- makna korban bagi lelaki biasa macam aku -

Sep 30, 2013


hari rabu tu dah rasa lain macam.
demam, batuk, pening selesema...pakej la tu.
khamis pagi, dah bangun macam biasa nak pergi kerja jugak.
tapi wifey kata ambik mc je.
nanti sakit melarat, kan susah...

macam biasa, doktor bagi ubat sebakul, macam sakit kronik sangat.
kemudian dia caj la mahal-mahal.
hah, taktik tu dah agak dah kan...

jumaat.
masih ada bintang-bintang berpusing di kepala.
badan masih dedar.
apa nak buat, mc sehari je kan.
gagahkan jugak la pergi kerja.

nak tak nak.
berkorban untuk kerja yg kita sayang kan...

sabtu.
masih pening-pening lalat.
tapi dah janji dengan wifey.
hujung minggu nak balik kuantan.
mak mentua tak berapa sihat.

takpelah...
berkorban untuk orang yg kita sayang kan.

drive dari nilai ke kuantan, dan dari kuantan ke nilai semula.
ya. lebih kurang 500 km la.
balik hari yg sama.

sebabnya.
hari ahad, ada sukan sekolah.
erol dan erin ambik bahagian.
tak nak kecewakan mereka, dah penat-penat praktis kan.
lagi pun mana tau, menang pulak acara yg diorang masuk tu.

ya, erol menang 2 medal perak.
erin dapat satu medal perak.
oklah tu daripada balik tangan kosong.
erin jugak masuk acara perbarisan.
tak dapat la kami nak cabut awal.
kena tunggu dari majlis mula sampai penutup.
perbarisan pembukaan dan perbarisan majlis penutup.

apa nak buat.
berkorban untuk anak yang kita sayang kan...

ada 2 keping je. pics lain dalam kamera dan henset wifey








- siri bercakap dengan erin . . . 23

Sep 25, 2013


adegan dalam kereta.
lagu 'bertingkek-tingkek' sedang ke udara.
aku pun ikut menyanyi.
"duit den bertingkek-tingkek daghi jelobu sampai bongek..."

sedang syok menyanyi.
erin pulak menyampuk.
ek eleh... potong angin betul la, huhuu

erin: "papa, bertingkek-tingkek tu apa?" tanya erin dengan dahi sedikit berkerut.

aku: "bertingkek tu bahasa  (loghat) negeri sembilan. maknanya bertingkat-tingkat la. banyak...
duit orang tu banyak. orang kaya macam papa ni duit banyak, bertingkat-tingkat, bersusun-susun...
kalau kat dalam bank pun diorang susun duit bertingkat-tingkat. sebab banyak"
aku pun bagi 'definisi' panjang lebar. supaya erin faham.

erin: Ooooo....

(tapi aku tak sure, erin faham ke tidak.
sekurang-kurangnya bila aku nyanyi lagi lagu tu nanti, dia dah tak tanya lagi dah...hehe)

tak lama kemudian lagu 'aku yg dulu bukan la yg sekarang' (eh...aku tak sure apa tajuk lagu yg sebenar) pulak berkumandang di radio.
ya, lagu tengah popular sekarang ni. nyanyian, tegar, seorang kanak-kanak dari Indonesia.

apalagi. erin pun ikut nyanyi la.
siap dengan ayunan tangan dan goyangan kepala.
sampai lah pada satu bait lirik.

"...pulang malam bawa wang 'recehan'..."

aku pun sengaja la nak 'kenakan' erin.
iya la, asyik aku je kena jawab soalan dia kan.

aku: "erin, 'recehan' tu apa?"

erin: 'recehan' tu duit lebih la. macam papa bagi erin duit belanja sekolah. lepas tu beli kat kantin. ada duit syiling lebih. balik rumah, erin letak lah dalam tabung..."

huh... kemain lagi erin 'goreng' aku.
tapi, sebenarnya jawapan erin tu  memang 'separuh' betul.
kalau tak percaya sila google maksud 'recehan'.
ha ha ha






- surat dari istana -

Sep 24, 2013

 
minggu lepas dapat ini. saspen  dan teruja jugak...
kasi tunjuk la gambar sekeping.
yang dalam tu p&c...

sebenarnya jemputan utk majlis ni. bukan dapat pingat tau...hahaha
merasa la jugak masuk istana baru tu kan....;)

 

- sila simpan perut boroi tu kat rumah -

Sep 23, 2013


ada banyak benda kalau kita tak sabar boleh jadi gaduh.
dengan kawan satu ofis pun boleh masam muka.
dengan jiran pun boleh gaduh.
kalau tak betul cara boleh perang mulut.
hampir semuanya gara-gara sikap.

kat pasar beli ikan pun boleh jadi gaduh, wa cakap lu.
bawak troli pakai langgar je.
potong q masa nak timbang atau nak bayar.
itu dah pernah dah jadi.


*****

ini kisah kat pasar raya semalam.
hujung minggu biasalah, ramai daripada biasa.
tempat  ikan atau barang basah tu sempit sikit.
apa nak buat berhimpit-himpit aje la kan. tak payah nak merungut sangat.

ada satu mamat ni badan besar, perut boroi.
satu kali dia lalu, main langgar aje aku dengan perutnya.
kalau perempuan mengandung, mungkin aku boleh terima la, susah nak adjust ...ooops!
sudah la dia langgar, takde excuse me ke, sorry ke...
buat muka poyos je.

ok la. apa boleh buat.
dalam dunia ni 1,001 sikap manusia.
sabar je la...

masa tengah beratur tunggu giliran nak timbang.
sekali lagi aku kena langgar.
aku paling ke belakang tengok, huh orang yg sama.
yg langgar aku dengan perut boroinya tadi.
nyaris je aku terlepas bungkus ikan yg aku pegang.
sekali lagi dia buat selamba.
takde excuse me, atau sorry ke.
fuh....ini sudah menyirapkan darah gua.

"apa ni brader main langgar-langgar pulak..." aku sound.
aku rasa orang lain kat situ dengar.
tapi dia terus je berlalu.
seolah-olah tak dengar, tak bersalah apa-apa, atau kata-kata tu bukan aku tujukan pada dia.

brader baju merah tu (pic sengaja dikaburkan hehehe)

******

semasa menuju nak ke kaunter bayaran
aku ternampak kelibat mamat tadi tu sedang menuju ke arah laluan aku.

mungkin sikap nakal aku masih ada lagi sikit-sikit.
tak sedar gerakan kaki secara spontan.
serentak dengan tu, kaki mamat tadi tersadung.
nyaris dia tersungkur.
kemudian dia bingkas berpaling pada aku.

'oops....sorry' kataku sambil mengangkat tangan dan terus berlalu.
sekurang-kurangnya aku bersimpati dan mintak maaf atas kenakalan itu..... ;)



- 43 syawal 1434: RTM masih beraya...! -

Sep 20, 2013


RTM masih beraya lagi nampaknya.
tak serik-serik. ke?
atau memang ada sabotaj orang dalam.

itu hari kecoh dan terpaksa minta maaf kepada PDRM.
logonya bertulis 'Polis Raja di Malaysia"
lepas tu ketua polis negara, Khalid Abu Bakar dibubuhnya nama MB Selangor, Khalid Ibrahim.

aku taklah pulak nk menghebah dalam facebook. kesian kat staf RTM asyik kena bamboo...!
sure kalau letak, ada yg share atau mensensasikannya jadi isu besar...!

ini bukan gambar edit ke ape. aku tak reti pun bab edit gambar ni.
lagipun buat apa aku nak menipu?
apa untungnya?
aku ambik direct dari tv, guna kamera henfon aku yang cikai tu.

ni kejadian petang semalam.
aku terperasan ada sesuatu yg tak kena...

tengoklah pics ni dan tafsirkan sendiri.
gerenti geleng kepala...
di bhg bawah sudut kiri tu, bertukar-tukar menunjukkan waktu, tarikh masihi dan tarikh hijrah





- harapkan tikus, tikus makan keju . . . -

Sep 19, 2013


kunci pintu depan rumah rosak.
nak kunci tak boleh, nak bukak pun tak boleh.
aku terpaksa pecahkan kunci untuk masuk.

nak tukar satu set, boleh tahan mahalnya.
tengh-tengah bulan ni faham-faham aje la.
nanti lari bajet.
jadi aku pergi kedai hardware, cari 'barang-barang' yg lebih kurang sama.
balik rumah, aku 'modified'.

puas jugak la, nak adjust.
sebab bukan barang original.
dekat 2 jam aku godek-godek.
tukar itu, tukar ini, adjust sana sini.
akhirnya.....menjadik gak.
walaupun tak berapa sempurna la macam locksmith atau tukang rumah.

yg penting, dapat keluar masuk ikut pintu depan.
kalau tak, kena ikut  pintu belakang la.
silap-silap kena belangkung dengan jiran, ingat kita ni nak pecah rumah.


tapi tengah hari semalam.
kunci tu rosak semula.
erol tak dapat masuk. bila balik dari sekolah.
last-last terpaksa masuk ikut pintu belakang.
cumanya, dia terpaksa panjat pagar la.
tak tahulah susah-payah budak macam erol terpaksa panjat pagar rumah.

*********

aku nak godek semula, malam tadi.
tapi wifey tak bagi.
'macam tikus baiki labu' katanya.

malam tadi dia contact kontraktor yg pernah renovate rumah kami.
mintak datang pagi ni sebelum dia pergi kerja.
nak repair kunci pintu rumah tu.

'x sampai 10 min dh repair. byr rm20 je...' wassap wifey pagi tadi.

perli aku la tu...

- adik kesayangannya sudah tiada. . . -

Sep 17, 2013


kehilangan orang paling rapat pastinya sukar diterima.
apatah lagi kalau pemergian itu secara tiba-tiba.
pemergian satu-satunya adik kesayangan, benar-benar menghibakan.
ya, mereka memang rapat.
sejak kecil hinggalah kini, walaupun masing-masing sudah berkeluarga.

berita yg diterima lebih kurang jam 1 pagi itu benar-benar meruntun jiwa.
tak pernah terduga olehnya panggilan itu mengkhabarkan sebuah kematian.
aku terdengar ucap istighfar dalam sebak itu.

lantas aku segera bangun dari katil.
kulihat dia sudah tersandar di tepi dinding.
berkali-kali aku bertanya 'kenapa ni, kenapa ni...?"
tapi hanya tangis dan istighfar saja diulang-ulangnya.
dihulurkannya telefon yg dipegangnya.
di hujung telefon itu suara abang iparku.
juga dalam tangisan.
mengkhabarkan punca mengapa wife aku jadi lemah longlai tak berdaya dalam tangisannya.
ya, nor, adik kesayangannya, telah pergi menghadap Illahi.
tak siapa menjangka dalam usia semuda itu.
lagi pula dia tidak mengalami sebarang sakit yg memudaratkan.

kami pun bergegas ke hospital sg buloh.
di situlah dia dikejarkan oleh suaminya selepas mengalami sesak nafas.
di hospital itulah arwah menghembuskan nafas terakhirnya.
sepanjang perjalanan itu, wifey hanya menangis.
tanpa sebarang kata-kata.
di sana sudah berkumpul sedara-mara yg lain.
ada juga kalangan kawan-kawan cikgu sekolah arwah.
nyatalah mereka juga terkejut.

selepas segala urusan jenazah selesai.
mengikut amanat arwah, mahu dikebumikan di kampung.
kami memulakan perjalanan lebih kurang jam 4 pagi ke kampung, di Pahang.
sepanjang perjalanan itu, wife aku langsung tidak bercakap.
melayan perasaannya dan sesekali terdengar esak tangisnya.

4 anak arwah yg masih kecil, hanya mampu menangis.
anaknya yg kecil sekali, tentunya belum faham erti sebuah kematian dan perpisahan abadi.
pastinya mereka terasa akan kehilangannya.
tempat bergantung, tempat bermanja, tempat berlindung, dicurah kasih sayang....hilanglah sudah.
bagaimanakah hari-hari mendatang harus mereka tempuhi tanpa ibu kesayangan di sisi?

tak siapa menduga anak bongsu daripada 11 beradik itu yg pergi dulu.
abang-abang dan kakak-kakaknya, pasti merindui arwah.
dan...semua orang tahu, wifey lah yg paling rapat dengannya.
dialah yg paling terkesan sekali.
biar betapa sukar baginya menerima kenyataan itu, dia tetap redha.

al-fatihah.




- bahagiamu derita ku...versi rock kapak -

Sep 13, 2013



1.
zam, kawan lama aku.
hujung minggu ni dia ke kota kinabalu, katanya.
bercuti ke? daki kinabalu ke?
tak...
meneman wife dia berkursus.
wah...itu sudah bagus.
wifey aku berkursus atau out station ke serata alam,
aku tak pernah ada chance ikut pun.
aishhh...

wife si zam ni, puan doktor.
zam pulak cikgu sekolah.
pagi tadi aku terbaca status fb dia.
dah sampai ke KK.
eh...zam ni tak mengajar ke hari ni?

untungla kau, zam oii.

2.
biasalah kalau ke masjid atau solat jumaat aku silent kan henfon.
kengkadang langsung tak bawak.
tadi, lepas solat jumaat.
aku tengok ada 8 missed call.
nombor yg sama.
telefon  extra yg sengaja diletakkan di rumah.

aku cepat-cepat telefon.
bimbang kalau-kalau ada hal emergency.
bila ditanya, kenapa telefon.

"boleh ke erol nak main games...?"

dia nak mintak permission.
dah sebulan kena banned. sebab nak periksa upsr.

hai...untungla erol.
periksa dah habis....

3.
hujung minggu ni ada extra satu hari,
sebab isnin cuti hari Malaysia.
tapi hujung minggu ni aku kena kerja la.
jadi fasilitator.
tak, bukan kat langkawi ke, KK ke, penang ke.
kat KL je.

aku pun tak tengok betul-betul tarikh hari tu.
main confirmed je terus..

aduhai...

- nak bisnes jangan pilih-pilih pelanggan -

Sep 11, 2013


kalau nak bisnes, buat macam kedai mamak la.
semua pelanggan diorang layan sama rata.
engkau sampai je, diorang tanya apa nak order.
kengkadang tak sempat duduk lagi tu....hahaha

buat bisnes jangan pilih bulu.
jangan pilih orang.

aku percaya kalau gi shopping complex atau kat giant ke, tesco ke
ada yg pernah 'disekat' oleh satu grup yg bukak gerai (kiosk)...yg jual krim pemutih/pelicin kulit.
diorang akan pegang satu botol plastik dan calit kat tangan kita.
suka-suka hati je main calit-calit.
lepas tu dia buat la promo.
mintak kita duduk dulu atau stop dulu untuk dia bagi explanation.
huh...sungguh korang sopan.

pulak tu, diorang, pilih-pilih pelanggan pulak.
yg kulit tak berapa nak putih, tak berapa nak cerah.
kulit yg tak berapa nak licin permukaannya.

memangla, peniaga kena jual produk ikut sasaran.
tapi, nampak sangat la kan.
mentang-mentangla orang tu tak berapa nak cerah, tak berapa nak lawa.

sama gak la dengan yg jual produk masalah rambut.
bagi brosur pada yg tak berapa nak lebat rambutnya.
terasa tak agaknya orang tu?

atau mereka yg block laluan orang yg gemuk atau badan tak berapa nak kecil molek.
kemudian bagi brosur produk kuruskan badan.
bagitau ada pakej spesel, harga spesel.
huish...mentang-mentangla badan diorang besar kan...

yg buat bisnes pun kena ikut produk juga la kan.
kalau jual produk kecantikan, muka penuh jerawat batu...tentu tak laku.
kalau jua produk slimming atau kuruskan badan, yg jual pun patutnya slim jugak la.
baru la kena. baru la orang yakin nak beli.

satu lagi yg aku pantang pasal jurujual ni kalau tak ikut siapa dulu.
sepatutnya first come first serve la.
ikut giliran.
tak kesah la siapa yg datang beli.
awek jambu macam artis ke, mamat badan ketak-ketak ke, budak kecik ke, mamat pekerja kontrak ke.
layan sama rata la.
sebab diorang pun pelanggan jugak. bagi rezeki kat yg jual jugak.

itu belum cerita bab kita masuk kedai pakaian mewah atau restoran mewah atau kedai jual kereta mewah.
dah tentu-tentu ada diskriminasi.


***********

ni bukan apa.
semalam aku berenti satu kedai jual pisang goreng.
lepas ambik eril dari sekolah.
eril yg turun beli.
tapi 3-4 orang lain yg datang kemudian dulu dapat.
aku tengok eril terkebil-kebil je menunggu.

kau orang ingat duit budak-budak tak laku ke?

- c.e.r.i.n.g.k.a.s . . . 1

Sep 10, 2013


seorang bapak memberitahu anak lelakinya, “datuk kamu dah terlalu tua, nyanyuk dan tidak dapat bekerja lagi. dia hanya tahu makan sahaja. tak guna...nanti kita bawak dia ke bukit belakang rumah kita tu, dan buang kat sana.”
maka kedua-dua bapa dan anak tersebut memasukkan datuk tua itu ke dalam sebuah bakul rotan yang besar dan bertungkus-lumus mengangkatnya ke atas bukit di belakang rumah mereka.

setelah sampai di atas bukit, si bapa itu bercadang untuk membuang datuk itu dengan bakul rotan besar itu sekali gus.
tiba-tiba anaknya menghalang, “jangan buang bakul rotan ni. saya nak simpan”.

bapanya pun bertanya,  sedikit hairan.“kenapa pulak?”

“bila bapak dah tua macam datuk nanti, saya boleh masukkan bapak ke dalam bakul ni dan buang bapak kat bukit ni jugak...” jawab anaknya tanpa rasa bersalah.

selepas mendengar kata anaknya, bapa itu baru sedar bahawa perbuatannya yang buruk tu menimbulkan kesan pada anaknya.
akhirnya si bapa terkesan, dan tak jadi meneruskan niatnya. dia membawa datuk tua itu balik ke rumah dan berjanji pada dirinya kan melayan  dengan baik sekali.

- betul ke ada kedai yang pakai 'pelaris'?

Sep 9, 2013


kata orang ada kedai makan melayu atau kedai tomyam guna 'pelaris'.
sebab tu kita tengok walaupun kedai makan yg sederet atau sebelah menyebelah aje.
tapi yg satu kedai aje penuh sesak, siap ada yg berdiri tunggu meja kosong.
sedangkan kedai yg lain macam, takde yg sudi je...

cuba perati kedai mamak.
sentiasa ramai pelanggan.
pergi la makan mana-mana kedai mamak.
pagi, petang hatta malam pun ramai pelanggan.
....mungkin diorang pakai 'pelaris' gak kot.
kita je yg tak tau...hehehe


*********

makan roti canai kedai mamak sebagai breakfast hujung minggu.
adalah perkara rutin  bagi kami satu famili.
jadi, kita orang ada kedai yg feberet la.
takdelah kedai yg sama tiap minggu.
kengkadang tu saje je pergi jauh sikit dari rumah.

entah apehal kali ni kedai mamak yg feberet satu ni sesak pulak.
nak cari meja kosong pun, takde.
puncanya satu grup geng basikal sudah masuk itu kedai la.
apela brader basikal ni.
sudah kayuh berbatu-batu, singgah pekena roti 3 keping sorang ka....?

jadi, kita orang pun decide, pergi kedai mamak yg dekat-dekat situ aje la.
tak pernah lagi try kat situ.


**********

kita orang pun order la. ikut selera memasing.
aku pun order roti tampal.

tapi macha yg ambik order tu buat muka blur.
aik...takkan roti tampal pun tak pernah dengar.
dia panggil sorang lagi macha...
yang tu pun blur jugak.
kali ni, dia siap panggil yg tengah buat roti canai.
yg itu pun tak tau, siap geleng-geleng kepala dengan tangan dia sekali pun putar-putar.

aduhai...patutla kedai ni tak laku....!
aku rasa kalau guna 'pelaris' pun buat roti tampal tak reti, tak guna gak la....hahaha



- apa yang anak-anak kita doakan? -

Sep 6, 2013


balik dari kerja semalam, erol ingatkan lagi.
buat kesekian kalinya sejak seminggu ini.
"maghrib nanti kena pergi masjid. ada baca yasiin, solat hajat.."
aku yg suruh dia ingatkan, takut lupa.
tapi aku tak pulak minta ingatkan hari-hari...hehehe.
maklumlah aku ni kengkadang kalau banyak kerja, maghrib baru sampai rumah.

jadi malam tadi, aku berdua ke masjid.
pihak sekolah dan masjid anjurkan majlis baca yasiin dan solat hajat untuk yg nak ambik periksa upsr minggu depan.
wifey dah siapkan baju melayu, sedondon pulak tu.
erol siap pakai sampin lagi, macam nak solat raya...!
dia buat selamba je bila kengkawan dia kat masjid tegur.

aku dan erol antara yg terawal sampai, duduk saf depan


yg duduk papai baju melayu purple tu, guru besar sekolah

selepas solat maghrib berjemaah, diikuti bacaan yasiin dan tahlil.
kemudian solat isyak dan solat hajat.
malam tu jugak, ada majlis jamuan raya oleh pihak masjid.

dalam solat hajat, biasanya sujud terakhir tu agak lama.
waktu itulah kita berdoa dan berhajat pada Allah.
jadi, dalam perjalanan balik tu, aku tanyakan erol.
apa yg dihajatkan dalam doanya....

"erol doa mintak-mintak periksa nanti dapat 5 A.
jadi anak yang soleh.
papa dengan mama sihat, panjang umur dan murah rezeki...
nanti dah besar, erol nak bagi duit kat mama dengan papa.
3 kali erol doa macam tu.
sebab sujud tu lama tadi kan..."

erol bertanya pulak pada aku.
"papa pulak doa apa?"

"papa pun doa sama macam erol jugak.
mintak erol dapat 5A, jadi anak yg soleh...dah besar nanti ingat kat papa dengan mama..."


masing-masing letak botol berisi air.
ada yg botol besar sgt, nak mandi sekali agaknya...hehe

erol dan kengkawannya yg disuruh oleh pak imam supaya duduk kat depan...



- berbabeque dalam rumah -

Sep 4, 2013


"kita ni baru diuji dengan 20 sen pun dah meroyan...!
kat negara lain  asyik berperang, nak makan pun payah. usahkan kereta, basikal pun takde.
ini ujian dunia je dah menggelabah. salahkan tu salahkan ni.
itu belum kena ujian Tuhan lagi. takkan nanti nak salahkan Tuhan pulak...!

memang ada benarnya kata-kata kawan aku tu.
jadi, mood yg agak down semalam, sedikit sebanyak diangkat dengan kata-kata positifnya.


*********

jadi aku pun teringat apa yg terjadi sabtu lepas.
31 ogos, hari kemerdekaan.
plan baik punya nak buat bbq 'tertutup' dengan eril, erol dan erin.
'bbq merdeka' kononnya.
bahan-bahan dah siap diperap.

tup-tup sepanjang petang tu hujan sampailah ke malam.
kalau nak ikutkan, memang frust la jugak.
cadangnya nak tangguh aje buat keesokannya.
tapi, janganlah jadikan hujan sebagai halangan...
itukan 'ujian' kecik je...!
kesian eril, erol dan erin dah menaruh harapan...

akhirnya, berbbq dalam rumah aje la....
kebetulan ada daging kambing yg diberi oleh achik.
lain-lainnya ayam dan udang.

masterchef in da haus

taraaa....





- biar tak pandai daripada memandai-mandai -

Sep 2, 2013


dulu, pernah gak beberapa kali join tengok perarakan menyambut kemerdekaan kat dataran merdeka
aku tahu ramai yg tak pernah langsung.
malah ada yg tak heran pun.
tak kesah...itu hak masing-masing hehehe
paling tidak pun, jarang sekali miss tengok siaran langsung kat tv.
aku tahu, ramai yg lebih seronok sambung tidur...hahaha

tapi aku lebih suka tengok siarannya aje.
kalau boleh takde pengulas lagi bagus.
tulis sarikata je, perbarisan dari pasukan mana lebih baik.
ada yg pengulas tersangkut-sangkut. ada yg meleret-leret. ada yg menyimpang. ada yg terlebih pandai...
aku pun asyik tukar-tukar saluran je.

ada satu stesen tv ni, asyik nak tunjuk muka pengulas-pengulasnya, 'berborak' sesama sendiri.

tapi aku puji satu stesen tv tu yg jemput seorang pegawai tentera berpangkat major bila sampai segmen perbarisan angkatan keselamatan.
major tu ulas pasal persenjataan, pasal jenis kereta kebal, jenis pesawat tempur, kekuatan senjata dan aset tentera atau pertahanan keselamatan negara.
memang bagus ulasannya sebagai seorang pakar.

tapi yg buat aku sakit telinga dan geram ialah soalan 'separuh masak' yg ditanya oleh pengulasnya.
mujurlah major tu 'cool' aje menjawab soalan yg 'kurang cerdik' yg diajukan.
antara solan yg sepatutnya tak ditanya:

1. "di manakah pasukan keselamatan kita menyimpan senjata-senjata dan aset ketenteraannya?"
- ini adalah antara rahsia ketenteraan paling utama. malah termasuk dalam akta rahsia. kalau rahsia ni dibocorkan maka mudahlah pihak musuh menyerang depot senjata.
takkan sebodoh itu kita nak dedahkan rahsia tentera untuk pengetahuan pihak musuh atau mungkin pengganas!

2. "antara pasukan tentera kita manakah yg paling kuat sama ada tudm, tentera darat atau tldm?"
- kekuatan tentera kita adalah seimbang, jawab major itu.
sebenarnya, takkanlah nak dibeza-bezakan antara satu pasukan dengan pasukan lain. ibarat memperkecil-kecilkan satu sama lain.

3. "kenapa baju seragam celoreng pasukan tentera kita tak sama dengan baju celoreng tentera negara lain?"
- memangla tak sama. lain Negara lain lah uniformnya. pasukan polis pun uniformnya tak sama. bomba pun. hatta team bola pun tak sama jersinya.
apa punya ******* la...