2013

 

datang kerja pagi ni, lepas cuti panjang...
ada something atas meja.
yehaaaa....coklat.
swiss made.
terima kasih daun keladi, dr. lam.
lain kali beri lah lagi.

suspen gak tadi, ingatkan kena april fool.
bukak kotak pelan-pelan.
nampaknya hari ni takde monday blues, takde april fool.