alamak aku terlupa. waktu bekerja dah tukar mulai januari 2011.
habis kerja jam 5:00. dulunya 5:30
aku janji dgn iz nk jumpa di bangi jam 6:15 macam selalu.
sebab, masa begitulah aku melalui bangi sebelum sampai ke rumah.
dah banyak kali dah. port kami di kedai mamak syeksyen 2.
dia pun selalu ada kelas petang habis jam 6:00.
jadi, kalau jam 6:15 tu, sedang elok la.
borak-borak pekena teh tarik gelas besar, roti canai atau roti naan.
panas-panas memang ngam.
tapi yg pentingnya, boleh jumpa borak-borak.
especially pasal bola la kan.
kalau dah penyokong the gunners jumpa red devils. memang masing-masing nak menang aje.
tapi aku lupa dah. tahun 2011 dengan tahun 2010 tak sama.
waktu kerja aku pun tak sama. walaupun kelas iz habis macam biasa jam 6:00.
separuh perjalanan, setiba di sg besi baru aku perasaan.
baru jam 5:30. sedangkan janji dengan iz, jam 6:15.
laaa...apasal cepat sangat aku memandu hari ni. atau jam rosak, bateri kong.
tak. memang betul.
cuma, aku yg tercepat. keluar dari ofis dalam 5:05.
sampai sg besi baru jam 5:30. aku jangka jam 5:40-45 dah sampai bangi.
aiseh...aku dah silap.
takkan nak ganggu iz. masa tu dia dalam kelas.
aku cuba pandu seperlahan yg boleh.
tapi paling slow di lebuh raya pun, takat 80-90 kmj jugakla.
sampai di bangi, jam 5:45 ada setengah jam lagi.
jam 6:05. iz sms...."dh smpai ke? lewat skt la. tadi kelas mula lmbt"
laaaa....kena tunggu lagi.
sudahnya 6:30 baru iz sampai, dgn tersengih-sengih.
nampaknya, kali ni dia kena belanja aku la.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 refleksi:
ha ha...
dr krn mata nko tkr dr krn masa
elokla blk awal tu sempat jogging lg kan....
Post a Comment