ini mungkin yang terakhir . . .

Sep 3, 2014


di akhir meeting petang semalam, takde angin takde ribut.
boss tiba-tiba cakap

"ini mungkin meeting kita yang terakhir..."

ada banyak persoalan dan tanda tanya timbul.

boss nak letak jawatan.
boss dapat offer tempat lain.
boss nak berhenti kerja.
boss naik pangkat lagi tinggi.
boss tukar dengan boss bahagian lain.

kami ahli mesyuarat, saling berpandangan.
suasana jadi hening dan beku...cewahhh

lepas mesyuarat kita orang sambung gossip.
tak siapa tahu hakikat sebenar.
yang pasti.
ada yang gumbira dia tidak lagi jadi boss.
ada pulak yg rasa sedih.
ada jugak yang berbelah bagi.

tapi kan dia cakap...

"ini mungkin..."

haaa, nampak tak permainannya.
'mungkin'

segalanya berkemungkinan....

0 refleksi: