~ misbun dan aku ~
Jan 12, 2011
sekarang tengah hangat diperkatakan dlm akhbar isu peletakan jawatan misbun sbg coach BAM. ada yg kata dia tak sebulu dengan pegawai di BAM, ada yg dakwa sebab anaknya tak disenarai dalam skuad elit, ada yg kata dia & chong wei nak buka akademi badminton, dan berita mengatakan mereka dapat sponsor yg menguntungkan jika keluar dari BAM.
tapi aku respek dengan misbun sebab dia tak mahu mendedahkan pada media, apa puncanya. tak nak basuh kain kotor di khalayak ramai.
dulupun misbun memulakan kariernya di kelab nusa mahsuri. sebelum menyertai BAM. tak salah rasanya kalau dia menyambung semula melatih du luar BAM. lagipun sudah terbukti dia coach yg baik. terutama melalui anak didiknya lee chong wei atau dulunya, hafiz hashim.
jadi apa kaitan misbun dengan aku seperti tajuk entri ini?
aku nak berkongsi cerita ni. sebab aku takda bukti apa-apa, hatta sekeping gambar sekali pun.
cuma terpulanglah nak percaya atau tidak.
misbun & kawan baiknya masa dulu ajib mohiden (pemain badminton kebangsaan jugak) pernah datang rumah aku di kampung. kebetulan ajib adalah kawan kepada abang ipar aku.
yang menjadikan kedatangan mereka penuh makna & kekal dalam ingatan sampai bila-bila sebab ianya hari yg bersejarah untuk aku.
misbun datang menghadiri kenduri kesyukuran kerana aku akan mendaftar masuk ke universiti. kami sempat bersalaman & berbual beberapa ketika. sambil misbun mengucapkan tahniah dan memberi sepatah dua kata sebagai nasihat. antara lain macam biasalah "belajar rajin-rajin....".
tentulah aku rasa bangga dan besar hati. sebab ketika tu, misbun adalah antara pemain terbaik dunia. bersusah-payah datang ke kampung aku, dan sesat pula katanya dari kuala lumpur semata-mata untuk hadir ke majlis kenduri kecik orang kampung seperti aku.
sangat besar ertinya bagi aku.
jadi, itulah kenangan antara misbun dengan aku. mungkin dia dah lupa, tapi yg penting, aku masih ingat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 refleksi:
berkat nasihat misbun,
nko dh berjaya skrg ben...
he he
bertuahla kau, aku jumpa dgn misbun pun tk pernah
dulu misbun & ajib ada company jual kereta.
dia dtg rumah aku naik kereta import (masa tu aku tk kenal model apa). semua org kampung terkedu tgk kereta canggih wooo...
masa dia balik siap lambai dr sunroof & kereta dia ada speaker yg boleh bagi salam mcm kereta polis.....waaa kenangan lalu!
Post a Comment