~ bila bas sekolah buat hal ~

Jan 4, 2011


duit sudah jadi soal kedua. yg penting kalau servis bagus, nak keluar duit lebih sikit pasti ramai orang yg tak kesah. itu sekurang-kurangnya bagi akulah.
orang lain mungkin perspektif mereka berbeza.
servis ala kadar pun masih diterima, janji tak payah bayar lebih.

bagi kebanyakan orang soal bas sekolah, bukanlah prioriti.
bagi aku pula, ianya sangat menjadi keutamaan. lebih-lebih lagi, kerana aku & wifey bekerja.
urusan pergi balik atau pengangkutan ke sekolah bergantung sepenuhnya pada bas sekolah dan drebarnya.
kalau bas rosak, masalah besar. kalau drebar lambat, masalah besar.
ini bukan soal main-main.
pengusaha bas sekolah dibayar untuk servis mereka.
setiap tahun, pengusaha bas menuntut bayaran tambang dinaikkan. tapi servis tidak ditingkatkan.
bas masih buruk atau second hand yg dicat semula, selalu rosak, bunyi mengaum 5km boleh dengar, aircond selalu rosak, drebar pandu laju, pegang stereng sambil hisap rokok, selalu lambat terutama waktu pagi....!

semalam hari pertama sesi persekolahan.
aku memang cuti. tapi cuti aku untuk memantau semuanya berjalan lancar.
terutama berkaitan bas sekolah.
7:15 pagi bas sekolah belum sampai. sedangkan waktu sekolah bermula jam 7:30.
jadi aku perlu bertindak segera. takkan hari pertama dah lambat.
aku hantar sendiri anak-anak ke sekolah dengan keretaku.
tak mengapalah, mungkin hari pertama, drebar belum dapat sesuaikan masa atau timing, berapa banyak penumpangnya atau tempoh pusing keliling kawasan perumahan...

sesi pagi habis jam 1:25 pm.
sesi petang atau sekolah agama bermula jam 2:30 petang.
aku tunggu saja di rumah.
jam 2:10 baru bas hantar anak ke rumah.
aku tanya eril, kenapa lambat sangat. katanya, drebar baru lagipun hantar bebudak yg duduk jauh dulu.
aku terfikir kalau begini, hari-hari macam mana? sempat ke anak-anak aku nak mandi, makan tengah hari, tukar pakaian?
memang tak sempat.
sedang anak-anak aku menyuap makanan, bunyi hon bas pukul 1:25 melalak di depan rumah.
anak-anak aku sedikit panik.
aku kata tak mengapa, habiskan makan. nanti aku hantar dengan kereta ke sekolah.

petang itu, aku berbual dengan jiran sebelah rumah.
kami berbual pasal anak-anak ke sekolah. aku suarakan hal tidak puas hati tentang servis bas sekolah. dia tawarkan aku untuk hantar anak-anak aku ke sekolah dengan keretanya. dengan bayaran, tentunya...
lagipun dia jugak ambik upah hantar anak-anak jiran lain ke sekolah.
aku pun tanpa fikir panjang...setuju.

malam tadi aku jumpa tauke bas.
aku nak minta, batalkan servis mereka. aku nak duit aku balik.
aku luahkan apa yang aku tak puas hati.
walaupun sudah 4 tahun aku guna servis bas itu untuk anak-anakku.
takde kompromi. kebajikan anak-anak aku lebih utama.
air muka tauke itu sedikit berubah. tapi dia akur.
dia berkata sedang merancang untuk beli bas tambahan. kekurangan bas punca kelewatan & semakin ramai orang yg tinggal di kawasan perumahan itu.
aku terima alasannya. tapi perancangan itu sepatutnya sudah dilaksana sebelum sekolah bermula. sekarang dah tak guna dah.
aku percaya, kalau beginilah servis yg masih diberi, akan lebih ramai ibu bapa di kawasan perumahan ini akan beralih arah.
mungkin pengusaha bas ini berada di zon selesa, tidak mahu menambah kualiti servis. kerana selama ini mereka memonopoli servis bas sekolah di kawasan perumahan kami.
sedikit demi sedikit sudah mula muncul van-van sekolah sebagai pesaing.
malahan bekas drebar pengusaha bas itu sendiri sudah beberapa orang yg berhenti kerja & memulakan servis van sekolah secara kecil-kecilan.

hari ini, anak-anak aku ke sekolah dengan kereta jiran.
aku dah tak payah pening-pening fikir pasal bas, pasal, anak-anak lambat ke sekolah, pasal bas rosak.
tapi, dalam masa sama, kena pantau jugak servis jiran ku itu. jangan janji atau mula-mula saja okey, lepas tu merosot. harap-harap tidak begitulah.

1 refleksi:

rahimin said...

diorg ni mmg mcm tu...
duit nk, servis hancus...!