masa aku nak kahwin dulu, abg long lah yg paling sibuk.
dia ambik tanggungjawab gantikan arwah mak dan abah sebagai anak sulung.
dia yg uruskan kebanyakan hal berkaitan kenduri.
hujung minggu ni ada majlis kenduri anak dia yg ke-2.
oleh sebab rumahnya kat kajang tu tak berapa nak sesuai nak buat kerja kahwin.
maklumlah kawasan perumahan kat situ sesak.
dia buat keputusan buat majlis kat kampung.
lebih tepat lagi kat rumah kak lang. tapak rumah pusaka jugak.
sama macam dengan anaknya yg sulung dulu.
laman rumah ni luas.
lagipun sedara-mara ramai kat sini.
kita orang pakat adik-beradik bantu apa yg patut.
iya lah, along tu dah pencen.
lagipun sebagai membalas jasa abg long selama ni kat kita orang.
dah pakat kongsi sorang sikit bajet nak tumbangkan kerbau.
khabarnya, bakal menantunya orang jauh.
orang Sarawak.
***********
malam tadi abg long telefon aku.
(dialog dlm loghat negori...)
"abg ngah kau tak beghapo sehat. patut eh dio jadi jurucakap ....untuk majlis nikah iju (anak abg long)" abg long cakap slow and steady macam jose mourinho sedang merancang taktik.
"iyo la memang tu tugas rasmi abg ngah. semuo majlis dio ke dopan jadi jurucakap...kalau dio tak sehat sapo lak nak ganti...?" aku dah dapat menghidu sesuatu.
"itu la abg long tipon ni ha. raso eh, ekau la yg kono ganti jadi jurucakap. yg lelain pun cadang namo kau naik..." terang abg long yg mula melancarkan strateginya.
"eh...apo plak den. kan abg cik ado, itam ado, andak pun ado. suruh pak busu pun buleh. den tak biaso la..." aku cuba nak mengelak.
"sobab tak biaso la kono biaso kan. ekau kan dah biaso bagi ceramah kek tompek kojo. buleh la tu kaedah eh..." abg long mula cucuk jarum.
"tak berani la. tak ponah den buek kojo cam tu..." aku dah mula gelabah sebab abg long beriya-iya benar mahukan aku.
"tak po la. ini hajat abg long, kalau ekau dapek tunai, itu dah seribu rahmat. terhutang budi abg long..." alamak....abg long dah mula main sentimental.
ini yg aku tak tahan ni....
"doa-doa lah abg ngah tu sehat copek. kalau tak, terpakso lah den jadi bidan terojun...." akhirnya aku terpaksa mengalah.
abg long dah mula keluar 'ayat power' dia.
"haaaa....macam tu la. memang kau lah adik kesayangan den..." bodek abg long.
kalau dah abg long pernah tolong macam-macam sebelum ni.
setakat jadi jurucakap tu apalah sangat kan.
tapi, serius ni aku nervous weh.....
harap-harap sangat la abg ngah sempat sihat menjelang majlis tu nanti...!
abg ngah & abg long |