- tak patut, tapi nak tulis jugak... -

May 25, 2013


aku rasa tak patut tulis ni. tapi nak tulis jugak. kata omputeh, "know it all don't win arguments". namun tetap jugak ada orang yg seolah-olah tahu semuanya atau dia betul dalam semua perkara. 
isnin, boss cuti sakit.
selasa, pagi-pagi lagi dia dah panggil kami bertiga menghadap. ada tugasan urgent yg perlu dibereskan. sudahlah urgent, maha penting pulak sifatnya. satu proposal perlu disiapkan dan diserahkan pada hari khamis. aku diamanahkan menyiapkan proposal. yang 2 lagi membantu menyediakan dokumen sokongan yg aku perlukan.
tugas yg amat berat. sepatutnya boss yg buat, tetapi dia kurang sihat. kemungkinan besar dia takkan dapat siapkan dalam masa sesingkat itu dan dia tidak mahu masalah kesihatannya menyebabkan kami terlepas projek tu.

lalu boss menggariskan apa yg kami perlu buat. hanya garis kasar. selebihnya pandai-pandai akulah menyudahkannya. boss akan beri 'nasihat' apa yang patut nanti.
ketika meeting berlangsung, sekretari masuk. ada tetamu yg datang dari pejabat big boss. oleh sebab mereka dari pejabat big boss, mereka boleh datang bila-bila masa saja. tak payah appointment. huh...macam tu ke?
oleh sebab kedatangan tu berkait dengan bidang tugas aku, maka aku lah orangnya yg perlu 'melayan' mereka. aku sudah kerugian beberapa jam untuk mula mengerjakan proposal tersebut.
jam 12 tengah hari, para tetamu tadi pun pulang, selepas dapat apa yg mereka mahukan. selepas menghantar tetamu tersebut keluar ke kenderaan mereka - walau kita tak suka tetamu itu pun kita tetap bersikap ramah melayan mereka - aku bertembung dengan boss di kaki lima ofis. dia nak keluar ada mesyuarat penting katanya.
mungkin dia perasaan muka aku yg kelat dan seperti ada batu besar pada bahu aku, boss berpesan kepada sekretarinya melalui telefon. dia suruh aku balik dan menyiapkan saja kerja tersebut di rumah. kerana kalau aku terus berada di ofis, gangguan kerja lain dan tetamu yg tak diundang pasti saja melambatkan dan merencatkan tugasan yg tahapnya seperti mission impossible itu. tapi hakikatnya aku perlu menjadikan yg impossible itu kepada possible, tak boleh tidak, by hook or by crook.

aku ambil apa saja fail yg aku rasa boleh membantu. vrooommm. aku balik rumah.
petang tu aku siapkan kerangka proposal.
dan selepas makan malam, aku memulakan misi. aku angkat coffee table, letakkan lap top dan susun segala fail. sepanjang malam tu aku berjaga. bila terasa sedikit mengantuk aku layan internet kejap. atau tengok tv kejap. buat nescafe pekat.
aku bukan saja perlu siapkan cepat tapi kandungannya mestilah tepat, ditambah justifikasi untuk menambat dan meyakinkan. bukan saja sokongan data, analisis data juga perlu dibuat. dan ayat-ayat power perlu dianyam dan disulam.
proposal yang agak kabur pukul 1 pagi sebelumnya dah semakin nampak jalannya menjelang 5 pagi, aku dah mula lega. sudah hampir lengkap, cuma perlu finishing touch. sentuhan magis. selepas solat subuh sebaik azan berkumandang di surau, aku pun tidur atas sofa di ruang tamu rumah. sebelum tu aku set alarm, untuk bangun semula jam 8:00. lepas mandi dan buat cereal sebagai sarapan, aku menghadap balik lap top. tugas sekarang ni cuma perlu ejaskan mana-mana bahagian yg longgar, cantikkan ayat-ayat yg negatif, bunga-bungakan dengan retorik bila hujahan ayat-ayat nampak kaku dan bosan.

9:30 aku e-melkan draf proposal untuk semakan dan maklum balas boss. supaya apa-apa yg aku tertinggal atau apa saja pindaan, dan cadangan penambahbaikan boleh aku buat susulannya. aku cc juga e-mel kepada 2 lagi rakan sekerja yg 'sepatutnya' membantu aku tu.
jam 11, masih belum ada sebarang respons daripada sesiapa pun. aku ambik keputusan, menelefon boss. untuk ingatkan dia. lagipun, lagi cepat aku dapat maklum balas, lagi cepat aku dapat siapkan.
malangnya, aku dibagitau oleh sekretari, boss takde kat ofis. dia janji akan remindkan boss sebaik saja dia masuk nanti. yang 2 orang lagi, aku diberitahu, berada di ofis tapi aku tak dapat apa-apa maklum balas daripada mereka. notify dah terima e-mel aku pun tidak. malah mungkin tak baca pun.
aku dah agak dah, dan secara seriusnya aku tak harap sangat.
dah jam 2, beberapa kali aku semak e-mel. takde apa-apa.
pukul 3 pun belum ada apa-apa. argh....kata urgent sangat!
mata aku dah mula mengantuk. semangat malam tadi hingga pagi tadi, sedikit demi sedikit mula menurun. aku mula tertanya-tanya malah meragui diri aku sendiri. adakah proposal yg aku siapkan tu tak bagus hingga boss langsung tak respons? atau mungkin ke ia dibakulsampahkan sebab kualitinya rubbish!
jam 4:00 baru dapat e-mel daripada boss. rupanya boss sendiri terkejut. dia tak sangka aku boleh buat secepat itu dan sebaik itu. proposal yg superb!  ditulisnya dalam e-mel.
dalam pada itu dia turut berikan komen apa-apa yg aku perlu baiki, pinda, delete atau bagi lagi cantik.
e-mel balasnya tu buatkan semangat aku sedikit naik, walaupun tadinya agak down.
sekali lagi aku sambung kerja selepas makan malam. dan kali ini menjelang pukul 2 pagi segalanya beres. dan kali ni aku rasa puas kerana aku tahu, aku dah buat yg terbaik. dan komen positif boss memberikan keyakinan.

D-day. pagi khamis. aku sedikit lewat sampai ofis pagi ni. dan aku baru perasan yg aku hanya pakai stokin sebelah saja.
pagi-pagi lagi boss dah masuk bilik aku. nak tengok apa kesudahan proposal tu.
dia kata nak baca sepintas lalu dulu.
oleh sebab satu hari setengah takde kat ofis, macam macam benda yg berkaitan kerja datang serentak. seorang demi seorang staf mengetuk pintu bilik. staf sendiri dan tetamu pun datang menerjah. sehinggakan boss terpaksa menunggu aku di bilik mesyuarat.
kemudian boss mintak aku bentangkan. biar proposal itu diuji. tengok kalau ada ruang yg masih perlu ditampung. 2 jam berikutnya, semuanya selesai, cuma sikit fine tuning sebelum dimuktamadkan.
cuma dalam sesi pembentangan tu aku diminta 'mempertahankan'nya. sebagai olok-olok kemungkinan soalan atau 'serangan' yg sama mungkin timbul semasa boss membentangkannya nanti dalam situasai sebenar kepada board of directors.
draf awal untuk proposal itu aku hantar serentak kepada boss dan 2 lagi yg sepatutnya membantu memberi input.tapi cuma boss yg respons dan beri cadangan balas. yg dua lagi sudahlah tak menyumbang, notify penerimaan pun langsung tidak
Nampak sangatlah mereka bukan saja tak berikan input, malah tak baca langsung draf awal yg aku hantar terdahulu. hampir semua persoalan atau cadangan yg mereka 'kononnya' mereka berikan memang sudah ada dalam proposal. mungkin cuba nak impressedkan boss. nak tunjukkan mereka juga buat homework atau buat kerja.
'Nampak sangat nipunya...' kata usop wilcha.

boss cuma senyum je setiap kali 'isu' mereka bangkitkan, aku cuma jawab, "memang i dah masukkan dalam proposal, you should have read it. yg I nak ialah value added pada apa yg dah ada.."
mereka sebenarnya cuma memalukan diri sendiri, tapi masih cuba nak tunjuk mereka lebih tahu.
boss yg dari tadi hanya sesekali mencelah dengan nada sinis tetapi mereka masih buat-buat tak faham dan tak sedar.
akhirnya, boss menamatkan sesi diskusi.
"I think this proposal sangat kuat. we should proceed with some little fine tuning. but I am also disappointed, nampaknya proposal ini sepatutnya dibuat oleh satu team bukannya one man team...!"

aku buat semua ni bukan untuk impressedkan sesiapa. boss suruh buat kerja, aku buat. buat dengan ikhlas, buat sebaik mungkin. semuanya untuk kebaikan kompeni jugak, tidak lain yg dapat manfaatnya ialah staff dan kompeni. bukannya aku!
malam sebelumnya. aku tak tidur sepanjang malam. malam berikutnya aku tidur jam 3 pagi. bukan untuk aku. bukan nak isi bakul angkat sendiri. bukan nakkan apa-apa ganjaran pun.
cuma kecewa dengan sikap orang lain yg sepatutnya membantu. kemudian pandai-pandai pula nak cadangkan itu dan ini. yg sebenarnya memang dah ada pun jelas tertulis dalam proposal.
 kalau tak buat kerja tak apa lah, jangan nak hijack usaha orang lain. jangan nak discredit, susah payah orang lain.
sekarang aku tahu, blessing in disguise, siapa dalang siapa penghalang. siapa kawan, siapa yang makan kawan.

1 refleksi:

rahimin said...

yep. politic ofis kat mana2 pun ade