pengantin merdeka
Sep 2, 2014
memang tak pernah miss la tengok perbarisan kemerdekaan saban tahun.
dulu pernah la pergi tengok live di dataran merdeka.
tapi sekarang ni tengok live di tv aje la.
maka tercongokla depan tv sambil makan nasi lemak yg beli di gerai belakang rumah.
elok la sikit daripada yg sambut merdeka dengan berdengkur sampai tengah hari kan....
tengah hari tu keluar pergi kenduri kahwin.
pengantin merdeka, katanya.
tapi mereka pakai baju pengantin songket la
ingatkan ada surprise pakai baju bendera, jalur gemilang.
elok juga, senang la ingat tarikh.
takde la bergaduh kemudian hari bila pasangan kita tak ingat tarikh aniversari...hehehe
balik dari kenduri.
singgah pulak shopping complex.
ada merdeka sales.
syukur la negara kita ni aman dan merdeka.
kita merdeka buat apa saja...;)
boleh tengok tv, boleh tidur sampai tengah hari, boleh pergi kenduri atau boleh shopping di hari merdeka...
merdeka, merdeka, merdeka...!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 refleksi:
Post a Comment