~ jiran tetangga ~

Jan 10, 2011

siapa nama jiran selang dua buah rumah?
kerja di mana?
berapa orang anaknya?
apa nombor plat keretanya?

buat apa nak tahu. sekadar nak jaga tepi kain orang, tak payah.
lagipun jiran tu bukannya friendly pun.
itu tanggapan sesetengah kita. bertegur sapa setakat 'hai' atau memberi salam sahaja.
itupun kalau bertembung.
kita dah jadi sendiri-sendiri. buat hal sendiri-sendiri.

itu kalau tinggal kawasan perumahan rumah teres.
kalau lot banglo. lagilah susah nak nampak batang hidung jiran pun.
begitu jugak kalau tinggal di apartmen.
kalau jiran jadikan apartmennya makmal dadah pun kita tak tahu.
jadi pusat edar vcd cetak rompak pun kita takkan ambil peduli.

itula sebabnya, bila anak jiran kena culik, kita tak perasaan.
bila jiran mati, dah busuk baru kita kecoh nak repot polis.
bila jabatan agama buat serbuan, baru kita tahu pasangan jiran kita sebenarnya belum kahwin tapi bersekedudukan.

dulu kalau ada yang tegur anak jiran yg nakal, mak bapaknya tak kesah. galakkan lagi.
sekarang kalau tegur anak jiran, makanya seumur hidup tak bertegur sapa. silap-silap perang besar.
kadangkala hal yg remeh seperti soal parkir kereta pun boleh jadi gaduh besar.
entah apa nak jadi dengan dunia sekarang...

memang aku akui. tak semua kawasan kejiranan begitu.
ada yg masih berpegang kepada semangat kejiranan.
kenduri kendara pun semua ikut serta. gotong royong, semua turun.
banyak aktiviti kemasyarakatan dianjurkan. program sukan berterusan.
ini mengeratkan silaturahim.
tapi dah tak banyak dah. makin terpencil...
yang lebih banyak berlaku sekarang ialah senario yg aku gambarkan di atas...

2 refleksi:

rahimin said...

ok.
aku mengaku aku 'tak berapa' kenal jiran aku.
tk tau nama sebenar dia.
tk perasaan berapa anak dia.
tk tahu dia keje kt mana.
tapi...aku tau no. plat kete dia...
nko perli aku ye?

Anonymous said...

Kadangkala baik dgn jiran di salah ertikan pula. Kata nak mengurat suami dia. So elok tak bertegur sapa langsung..ambil sikap berkecuali