18 januari. hari selasa. minggu ke-3 tahun baru 2011.
hari ini ulang tahun kelahiranku. ya, hari jadi.
hari yang biasa. sama seperti hari-hari lain.
hari ini bertambah lagi lah usiaku.
pagi tadi selepas solat subuh. aku sujud syukur.
bersyukur kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kerana memberiku peluang untuk terus bernafas di dunia fana yg dipinjamkan-Nya untukku ini.
syukur aku terus dikurniakan kesihatan dan kenikmatan hidup.
memiliki keluarga, isteri dan anak-anak. untukku menumpang kasih & berkongsi sayang.
seperti tahun-tahun sebelum ini, hari ini adalah hari biasa bagi aku. dengan rutin harian.
kerja macam biasa. takde cuti
tiada lilin, tiada kek & sudah tentunya tiada sebarang parti atau majlis makan-makan.
tak perlu hadiah atau cenderahati.
malah kalau boleh tiada ucapan selamat hari jadi daripada sesiapa pun.
cukup sekadar ingatan & ucapan daripada insan-insan tersayang & dekat denganku.
lebih daripada itu, kalau boleh aku tak nak orang lain tahu.
kalau yg tahu atau masih ingat, tandanya mereka masih ingat & masih sayang pada aku.
tapi, kepada yg tak tahu atau tak ingat, bukanlah maknanya mereka tak sayang kepada aku.
itu tidak sedikit pun buat aku kecil hati atau hampa.
pada usia sebegini, hari jadi bukanlah untuk disambut. bukan juga prioriti dalam kehidupan.
doa ku panjatkan pada Allah SWT, kurniakanlah kesejahteraan untuk kami sekeluarga. panjangkan umurku, kurniailah rezeki & lindungilah aku dengan hidayah-Mu sebagaimana kau berikan sepanjang kelahiranku ke dunia ini sehinggalah hari ini dan hari-hari mendatang.
syukur...alhamdulillah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 refleksi:
selamat hari jadi, ben.
moga terus sihat sejahtera, panjang umur, murah rezeki.
selamat ulangtahun kelahiran tuan bangsawan.
moga terus diberkati hidupmu, dilimpahkan rezeki, dikurnia kesejahteraan dalam hidup.
happy birthday, bro.
nice to know you
G G man utd!
hppy bday...abg bangsawan.
may god bless u always...!
Post a Comment