menantu tauke butik
Sep 8, 2014
dah berkali-kali dia ingatkan wifey.
"you jangan tak datang."
sehinggalah sehari sebelum tu pun dia hantar mesej lagi, mengingatkan..
orangnya tu, tuan punya butik pakaian.
dah lama kenal dan berkawan baik dengan wifey.
sejak dia mula bertatih dalam bidang tempahan baju.
asalnya dia dulu cuma pekerja dengan sebuah butik di KL.
kemudian berhenti, buat bisnes tempahan dan upah menjahit kecil-kecilan dari rumah.
wifey antara pelanggan terawal tempah baju dengan dia.
dan perkenalkan dia pada kengkawan, sedara mara dan jiran-jiran.
bisnes dia makin berkembang dan akhirnya buka butik.
butik tu pulak dah maju dan berjaya.
oleh sebab dah jadi kawan baik dan pelanggan tetap.
wifey biasanya dapat diskaun spesel setiap kali tempah pakaian.
semalam kami pun ke majlis perkahwinan anaknya tu.
huh, memang sesak dengan tetamu.
kebetulan semasa tengah makan tu, rombongan pengantin pun sampai.
menantu lelakinya tu khabarnya anggota polis berpangkat tinggi juga.
padanlah ada pengiring beruniform siap dengan pedang.
diiringi tiupan bag pipe.
ada jugak konvoi superbike.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 refleksi:
Post a Comment