- seorang warden bernama megat. . . -

May 16, 2013


ustad megat adalah guru warden yg baru.
demikian berita sampai ke telinga kami di asrama.
menggantikan cikgu aziz (yg kami gelar cikgu tompok) warden lama yg selama ini menjadi musuh kami.
maaflah. memang di mana-mana asrama pun, warden adalah 'musuh' bagi pelajar asrama.
terutama yg nakal sikit dan suka mengular macam kami.
kalau tak percaya tanya saja, siapa yg pernah tinggal di asrama...

pada hari pertama masuk, ustad megat memperkenalkan diri dan bagi taklimat.
kami yg senior berpandangan sesama sendiri.
ustad megat orangnya 'kecik molek'. mukanya bersih.
dia ada misai dan janggut tapi langsung tak nampak garang.
mungkin untuk nampak garang dia sentiasa bawak rotan ke hulu ke hilir.
biasanya guru warden, daripada pengalaman kami, mestilah garang, tegas dan serius.
tapi ustad megat adalah kontra, sangat kontra...
nampaknya boleh lah kami lebih bermaharajalela.

********

suatu kejutan yg tak pernah kami sangka berlaku keesokannya.
subuh esoknya, lampu dorm kami dipasang, terang benderang
ada yg melenting, mengerang, malah ada yang menyumpah seranah...!
masing-masing dengan mata kuyu separuh terbuka.
tertanya-tanya siapakah gerangan yg punya angkara.
berani mengganggu tidur dan mimpi indah kami.
pantang sekali lampu dipasang ketika kawan-kawan satu dorm sedang enak tidur.
itu peraturan yg basic.

"bangooon, bangooon....mandi dan turun solat subuh!" jerit satu suara yg agak asing pada telinga kami.
kemudian disusuli dengan ketukan rotan pada besi katil kami.
hingar bunyi memecah sunyi subuh.

maka sedarlah kami, itu bukan gurauan kawan-kawan.
sebaliknya kerahan ustad megat. warden baru tu!
maka berbondong-bondonglah kami menuju ke bilik air.
kalau tidak rotan akan hinggap di punggung.

mulai hari itu, pagi kami sudah tak sama seperti dulu.
ustad megat dengan rotan dan suara nyaringnya akan mengejutkan kami saban pagi.
kami juga mesti turun ke surau untuk solat maghrib dan isyak sebelum ke kelas prep.

kejutan tak berakhir di situ.
ustad megat mengambil pendekatan berbeza.
ketua asrama dan ajk asrama bukan dilantik daripada kalangan 'yang baik-baik'
sebaliknya dia memilih kalangan yg agak nakal dan ada rekod disiplin.

jimi, antara geng kita orang yg curi keluar malam-malam tu, dilantik jadi ketua asrama.
bob yg kuat makan dan selalu makan dulu sebelum waktu break untuk prep malam, jadi ajk dewan makan.
nine yg selalu buli freshies, dipilih ajk kebajikan.
itik yg malas mandi tu, sebagai ajk kebersihan.
aku pulak kena jadi ketua dorm.

nak membantah atau mengeluh pun tak guna. kami kenalah ikut.
aku kena pastikan dorm aku bersih.
kalau ada yg demam aku kena report cepat.
kalau ada masalah disiplin aku kena kontrol.
selepas ni kalau budak dorm aku tak bangun subuh, ustad megat akan cari aku.

samalah juga dengan kengkawan aku yg lain.
malah ada yg lebih berat tanggungjawabnya terutama seperti, jimi.

ini sebenarnya mengajar kami menjadi lebih bertanggungjawab. lebih disiplin.
mengajar kami sebagai leader bukan sekadar memimpin.
ini adalah pendekatan psikologi reverse yg digunakan oleh ustad megat.
cakap-cakap kami yg lebih rapat dan lebih dekat dengan kengkawan, lebih mudah didengar dan diikut.
kami lebih memahami & menggunakan pendekatan 'kawan sama kawan'
berbanding jika ketuanya daripada kalangan 'orang lain' yg kurang faham dan kurang rapat.
kami ibarat pemimpin grass root. lebih mendengar. mudah didekat dan dibawa berbincang.
bukannya pemimpin kelas atasan.

mereka yg 'bermasalah' haruslah didekati. dicari punca mengatasi.
bukannya disisih, dihukum atau dijauhi.

pada waktu itu mungkin kami tak nampak semua ni.
tapi itulah yg sebenarnya berlaku.

kami yg diberi tanggungjawab meskipun awalnya sukar tapi akhirnya secara natural berubah kepada lebih baik.
disiplin diri tanpa ada paksaan orang lain.
takkanlah kami nak keluar malam lagi?
rasa serba salah kalau ponteng prep.
rasa geram kalau asrama atau dorm kotor.
rasa malu kalau lewat bangun subuh.

lepas maghrib sementara menunggu waktu isyak di surau, diisi pelbagai aktiviti rohaniah.
ceramah, tazkirah, belajar mengaji, belajar azan, fardu ain dan macam-macam lagi.
walaupun asalnya, kami 'dipaksa' turun ke surau. tapi selepas itu hati kami jadi lembut dan rela hati.
malah ada yg berebut-rebut nak dapatkan mikrofon untuk laungkan azan.
berdulu-duluan nak duduk saf depan waktu berjemaah.
nak tanya macam-macam masa kuliah fardu ain.

ustad megat jugak perkenalkan sistem adik angkat.
yg senior membantu yg junior. sama ada dalam hal seharian mahupun dalam pelajaran.
kami juga ada group studi.
kumpulan pelajar yg lebih pintar membantu yg agak lemah.

********

hari-hari mendatang, hubungan kami di asrama dengan ustad megat jadi sangat rapat.
bukan sekadar pelajar dengan warden atau anak murid dengan cikgu.
...tapi lebih sebagai anak dengan bapak.

sebulan sekali kami akan ada jamuan yg dibuat di rumah warden.
pelajar asrama puteri akan bantu isteri ustad megat masak dan sediakan hidangan.
akan ada jugak pertunjukan bakat, games dll.

asrama bukan lagi penjara untuk kami.
warden bukan lagi musuh kami.


***

kalaulah ramai cikgu seperti ustad megat....alangkah baiknya.
mungkin kalau tak kerana ustad megat, aku dan kawan yg lain mungkin tak jadi 'orang'.
kepada ustad megat....
jasamu akan sentiasa kami kenang,
SELAMAT HARI GURU.



4 refleksi:

||aLeaSaRa|| said...

wah nice sharing..bestnya cara pendekatan ustaz megat.dia bukan saja seorg yg bijak,utk jadi warden kena juga kreatif...dan kptsnnya bijak memilih pelajar yg noty he3...

Anonymous said...

nice entry, bro

rahimin said...


problem ni timbul sbb selalunya cikgu atau warden sengaja cipta 'gap' dgn muridnya. supaya mrk respek.

utz megat, aku tabik!

bangsawan nilai said...


ya, aku adaramai cikgu dlm hidup aku, tapi utz megat paling terkesan