- ulau melingkau atas pagau -

Jun 30, 2013


walaupun tajuk entri ni 'kelakau' ikut stail cakap orang 'melake'.
tapi cerita ni serius bangat...
ini cerita real yg berlaku minggu lepas.

eril nak ke sekolah tengah hari tu.
sedang dia menunggu kereta jiran yg biasa menghantarnya.
sebaik saja kereta sampai, eril pun melangkah keluar
tiba-tiba seekor ular tiba-tiba meluncur masuk ke rumah.
eril terkejut lalu berlari keluar dan bagitau jiran itu.

oleh sebab eril nak ke sekolah, dan jiran itu pulak (perempuan) takut dengan ular.
mereka pun ambil keputusan, terus saja kunci pintu rumah.
dan membiarkan ular itu terkurung dalam rumah.
kemudian eril  menelefon aku dan wifey.

demi mendengar berita itu, aku pun mohon untuk balik.
hal kecemasan, aku bagitau sekretari boss.
lalu aku pun memecut balik.
jarak antara KL ke nilai aku rasa tak sampai 5 minit aje...
dalam fikiran aku memikir macam mana nak 'bertentang' dengan sang ular.
selain aku bayangkan bagaimana takutnya eril tadi, bertembung dengan ular.

sampai ke rumah, aku berhati-hati buka pintu.
mana tahu, kalau-kalau si ular sudah bersedia 'menyambut' depan pintu.
walaupun ada perasaan 'berani-berani takut' atau 'takut-takut berani' aku ambil sebatang rotan yg memang sedia tersimpan dalam rumah.
kata orang, ular ni 'alah' dengan batang buluh. tapi mana aku nak cari buluh pada masa tu.
rotan ni pun dah cukup baik...
aku jadi sedikit berani bila diberitau, saiz ular tu taklah sebesar anaconda, atau ular sawa.
"kecik sikit, macam tali pinggang", kata eril.

aku pun selongkar segala sudut dan perabot dalam rumah.
mula-mula runga tamu. bawah sofa. singkap bawah karpet.
bilik depan. bilik tengah. bawah katil. belakang almari. belakang pasu.
geledah pulak, masuk bilik belakang. kemudian ke bahagian dapur.
habis tunggang langgang aku selongkar.
takde. tak jumpa. kesan pun tak ada.

wifey kata, mungkin kita tak jumpa 'dia' menyorok kat mana-mana.
tapi aku cukup yakin ular tu memang dah keluar.
sebab aku dah selongkar setiap inci rumah.
tapi untuk lebih yakin, aku ambik keputusan panggil bomba sahaja.
bagi aku keselamatan keluarga lebih utama.
lagipun mereka adalah pakar dan professional dalam mengendalikan hal macam ni.

setengah jam kemudian bomba pun sampai.
mereka pun selongkar setiap sudut, setiap inci rumah.
tak jumpa pun.
kemungkinan besar dalam tempoh eril telefon, dan aku sampai ke rumah tadi, ular tu keluar semula.
bomba memberikan jaminan, rumah kami selamat untuk dimasuki.
itu sudah cukup berikan kelegaan pada kami.

kejadian ni aku ceritakan pada kak lang.
kak lang pesan pada aku supaya belikan belerang.
katanya ular takut pada bau belerang, dan takkan masuk ke rumah.
kejap-kejap tu juga aku ke kedai.
beli dan tabur sekeliling rumah.

aku harap, ular tu cuma 'tersesat' saja.
dan bukan nak ganggu rumah kami, atau hidup kami.

cuma wifey ada merungut.
'rumah orang lain yg semak-samun, rumah kita pulak yg ular tu masuk'

belerang atau sulphur yg aku beli rm7 se kg.

- kita diuji dengan jerebu, agar lebih menghargai hujan...-

Jun 27, 2013


kata seorang mekanik cina yg servis kereta aku
dalam nada lawak

"boss, sikalang aaa, jelebu bukan ade ini negeli sembilan saje...itu selangor, johor dengan melake pun sulah ade jelebu..."

aku sengih aje dengar lawak dia.
"wei ah hong, ini jerebu la bukan jelebu..." ...dan kami sama-sama ketawa

bukan sahaja hujan tetapi alam sekitar kita.
dunia sekeliling kita.
bila jerebu datang dan merimaskan, maka hujan pula seakan-akan tidak mahu turun.
terasa rindu pula dengan hujan.
sedangkan bila cuaca baik tanpa jerebu dan sesekali hujan turun lebat.
banjir kilat dan jalan jadi sesak bila kita nak balik dari tempat kerja.
kita mengeluh, merungut dan 'menyalahkan' hujan.
'hujan punya pasal jalan jem, 2 jam...'
yg salah bukan hujan.
tapi yg pandu kereta. semua nak berkereta sendiri.
naik bas atau motosikal takde kelas...
sudahnya di Malaysia saja ada lebih 15 juta kenderaan
satu rumah ada 2-3 kereta.
nak parking depan rumah pun kengkadang bergaduh depan jiran.



bencana seperti jerebu adalah angkara manusia.
bukan malapetaka semula jadi seperti gempa bumi, letupan gunung berapi, banjir atau tsunami.
dah tahu tak boleh bakar, kita bakar jugak.

kajian tunjukkan  75 peratus punca kemalangan jalan raya juga disebabkan faktor manusia.
pandu laju dan langgar lampu merah adalah paling utama.
faktor selebihnya mungkin teknikal, spt. brek rosak, tayar pecah atau permukaan jalan tak elok.

sama jugak dengan penyakit yang menimpa.
darah tinggi, diabetes dan seumpamanya.
sebab kita tak kawal apa yg kita makan.

maknanya, punca utama kerosakan adalah buatan manusia sendiri.
kedegilan dan kealpaan manusia.
walaupun tahu akibatnya kita masih tak peduli...!

jerebu dah jadi macam musim durian
kita dah tahu, bila tiba musimnya.

- saya ok, saya dah besar... -

Jun 24, 2013

♫♪ ¸¸.•*¨*•♫♪ Happy Birthday To You♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪ 
 

tak pyh kek la, nak burger bakar je...
he he anak yg cool

- tiada lagi derai tawa mu -

Jun 21, 2013


perpisahan tak pernah mudah.
kita tak pernah tahu apakah mungkin bertemu lagi pada lain ketika.
apatah lagi jika kita sedar, perpisahan itu adalah abadi sifatnya.
terpisah antara dua dunia.

pasti terkesan bila orang yg rapat atau kita sangka akan terus berada sekeliling kita, tiba-tiba pergi tak kembali lagi.

seorang kawan sekolah, kemudian terputus hubungan bila kita membina hidup  dan kerjaya lalu terpisah lah. kita ingatkan memori sekolah itu hanya tinggal memori.
dalam lipatan kenangan sebagai nostalgia yg sesekali manggamit rasa.
tapi, takdir menentukan pertemuan semula.

...dan sejak itu kawan sekolah tadi menjadi kawan yg lebih rapat. bukan sekadar kawan sekolah tapi kawan dalam kehidupan kita.
kerana kedewasaan mengajar kita lebih menghargai erti sahabat.

tiba-tiba kita dipisahkan kembali.
kali ini aku sedar. tidak akan ada pertemuan kembali.
takdir sudah memisahkan kita buat selama-lamanya.

kalau 4 bulan dulu kau menghubungi ku atas berita sedih kepergian isterimu.
kesedihan itu kita kongsi bersama.
aku ingat kata-katamu "nampaknya tak dapatlah kau rasa laksa johor kesukaan kau tu. sebab wife aku takde lagi dah..."
ya, setiap kali aku bertandang ke rumahmu, itulah yg dihidangkan.

kali ini, aku terima berita, kepergianmu kawan...
menyusul arwah isterimu itu.
dalam usia yg sebegini muda, siapa pun takkan menjangkakannya.
di waktu kau sedang berada di puncak kerjaya.

meski tangis ini cuba aku tahankan seboleh mungkin.
tapi kesedihan tak terbendung, bila terpandangkan anak-anak kecilmu.
bagaimana nanti mereka meneruskan kehidupan dalam usia mentah itu tanpa ayah ibu di sisi.
tapi aku pasti, mereka sudah terdidik sebaik-baiknya oleh mu.

ya, pagi semalam. seperti biasa kau akan hantarkan anak-anak ke sekolah.
seperti sepatutnya, kemudian kau akan ke tempat kerja.
tapi kau berpatah balik menuju ke klinik. rasa sakit dada dan sesak nafas, mungkin.
siapa sangka pagi itu adalah kali terakhir kau menghantar anakmu ke sekolah.
di klinik,  kau tak sedarkan diri. diserang sakit jantung.
doktor di klinik itu cuba membantu. tapi ikhtiar manusia meskipun doktor, tak mampu menahan ketentuan-Nya.
itulah berita yg disampaikan kepada aku...

kenangan antara kita takkan luput di ingatan.
hari-hariku selepas ini harus diteruskan tanpa kau lagi.
semalam, akan tercatat dalam sejarah hidupku sampai bila-bila.
sebagai antara hari-hari paling sedih dalam hidup ku.
aku kehilangan seorang, kawan, sahabat, saudara, abang, tempat berkongsi tawa dan duka...

naza...damailah kau di sisi-Nya.
al-fatihah.




- atas nama silaturahim -

Jun 20, 2013


* ini berlaku kat kejiranan aku la. takde kena-mengena dgn kejiranan lain sama ada masih wujud atau tidak.

bila buat majlis je, alasannya nak eratkan silaturahim. asal buat acara je, asasnya nak pupuk silaturahim.

buat majlis sambut tahun baru dengan bakar mercun sambil bbq pun sebab nak erat silaturahim jugak.

poco-poco setiap malam rabu selang minggu pun sebab nak kuatkan silaturahim. siapa yg tak nak join tu, akan putus silaturahim, tak baik.

kaum ibu berlonggok petang-petang tepi padang permainan sambil bawak stroller anak-anak.  berborak sambil mengumpat sampai azan maghrib tak sedar pun, sebab kita ni hidup berjiran kena campur orang nanti jadi kera sumbang. kena jalin silaturahim...

tujuan nak buat majlis jamuan raya sebab nak eratkan lagi silaturahim. walaupun hampir setiap rumah dah buat open house, jiran yg sama jugak datang. kena bayar rm30. siapa tak ikut serta & tak bayar maknanya tak ikut semangat silaturahim. majlis diisi dengan makan, makan dan makan. atas nama silaturahim...

nota: ini siaran ulangan

minggu depan nak buat majlis tahlil sempena sambut ramadhan. kita kumpul duit buat majlis makan-makan sikit. pasang khemah kat padang, baca yasin dan doa tahlil untuk arwah ahli keluarga yg dah tiada. dalam masa yg sama untuk eratkan silaturahim...

yg kutip duit yuran bulanan rm20 tiap-tiap bulan tu buat apa? tak nampak apa pun...
tak pelah silaturahim punya pasal.
nanti orang kata apa pulak kan.

nota: siaran langsung

- ilmu bukan datang dari langit -

Jun 19, 2013


kompeni hantar ke satu bengkel.
2 hari ni aku terperap kat bengkel.
aku lebih prefer pergi seminar, forum ke. ceramah ke atau paling leceh pun mesyuarat la.
bengkel ni penat.
kena perah otak terutama bila ada aktiviti berkumpulan.
nak pulak kalau tak pasal-pasal kita dilantik jadi ketua, kena buat presentation.
kalau kumpulan tu bukan 'satu kepala', mau pening woo...

hmm...hal negatif ni tak mau cerita la.
part paling seronok dapat kenal dengan orang yg tak pernah kenal.
bina networking, kata orang.
selain tu dapat ilmu baru, pengetahuan lebih luas...
taklah terperap kat ofis je.

masa break macam-macam lah yg diborakkan.
ilmu baru jugak dan benda yg kita tak pernah tau, dapat dikongsikan jugak!
ilmu tak semestinya datang daripada orang berilmu saja, atau penceramah yg bagi ceramah.

ni sebahagian 'diskusi' semasa lunch semalam.

'mak cik saya dikesan ada kanser tahap awal. tapi lepas ikut rawatan, berubat sana-sini. kanser tu terkawal lah selepas 2 tahun. hinggalah satu hari, ada kawannya perkenal umat tradisional yg diperbuat daripada gamat. dengan harapan dia pulih sepenuhnya daripada kanser. tapi sebaliknya berlaku, kansernya makin merebak. akhirnya tak dapat dikawal, hingga sebabkan dia meninggal. doktor cuba cari puncanya. sehinggalah diberitahu bahawa mak cik saya gunakan ubat tradisional tadi. doktor bagitau, gamat tu adalah antara puncanya. kerana gamat tu menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru kanser. bila pesakit kanser diserang kali ke-2 selepas hampir pulih, maka sukarlah untuk mengubatinya lagi'.
kata peserta dari utara, yg satu grup dengan aku.

'kita kena kawal pemakanan. bukan kawal makan. bapak saya umur dia sekarang 78 tahun & masih sihat. takde penyakit apa-apa. 12 tahun dulu dia disahkan menghidap kanser. tahap 4 pulak tu. doktor pun kata, dia mungkin boleh hidup paling lama 6 bulan je. kalau buat kemo atau radioterapi pun paling lama dia boleh bertahan 10-12 bulan. dia telefon saya sambil menangis. sedara mara saya termasuk tok dan bapak saya berasal dari mekah dan tinggal di mekah. dia hampir putus harapan. hajatnya nak duduk beribadat depan kaabah aje, sepanjang 6 bulan tu. saya nasihatkan dia cuba diet yg kawan saya seorang doktor bagi. makan makanan ikut jenis darah. misalnya jenis darah B boleh makan apa, darah O tak boleh makan apa. dia ikut diet yg saya bagi. alhamdulillah. ayah saya masih hidup, kanser pun dah pulih. baru 2 minggu lepas dia datang ke sabah, ziarah saya dan cucunya'
kongsi cerita seorang rakan bengkel dari sabah.
lepas tu kengkawan yg duduk semeja masa makan tu pun sibuk Q&A pasal diet ikut jenis darah tu.

'aku ni tak boleh makan kerang la. yg aku ingat 2 minggu lepas lepas makan kerang  banyak,  ada sakit susah nak kencing. kencing je sakit. pergi jumpa doktor, check. doktor kata darah kotor. mungkin puncanya makan kerang kot. doktor jugak suspek mungkin tanda-tanda awal sakit batu karang. pakcik aku bagi tau ada seorang pakar perubatan tradisonal yg terkenal boleh ubat batu karang ni. orang kita panggil bomoh atau pak dukun la. tempat tu kat melaka. walaupun aku ni orang melaka jugak. tapi aku tak tahu pun tempat tu. aku pun pergilah dengan bapak dan kaka aku. manalah tau sekarang ni banyak tradisional yg tipu-tipu. sampai sana aku disuruh bersila. dia baca sesuatu dan urut-urut pinggang aku. tekan-tekan. lepas tu dia tunjuk macam batu kecik yg dia dapat ambik dari badan aku. 'kecik ni, baru nak jadi', katanya. sama yg macam yg doktor cakap. tak kena bayar apa-apa. tapi dia bagi ubat. yg ubat tu harga dia satu botol rm80 -120. jalan ank pergi rumah dia ikut jalan celah rumah orang. jalan sempit. tapi ramai orang datang dari seluruh malaysia. jadi jiran dia ambik kesempatan buat bisnes. caj parking. ada jugak yg bukak gerai jual air, untuk 'pesakit' yg menunggu. gerai jual buah dan gerai makan pun ada. dia bawak rezki jugak untuk penduduk kampung yg lain. aku pergi cek dengan doktor, 2 hari lepas. kencing aku dah tak berapa kotor, makin baik..."
kongsi cerita seorang kawan yg paling 'aktif' dalam bengkel.

ada banyak lagi cerita, peristiwa pengalaman yg dapat dikutip sepanjang 2 hari berbengkel tu. bukan saja ilmu daripada penceramah, tetapi juga kengkawan peserta yg kita tak pernah kenal sebelum ni.

betullah, kata orang ilmu tu ada di mana-mana. bukan saja di masjid atau surau, sekolah atau  pusat pengajian tetapi juga pengalaman dalam kehidupan.
ilmu akhirat itu penting, ilmu dunia itu perlu..

- siapa enau dalam kalangan kita? -

Jun 14, 2013



kata pepatah, ibarat enau dalam belukar.
nak lepaskan pucuk masing-masing je.
pucuk enau lain, pandai-pandailah nak naik sendiri ke atas.

nak lepas tengkuk sendiri je, kata orang sekarang.
lebih berat lagi sanggup menyalahkan orang lain pulak.
ini termasuk dalam hal kerja, sampai kawan sekerja pun kita pijak.

cuba tengok 'the apprentice (asia)'. dulu big boss yg cakap 'u are fired' tu, donald trump.
rancangan versi asia ni, tony fernandez, tauke air asia.



dalam 'the apprentice', kita dapat tengok orang yg buat silap yg jadi punca kerugian, tak nak mengaku.
sudahlah tak mengaku, menyalahkan orang lain utk selamatkan diri.
walhal diorang satu kumpulan tu...
ya, memanglah nak tonjolkan diri. kengkadang isi bakul angkat sendiri.
tapi dari segi etika dan moralnya?
macam mana?

itu program tv realiti.
tapi di alam realiti pun, lebih kurang sama.

hakikat dunia, macam tulah.
tak payah pergi jauh. tengok saja keliling kita.

malah lebih baik lihat sahaja ke dalam diri kita sendiri.
kita ni jalankan kerja  yg diamanahkan dengan penuh komited dan bertanggungjawab 100% ke?
atau masih merungut? komplen itu ini?
kerja banyak tapi gaji ciput, sesekali kita mengeluh
kadangkala mengular bila ada peluang?
asyik 'berlayar' di alam siber pada waktu kerja?

...dan bila boss panggil menghadap pasal kesilapan dalam kerja.
ada ketika-ketikanya kita menyalahkan orang lain hatta kengkawan sekerja sendiri!
atau,
kita juga sebenarnya adalah 'enau', tanpa sedar!


- runtun kalbu -

Jun 13, 2013


kira-kira 2 minggu lepas, ketika berjalan ke tempat letak kereta, selepas selesai menghadiri satu majlis. aku disapa oleh seseorang.
oh, bekas ex-big boss aku. mungkin ketika majlis tadi dia duduk di depan. tak berjumpalah. aku ni jemputan biasa-biasa aje.

alhamdulillah, dia masih ingat aku. kami bersalam dan bertanya khabar ringkas.
ular menyusur akar takkan hilang bisanya. dia yg menegur aku dulu, bukan sebaliknya. orangnya memang baik, wajahnya tak lekang dengan senyum.
petang itu pun, sikap ramahnya sama macam 8 tahun dulu. waktu dia jadi big boss aku.
dia seorang boss yang sentiasa dihormati oleh anak-anak buahnya.

petang semalam aku terima berita mengejutkan. dia telah kembali ke rahmatullah. diberitakan akibat  heart attack ketika menghadiri satu persidangan di turki. jenazahnya akan dibawa pulang hari ini.
siapa sangka. kali terakhir aku jumpa tu, dia kelihatan sihat sahaja.

al-fatihah buat rohnya, semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.


*********

minggu lepas juga, aku terima satu berita sedih.
seorang kenalan, yg juga pensyarah di sebuah universiti telah kembali ke rahmatullah.
ketika itu dia sedang cuti sabatikal, menjalankan kajian di australia.

kami pernah bekerja sama-sama menyiapkan sebuah buku.
orangnya peramah dan suka berkongsi ilmu.
pada masa tu, aku yakin dia punya karier yang cerah dalam dunia akademik. boleh capai ke taraf profesor suatu hari nanti.
tapi nampaknya kini, semua itu tak kesampaian.

agak mengejutkan kerana, allahyarhamah pergi dalam usia yg masih muda. diberitakan kerana mengalami masalah jantung.

al-fatihah buat rohnya, semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.
 

- padi dikatakan pokok beras -

Jun 12, 2013


dulu...

budak kat kampung dulu membesar dengan makanan yang murah-murah jer - sardin, telur, ikan bilis, sayur, ulam dan kicap. selalunya mak yang masak. kedai makan pun tak berapa nak ada. apatah lagi kedai mamak 24 jam. kalau nak merasa makan daging, kena tunggu sebulan sekali. kalau musim kenduri, untungla, dapat makan daging kobau masak rendang esp. orang negori. kalau nak makan ikan pulak, biasanya ikan yang murah-murah jer, dijual longgok kat pasar minggu. ataupun kalau rajin kail ikan kat sungai, dapatlah untuk makan sendiri. ada gak yg bela ayam itik, atau kambing sendiri. elokla tu. sara diri. tapi tak ramai buat camtu. tanam sayur sikit-sikit, tanam pokok ulam, tanam ubi, jagung ke kat tanah belakang rumah.

kat kampung, budak-budak biasanya dah lali mengharung selut lumpur lalu jalan yang belum berturap. main sorok-sorok kat semak-samun belakang rumah. main galah panjang, konda-kondi, baling tin atau selipar pun seronok gak. paling best dapat mandi hujan yang jadi lopak air, macam mandi kat waterpark sunway. kalau ada sungai kat kampung lagi syok. boleh panjat pokok sambil terjun tiruk. sebelah petang pulak ramai-ramai pergi mengaji. sesekali ada gak ponteng mengaji gara-gara tak nak terlepas menonton Space Cop Gaban.....pergi sekolah, bantai jalan kaki je. kalau ada basikal dah kira hebat tu.

budak kampung dulu tak pernah merasa makan food supplement, susu berformula, minuman herba, makanan organik, kentaki, mekdi atau apa jua makanan segera yang mahal-mahal harganya. sungguhpun begitu, mereka juga membesar sama seperti orang lain meskipun dalam keadaan sederhana.
sekarang...
bila balik kampung, sawah pun dah terbiar. pokok getah pun dah kena tebang. sungai pun dah keruh, jadi ikan pun tak mau timbul. malam-malam tak lagi melangut kat hujung kampung main gitar kapok. tapi lebih suka lepak tengok bola kat astro. kedai minum wak leman pun dah ada wifi, boleh main internet, update fb.
dulu telefon pun kena guna public phone yg sengaja dipasang depan rumah tok penghulu. sekarang semua dah ada henfon sorang satu. smart phone pulak lagi, ape adahal.
budak-budak tak main dah kejar-kejar atau nyorok-nyorok. diorang main basikal fixie. main bola pun dah pakai boot bukan kaki ayam lagi dah. sepak bola kulit nike, bukannya bola getah macam dulu. yang bila kena pagar kawat duri, pancit sebab bocor. jalan pun dah bertar. lampu jalan pun dah pasang, terang benderang malam-malam.
huh...
anak-anak aku, eril, erol dan erin. sawah padi pun dah tak kenal. padi dikatanya pokok beras. nak panjat pokok ambik buah rambutan pun diorang tak tahu. makan ubi rebus cecah sambal tumis tu macam pelik. goreng pisang dan cekodok pisang pun orang jual seringgit 3 ketul kat tepi jalan. itupun dibeli jugak. pergi sekolah berhantar, dan berjemput van sekolah. padahal sekolah sejengkal je dari rumah.mandi sungai kat ulu bendul mereka rasa best sangat macam tak nak balik, walhal belakang rumah kak lang ada sungai mereka tak pernah cuba. nak tengok ayam itik pun kena pergi zoo. makan berulam dan bersambal diorang tak reti.
arghh kesian, budak-budak sekarang....
 

- biar saja aku bina inderaloka -

Jun 11, 2013


aku percaya...
setiap daripada kita
ada kalanya terlintas juga di fikiran.
kita dah buat sehabis baik. tapi tak dapat ganjaran sewajarnya.
bukan nakkan pujian. tapi cukuplah sekadar ucapan terima kasih.
mungkin mereka lebih menghargai bila kita sudah tiada di situ.

dalam kehidupan ini, ada 3 perkara yang berlaku dan tak mungkin dapat ditarik balik.
1 masa
2 kata-kata
3 peluang

justeru hargailah masa.
jagalah setiap patah kata agar tak terlanjur.
gunakan setiap kesempatan peluang yg datang.

bila ketiga-tiga itu dah terlepas, hanya kekesalan sajalah yg ada.

aku sudah semakin sedar sekarang.
aku tak perlu jadi insan sempurna.
aku cuma perlu jadi yg seadanya. sebaik yg termampu.

'dont be the perfect one, be the right one'

sekarang aku sudah faham.
bukan semuanya perlu difahami.
aku akan teruskan hidup, biarkan ianya berlalu pergi.

...dan aku takkan risaukan perkara yang aku tak mampu mengubahnya!



- bertahan selagi boleh . . . -

Jun 10, 2013


berkebetulan pulak dengan entri sebelum ni. tak semua perkara ada jawapannya. bertepatan pulak dengan cuti sempena 'meraikan' cuti sekolah, nak update blog pun tak boleh.
bukan, bukan sebab cuti tapi entah apa hal, aku tak boleh sign in blog ni.
sekali gus tak boleh nak nak update apa-apa la kan.
kisah pasal cuti yg nak dikongsi pun jadi terbantut dan dibekukan.

hari ni, selepas cuti sekolah bermula la hari baru untuk eril, erol dan erin.
jiran kami, merangkap transit, merangkap transporter mereka sudah berpindah.
berpindahnya tak jauh dalam kawasan perumahan ni jugak lah.
jadi, ulang alik ke sekolah masih dengan van mereka, cuma transit tengah hari untuk makan, mandi dan tukar baju sebelum ke sekolah agama tu mungkin tidak.

cuma kami dibagitau agak lewat, sebelum cuti sekolah hari tu.
tak tahu kenapa mereka tergesa-gesa nak pindah. sedangkan mereka duduk rumah tu dah bertahun-tahun.
iyalah, kami tahu yg rumah tu adalah rumah abang mereka. dan mereka bayar sewa bulanan.
iyalah, kami jugak tahu mereka ada rumah sendiri di salak tinggi. tapi, anehnya rumah tu mereka sewakan.
kami jugak dibagitau, abang mereka hendak menjual rumah yg ada sekarang. tetapi dibagi tempoh hingga hujung tahun.
sekarang ni mereka sewa satu rumah lain, sedangkan dah ada rumah sendiri yg disewakan pulak kepada orang lain.
yg kami tak faham kenapa tak pindah terus ke rumah sendiri.
dan kenapa pulak tiba-tiba je nak pindah dalam masa 2 minggu dan sewa pulak rumah lain di kawasan kejiranan yg sama sedangkan dibagi tempoh sampai hujung tahun sebelum rumah dijual?
kenapa sekarang, selepas bertahun-tahun, baru abangnya itu nak jual rumah tersebut?
huh, memang misteri la....

tak apalah, walau apa alasan mereka, hidup kita mesti diteruskan.
tapi kena ubahsuai atau ejas la sikit.
mulai sekarang, eril, erol dan erin akan balik ke rumah waktu tengah hari, selepas habis sekolah.
takde lagilah rumah transit.
mama mereka, kenalah masak makanan untuk makan tengah hari, pagi-pagi sebelum dia pergi kerja.
kesian mama mereka, bertambah lagi la kerja.
tak mengapalah demi, anak-anak kan...

kami dah tempoh macam-macam berkaitan anak-anak. hantar ke nurseri sudah, guna maid sudah. hantar rumah pengasuh pun sudah. transit anak-anak ke rumah jiran pun sudah. sekarang dah masuk satu lagi fasa baru.
tak mengapalah, sementara anak-anak membesar dan boleh berdikari.
kita bertahan....

- tak semua soalan ada jawapannya -

Jun 4, 2013


kadang-kadang ada perkara yg berlaku tu memang tak bersebab.

ada sesetengah kejadian tu, takde siapa pun tahu macam mana boleh terjadi.

malah tak semua soalan, akan ada jawapannya.


ada soalan yg kita dah tahu jawapannya.
ada soalan yg kita memang tak nak tahu jawapannya.


berbalik pada persoalan awal.
kadang-kadang ada perkara yg berlaku memang tak bersebab...






- titian perjalanan -

Jun 3, 2013


aku sayang tempat ni.
aku dah lama kat sini.
aku suka kerja sini.

tapi dalam perjalanan kehidupan ni, kengkadang sentimen macam tu tak boleh pakai sangat.
benda-benda sentimental ni, kengkadang buatkan kita tak boleh maju.

kita perlu 'berhijrah' kepada yg lebih baik.
ada kalanya kena ambik 'risiko' dan keluar dari zon selesa.

sejak jumaat lepas aku rasa aku dah jadi tak keruan.
dah macam orang angau bercinta pulak rasanya.
sampaikan si erin tegur "kenapa papa 'tak cuci' misai, tak hensem la..."he he he
dia ingat misai dan jambang boleh hilang pakai cuci dengan air paip, agaknya.

aku perlu fikir dalam-dalam, masak-masak.
mujur juga lah,
makan masih lalu, tidur masih lena, mandi tetap basah.
kalau tidak....parah la jadinya.

aku cuma ada 2 minggu.
entah kenapa, 2 minggu tu macam cepat sangat datangnya.

banyak perkiraannya.
macam-macam aku kena timbang.
pokoknya, keputusan ni untuk masa depan.

betullah, kata orang.
hidup ini ibarat sebuah perjalanan.
dan dalam perjalanan itu, kita akan temui banyak simpang.
kita kena pastikan simpang yg kita ambil tu adalah betul.
sama ada...
simpang yg dipilih itu membolehkan kita sampai ke  destinasi yg dituju
...atau membuatkan kita sesat atau hilang arah!