berpatah arang, berkerat rotan

Aug 29, 2014


diorang berdua memang berkawan baik.
dah lama.
semua orang tahu tu.

sudah pasti juga dua orang sahabat baik akan berkongsi banyak perkara.
termasuklah rahsia masing-masing.
kalau mereka terus berkawan baik sampai bila-bila pun, tak mengapa.
masalahya...kalau bergaduh?
lebih teruk  lagi kalau berpatah arang, berkerat rotan.
apa akan jadi?

kawan yang itu bongkarkan segala yang dia tahu pasal kawannya itu.
kawan yang ini berkongsi segala rahsia yang dia tahu pasal kawannya itu pulak.

perlukah?
mana perginya nilai sahabat yg dijunjung sebelum ini?

kawan yg baik takkan buat begitu kan.
walau mereka sudah tak lagi berkawan baik seperti dulu.
move on.
lupakan saja.

rahsia yg dikongsi tetap terkunci rapat.
itulah sepatutnya.
janganlah buka aib orang.

siapa gerangan yang berbaju kuning

Aug 26, 2014


dalam majlis jamuan raya tu, aku berjumpa ramai orang.
ada antaranya memang aku kenal, ada jugak tak berapa nak kenal.

aku juga ditanyakan banyak soalan. antaranya,

'anak ekau dah beghapo oghang, bangsawan nilai (bukan nama sebenar heheh)?'

"tigo...duo lelaki, yg kocik sekali pompuan..." sambil menunjuk ke arah eril, erol dan erin yg sedang rancak makan satay.

"uwah...dah bosar-bosar anak kau yo..."

serius aku tak berapa nak kenal kakak yg bertanya itu.
tapi aku buat-buat kenal.
nak jaga air muka dia, juga air muka aku sendiri...hehehe

kemudian aku berbisik pada kak lang.
yang berdiri tak jauh dari situ.

"sapo kakak yg baju kuning tu kak lang...?"

"laaa, ekau tak konal ko...itu anak pak lang amin.
tapi dio tak duduk sini, dah lamo duk pok deksen (port dickson) ikut laki eh..."

ya, pak lang amin aku kenal.
tapi anaknya berapa orang aku tak berapa ingat.

eloklah juga ada majlis keramaian macam ni.
supaya dapat kenal kaum kerabat.
mengukuh ukhwah dan merapatkan silaturahim.
walaupun kita kenal daripada orang ketiga bukannya secara direct...heheh

majlis ghayo kek kampung den

Aug 25, 2014

alhamdulillah berkat muafakat sekampung, majlis rumah terbuka raya ni berjalan dengan jaya dan meriahnya.
kepada sedara-mara dan orang kampung, 'den banggo dongan waghih semuo'.
kepada yg sudi hadir memeriahkan dan meramaikan majlis diucapkan terimakasih juga..

Dato'  Seri MB Negeri Sembilan pun hadir meskipun agak lewat sikit.
ada nash, man bai dan aishah AF juga mempersembahkan nyanyian.
lebih penting lagi mengukuhkan ukhwah dan silaturahim sesama sanak sedara, jiran sekampung, kawan-kawan jauh dan dekat, warga sekitar nilai, kenalan dan sesiapa saja yang hadir pada majlis tersebut.

set up dah ready

solat zohor dan tahlil sebelum majlis

majlis di kampung pun ada kelas

antara tetamu terawal

semakin ramai...

hidangan satay, ada juga nasi beriyani, mee kari, lemang + rendang, nasi lemak,
kueh tiau spesel, roti canai lambung, roti jala dll,

cendol songkok tinggi yg famous tu

nash mengalunkan 'pada syurga di wajahmu'

aishah AF menambat hati yg muda (yg tuo pun samo...)

man bai pun ada gak

yg ni kumpulan akaustik nyanyi lagu2 raya

tok mat pun turut hadir

'den tekojut bilo sampai tadi...'

dollah saleh, coach harimau malaya sempat hadir juga

terima kasih sudi hadir majlis kami

kami layan sama rata, sama rasa

sila masuk, sila jamu selera

kanak-kanak dapat angpow raya

moh kito beghayo . . . !

Aug 22, 2014

warga nilai dan sekitarnya.
jemputlah datang ke majlis ini, yang diadakan esok.
bawak sama satu famili, sedara mara, kengkawan dan jiran tetangga.





nasib orang kebanyakan . . .



tengah hari semalam aku hadir ke majlis open house raya.
atas jemputan kawan aku yang kerja di situ.
oleh sebab kompeninya besar, maja jemputannya pun ramailah yang datang.


aku pun tercari-carilah kawan aku tu.
wassap pun tak berbalas.
maklumlah sibuk melayan tetamu yang datang. aku faham.

cumanya khemah untuk tetamu dibahagi dua.
khemah yang satu utk VIP, khemah yg satu lagi untuk jemputan biasa.

oleh sebab ramainya orang, maka aku ambik keputusan makan dulu.
bila dah kenyang dan masih tak jumpa kawan aku tu.
aku pun beredarlah balik ofis.
iyalah, nak sambung kerja la kan...

bila dah sampai di ofis, barulah kawan aku telefon.
mungkin dia baru 'terbaca' wassap. dia mintak maaf.
katanya dia ditugaskan melayan tetamu di khemah VIP.
padanlah tak jumpa.
aku ni 'orang kebanyakan' saja....hehehe

nak kena sembur ke, nak kena gigit?

Aug 21, 2014


aedes sedang mengganas sekarang ni.
demam denggi dah makin mengancam.
aku dapat tahu di kawasan kejiranan berhampiran, ada satu keluarga semuanya masuk wad.

dah berapa kali lebih kurang jam 5:30 pagi aku dengar bunyi kenderaan.
macam orang sembur nyamuk.
aku tinjau tingkap, memang ya.
subuh tadi pun sama juga.

malam tadi jabatan kesihatan buat operasi besar-besaran.
sebelum tu diaorang buat pengumuman melalui pembesar suara.
ada 2 van dan land rover.
nak sembur ke dalam rumah sekali.

jadi keluar lah kami ke padang permainan depan tu beramai-ramai.
pada kami kesihatan lebih utama.
biarlah berbau sikit dalam rumah dek asap tu.
sementara aje kan.

tapi ada juga.
2-3 rumah  jiran yang sanggup menyorok dalam rumah.
kunci pintu, tak mahu rumah mereka disembur.

kalau nyamuk tu gigit diorang tak apa.
tanggunglah sendiri.
kalau nyamuk tu gigit jiran atau anak-anak jiran dan sebabkan denggi?
itu dah kira tak patut, menganiaya jiran....hehehe
macam tu punya perangai jiran pun adaaa haishhh

terlajak raya edisi bergambar

Aug 18, 2014

sabtu.
andak telefon kata nak datang beraya satu famili sebelah petang.
pagi tu pulak hujan.
wifey pun memerah otak, nak masak menu spontan apa yek?
terpaksa la meredah hujan ke super market.

cadangnya nak buat yong tau fu.
masa beli barang tu, nak buat jugak nasi lemak.
kemudian teringat ada beberapa biji durian kar rumah, boleh buat pengat durian sekali.
dah banyak pulak menunya...terlebih sudah.

terlanjur andak nak datang.
menu pun meriah,
aku ajak lah acik satu famili, sebab dia pun belum datang beraya lagi.
jemput jugak abang itam, kak teh dan kak lang.
kebetulan abang long kama ada di rumah kak lang, jemput dia datang sekali satu famili.

sebelum tu,
tengah hari tu, wifey ajak kengkawan ofis nya yg bekerja hari sabtu datang ke rumah.
'korang datang je beraya kat rumah aku, tak payah lunch' kata wifey kepada bebudak ofisnya.
pucuk dicita, ulam mendatang.
berkonvoi lah mereka datang beraya.

dah kira open house raya jugak la kan
walaupun jemput last minute, semuanya datang.

yong tau fu

nasi lemak - ayam berempah, sambal udang + petai
roti dan pulut untuk cecah pengat durian
sebelah malamnya ada jamuan raya untuk penduduk kejiranan.
dah jadi tradisi tahunan.
simple aja majlis makan-makan.
buat collections untuk catering dan pot luck pun ada.

sebelum majlis ada solat isyak berjemaah, solat hajat dan marhaban

pot luck




ok dah start

sate dibakar di tempat kejadian

port roti john pun ada



duit raya untuk kank-kanak
ahad
sebelah petangnya ada open house rumah usu di cyberjaya.





sebelah malamnya pulak.
ada jemputan open house rumah jiran-jiran.



hari ni tak breakfast pun.
bekalan hujung minggu dah cukup padat...hahahaha

korang lari 100 meter, papa lari merentas desa

Aug 15, 2014


semalam erol tidur awal.
lepas makan dan buat kerja sekolah.
dia terus masuk bilik, bila aku intai, dia dah tidur.

petang tu, balik sekolah dia mengadu kakinya sakit.
aku tanya sebab apa?
dia kata masuk saringan pemilihan lari 100 meter.
ek...eleh. dekat je pun.

menang tak? dapat nombor berapa?
last....jawabnya sambil tersengih.

masa mengintai bilik diorang tu.
eril masih berjaga tengok tv.
dia bersandar di katil sambil mengurut-ngurut kakinya.
aku tanya kenapa?
sakit kaki jugak.
dia bagi jawapan sama dengan erol.
tapi eril masuk saringan jauh sikit, lari 400meter.

menang tak? dapat nombor berapa?
tak layak jugak, dapat no.4.
okeylah sikit daripada erol.

"papa dulu masuk merentas desa...relax aje...!"


*********

kita cerita yg positif aje la kan.
tapi aku tak ceritalah.
masa merentas desa tu aku dengan beberapa kawan ikut jalan pintas.
lepas tu singgah minum dulu kat gerai tepi jalan.
kemudian sambung balik lari merentas desa.

nasib baik eril tak tanya.
papa menang tak?
papa dapat nombor berapa?
keh keh keh

baju raya aku

Aug 12, 2014


dia; kita orang raya hari tu pakai jubah... wife aku, anak aku, dengan aku sekali pakai.

aku; elok la tu

dia: kau masih pakai baju melayu?

aku: iya...

dia: orang dah tak pakai baju melayu dah tuk raya. trend sekarang orang pakai jubah ke, kurta la...

aku: aku ni melayu, jadi aku pakai la baju melayu...

tak baik tau ambik gambar bertiga, nanti . . .

Aug 7, 2014

aku ingat dah takde dah tegahan atau pantang larang macam dulu-dulu.
setengahnya dulu, biasa dengar.
tapi sekarang ni makin jarang.
tak tahu lah sama ada dulu tak boleh tapi sekarang dah dibolehkan.
ataupun orang kita dah semakin tak peduli.

'anak dara jangan menyanyi kat dapur, nanti dapat laki tua'

'jangan lalu bawah ampaian kain, nanti pening kepala'

'jangan tunjuk pelangi dengan jari telunjuk, nanti jari kudung'

'jangan potong kuku waktu malam...nanti (yg ini tak berapa ingat).

pernah dengar tak. jangan ambik gambar bertiga.
kalau bertiga kena genapkan, jadi empat.
sebab katanya kalau bertiga, yg di tengah-tengah tu mati cepat atau mati dulu.
masing-masing berebut tak nak di tengah-tengah...hehe

lama dah tak dengar tegahan atau larangan begitu.
baru-baru ni ada terdengar balik.

'tak baik ambik gambar bertiga tu...' tegur seseorang.

masa tu aku nak ambik gambar anak-anak aku.

habis tu macam mana?
memang anak aku ada 3 orang je...!

aidifitri kami kali ini

Aug 6, 2014

oleh sebab raya pun dah masuk 10 syawal.
malahan ada yang dah setelkan pun puasa 6.
maka nak cerita pasal raya pun dah rasa macam sekadar throwback aje kan.
aku sumbat aje cerita raya kami satu family dalam satu entri.

tahun ini giliran beraya awal ialah di nilai.
sehari sebelum raya macam biasa, orang negeri sembilan sebut 'mantai'.
buatlah persiapan raya, masak yg spesel sikit.
kena masak yang ori lah, terutama masakan tradisional bukan yg ready made.
maksudnya bukan sekadar rebus nasi himpit atau rendang segera.
memanglah sekarang ni, kita boleh dapat tu di kedai, jimatkan masa, mudah.
tapi sebagai 'orang kampung', rasa semacam tak berapa kena dan janggal.

makanya, dianyamlah sendiri sarung ketupat untuk direbus.
ditebanglah buluh untuk bakar lemang.
dimasaklah daging dengan segala rencah untuk dijadikan rendang.

nah, ambik rendang daging sekuali besar.
15 kg daging sekali gus.
maklumlah keluarga kami besar, sebahagiannya balik beraya dan berkumpul.
raya kali ni, kak lang selaku masterchef tak berapa sihat. yang sediakan segala rencah dan ramuan ialah wife aku. dengan kak lang bertindak sebagai konsultan.

orang n. sembilan suka buat rendang yang dikacau hingga kering. jenuh juga nak masak rendang sebanyak ini yg perlu dikacau hingga kering.
sesekali aku bantu wifey kacau kuali ni. huh, lenguh jugak la tangan.

rendang ayam dan kari daging pun ada selain kuah kacang. yang ini diuruskan oleh kak teh dan kak anjang. aku pulak tolong andak bakar lemang dan rebus ketupat.


malam raya, ada acara takbir dari rumah ke rumah. (dah cerita dalam entri sebelum ni).ada jugak acara membakar bunga api dan mercun....hehehe
memang meriah dan seronok beraya kat kampung.

keesokannya, pagi-pagi dah bangun untuk sembahyang raya. oleh sebab rumah aku dengan kampung dekat aje, aku sembahyang di masjid taman perumahan aku aje la.

eril dah ready untuk ke masjid, solat aidilfitri
lepas balik dari solat raya.
ikut tradisi, kita bermaaf-maafan dan bagi duit raya kat anak-anak.
tahun ni semua puasa penuh. kopak jugak la.
kemudian disusuli sesi photoshoot hehe..
lepas tu gerak ke kampung.


siap nyanyi lagu 'balik kampung' walaupun perjalanan tak sampai 15 minit

 
sampai di kampung, semua dah tunggu. abang long sekeluarga, kak lang sekeluarga, kak teh sekeluarga, abang cik sekeluarga, kak anjangsekeluarga, abang tam sekeluarga, usu sekeluarga. cuma abang ngah dan andak sekeluarga beraya di kampung mentua dulu.
kami pun bermaaf-maafan. rasa sayu dan terharu juga tanpa ayah bonda di pagi hari raya buat kesekian kalinya.
kemudian  bertukar-tukar duit raya dengan anak buah dan sarapan pagi ramai-ramai.
kalau kami tak keluar awal, nanti adalah tetamu yg datang. jadi sebaik sarapan, konvoi kami pun bergerak.
destinasi pertama, pastinya pusara ayah bonda. kami sedekahkan bacaan yasin dan doa.
siraman air dan taburan bunga.



kemudian kami singgah ke rumah mak lang. arwah pak lang ialah adik kepada arwah abah. tinggal di hujung kampung.jenuh mereka nak layan konvoi kami sekeluarga. sampai terpaksa bersila/bersimpuh di lantai.


rumah singgahan seterusnya ialah rumah along tijah, sepupu kami di salak. di situ juga ada mak acik, satu-satunya adik perempuan arwah mak yang masih hidup. dia pun dah uzur.


agenda seterusnya ke rumah pak busu di labu. satu-satunya adik-beradik arwah abah yang masih ada. seterusnya singgah pulak ke rumah abang tam yang tak jauh dari rumah kak lang.


sebelah petangnya, kami lepak di rumah pulak, melayan tetamu yang datang.
tapi pada sebelah malam, kami sambung lagi konvoi ke rumah andak pulak di batang benar.
macam biasa, masak lemakcili api ayam kampung menjadi menu utama. ayam tu dibela sendiri oleh andak. andak juga ada bela kambing.


selepas tersandar kekenyangan dan sesi borak-borak.
abang cik ajak singgah ke rumahnya di kota seriemas.. walaupun waktu tu dah 10:30 malam.
kami kata, sediakan yang ringan-ringan aje.
maka bang cik pun sediakan yang ringan aje tapi tetap best.
cucur ikan bilis dicicah dengan sambal tumis, sambal sotong, kari ayam dan mee goreng mamak.
kami hanya sampai di rumah jam 12.30 malam.
fuh beraya sakan dari pagi hingga ke malam.


esoknya awal-awal pagi, kami bertolak balik ke kuantan.
mak mentua yang tinggal di rumah abang ipar kerana dia tidak berapa sihat.
raya kali ini di sebelah wifey tak berapa meriah sebab, tak beraya di kampung.
tapi, aku dan wifey ambik keputusan, bawak mak mentua balik kampung jugak.
jadi hanya kami satu family sajelah yang pulang beraya di kampung.
ini sebenarnya langsung tak dirancang.
kata wife, tak mengapa lah kita tak beraya kali ini, asalkan dapat balik kampung dan menjaga mak yang kurang sihat.
oleh sebab balik beraya kali ini, hanya kami saja.
anak-anak aku terasa boring pulak. ini  jadi aktiviti petang hahaha

kami berada di kampung dari hari raya ke-2 hingga jumaat.
hari jumaat kami bergerak ke kuantan semula sebab keesokannya ada majlis kahwin di rumah abang ipar seorang lagi.
pulang dari majlis kenduri pada hari sabtu tu, kami meneruskan perjalanan balik ke nilai.
sebelum tu singgah dulu di bahau, rumah abang ngah.
ayam golek menjadi menu utama. ada jugak pecal, gulai daging salai masak rebung, rendang kerang. kami bawak balik juga semua tu yang ditapau untuk makan malam.

itulah dia kisah raya kami, seminggu sekali gus.