budak ostolia speaking nismilan

Sep 30, 2014



ada terbaca berita seseorang dapat PhD dalam usia paling muda di UTM.
usia 24 tahun lebih dah ada gelaran doktor falsafah.
hebat...!

tapi ni bukan nak cerita panjang pasal tu.
nak cerita pasal anak sedara aku, naja dan familinya.
malam tadi hantar mereka ke airport nak balik Melbourne.

dia balik hari tu, semata-mata nak join majlis kenduri kahwin adiknya.
dia dan suami tengah sambung study buat PhD.
tinggal 8 bulan je lagi.
balik terus la.
sambung mengajar sebagai lecturer semula di universiti tempatan.

paling seronok mengusik dan melayan anak-anaknya.
diorang speaking omputih dengan atuknya, atuknya bantai cakap nismilan hahaha
bye-bye jumpa lagi nanti...!




0 refleksi: