betulkah yang dapat anugerah itu memang cemerlang?
Sep 22, 2014
nampak macam tak puas hati aje kan.
nampak macam jeles aje kan.
bukan begitu.
tidak apa yg nak dijeleskan pun.
yang dapat anugerah pun daripada kalangan kawan-kawan jugak.
lagi pulak kita pun dah pernah dapat itu semua.
tapi yg tak seronoknya.
di kalangan kita sendiri tahu, siapa cemerlang siapa tidak.
siapa rajin, siapa malas, siapa culas.
yang memang selayaknya dapat, kita tabik dan respek.
tapi bila yang tak sepatutnya dapat, dapat juga.
itu buat kita tertanya-tanya sejauh mana telusnya anugerah cemerlang itu?
kalau yang kaki borak, duk jual online, main telefon/internet tak kira masa pun dapat jugak.
yang selalu duk lepak minum kat café, asyik mengular masa ofis dan curi merokok kat tangga belakang pun dapat jugak.
maka anugerah cemerlang yang sepatutnya untuk yang betul-betul cemerlang, jadi kurang nilainya pada mata staf yang lain.
dah tak berharga lagilah.
sekadar pelangkap aktiviti tahunan.
pokoknya, siapa yang menilai?
adakah mereka betul-betul kenal orang yang dinilai?
yang dapat itu pun.
tentu tahu yang mereka bukanlah cemerlang mana pun.
kalau kita sendiri tahu kita tak cemerlang, apa perasaan kita naik pentas, nama diumumkan, dapat anugerah dan hadiah pulak.
tak malu ke kepada kawan-kawan kita yang betul-betul cemerlang, tapi tak dapat apa pun...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 refleksi:
Post a Comment