- ceringkas -

Mar 31, 2011

pada satu konsert rock. menampilkan kumpulan rock no. 1.

muncul penyanyi utamanya di pentas.

intronya berbunyi.

"assalamualaikum semuaaaaa..."!

"sihat?....alhamdulillaaaahhhh..."!

"kami akan buat yg terbaik supaya anda semua terhibur dalam konsert ini....insya-Allahhhhhhh"!


yep...ada unsur islamik yg dibawakan kumpulan rock ini.

sama jugak dengan kumpulan nasyid.

- bila berjanji dengan budak-budak... -

dalam perjalanan pulang dari CH tempoh hari, eril, erol, & erin menzahirkan keseronokan mereka berholiday. kalau boleh mereka mahukan aku, bawak mereka bercuti lagi, ke tempat lain pulak.

aku katakan boleh. tapi perlu mematuhi terma & syarat yg ditetapkan. aku letakkan sasaran sekurang-kurangnya 3A pada mereka dalam periksa. kalau dapat boleh pergi, kalau tak 'melangut'lah habiskan cuti sekolah di rumah saja. ataupun kalau tak pergi bercuti, aku akan gantikan dengan hadiah.


mereka mengeluh...tapi dalam diam mungkin memasang azam dalam hati. ini bukan rasuah, tapi kaedah motivasi yg baru. kalau dulu, rotan atau tali pinggang sebagai motivasi.


petang semalam, mereka mendapatkan aku sebaik pulang dari kerja, belum sempat aku tanggalkan kasut. mereka berebut-rebut nak tunjukkan report card.


eril dapat 7A.


erin dengan bangganya & sambil tersengih menunjukkan 5A.


manakala erol turut melepasi tahap kelayakan dengan 3A.


semasa makan malam, mereka pun 'menuntut' janji aku. "papa nak bagi hadiah apa?" tanya eril. "erol nak psp, boleh ke?" tuntut erol. "cuti nanti nak pergi hotel mana?" soal erin pula.


alamak! sampai habis makan, aku masih tak berikan sebarang jawapan.


padan muka aku...

- resensi . . . 26 -

Mar 30, 2011

Judul: Refleksi Historiografi Alam Melayu - Pengarang : Tatiana A Denisova - Halaman: 470 - Terbitan: Penerbit Universiti Malaya/2011 Kandungan Buku ini mempersembahkan khazanah persuratan melayu sebagai sumber sejarah yang penting dan berharga. untuk menarik perhatian ilmuwan dan para pembaca mengenai bahan-bahan yang dirakamkan dalam teks sejarah melayu lama akan betapa unggulnya karya tersebut. penulisan ini juga menunjukkan bahawa karya tersebut memuatkan cita-cita tinggi yang menjadi tonggak tamadun bangsa melayu. pembaca juga diperkenalkan dengan dengan fikiran dan tulisan orang melayu yang pernah mencipta karyanya pada kurun ke-13 hingga kurun ke-19. dengan itu, buku ini menyusun banyak petikan daripada teks sejarah melayu dan melampirkannya dengan penjelasan dan analisis ilmiah. teks yang dikaji dan dipilih itu adalah daripada sumber yang nyata dan konkrit supaya penelitiannya bersifat objektif. adalah diharapkan bahan dalam buku ini seterusnya dapat digunakan untuk kajian yang berkaitan dalam bidang ilmu lain seperti sejarah, falsafah, etnologi, ekonomi dan sebagainya. selain itu, tumpuan juga diberikan pada unsur kehidupan intelektual dan unsur ekonomi yang dirakamkan dalam teks sejarah melayu. kedua-dua aspek tersebut merupakan elemen utama dalam sejarah dan tamadun bangsa melayu sekali gus menunjukkan tahap perkembangan dan kemakmuran masyarakat ketika itu. sumber: http://umpress.um.edu.my

- awas, pemandu baru di depan! -


ingat tak hari pertama kita memandu kereta baru. aku masih ingat. mungkin jugak orang lain.apa perasaannya? bangga, ya. gemuruh pun iya jugak.

semalam aku berbual dengan seorang kawan. dia dah lama ada lesen. tapi tak pernah memandu kereta sendiri. baru-baru ni, dia dihadiahkan oleh suaminya sebuah kereta. jadi 'terpaksa' lah dia memandunya. terutama untuk ke tempat kerja. katanya, dia sangat susah hati sepanjang minggu pertama ini. bukan penat dari segi fizikal, tetapi sangat letih dari segi mental.


lagipun menjadi pemandu di ibu kota KL ni bukanlah mudah bagi pemandu baru. masalah memandu satu hal. mengikut laluan jugak mestilah betul. dengan jalan yg bersimpang siur & banyak kenderaan, jammed, ianya adalah satu cabaran besar kepada pemandu.


itu belum lagi cerita masalah meletak kereta. masa belajar memang tak sama dengan keadaan sebenar. tiang pancang menjadi panduan. dan kita boleh ambik masa sikit untuk memarkir. dalam dunia sebenar, tidaklah semudah itu. terutama bila nak buat reverse parking atau side parking. makanya, cara paling mudah cari ruang kosong paling jauh dari kenderaan lain. itupun kalau ada....


jangan terkejut kalau aku katakan yg ada kalangan kawan-kawan yg sudah memandu bertahun-tahun masih tak mahir undurkan kereta...ada jugak yg tak pernah praktikkan reverse parking seperti yg dia belajar dulu. atau ada yang pandu kereta semata-mata dari rumah ke tempat kerja sahaja. untuk ke tempat lain mereka akan gunakan khidmat 'pemandu'.


tapi, itu semua masa mula-mula je. lepas tu, dah pandai sikit. mulalah berani laju sikit. berani hon kereta depan yg perlahan. cilok kanan, cilok kiri. nak parkir pun, boleh berebut-rebut siapa yang dulu.


jadi, aku berikan beberapa tips pada kawanku itu. pertama, kita perlu konfiden. jangan cepat panik, walaupun tersalah jalan. pedulikanlah orang nak hon ke atau apa saja. perlahan sikit tak mengapa. lama-kelamaan, dengan masa & tempoh memandu lebih lama, kemahiran dan keyakinan akan semakin meningkat.


kebanyakan pemandu boleh memandu kenderaan, tetapi tak semua daripada pemandu itu mempunyai kemahiran memandu...!

- satu -

Mar 29, 2011


- strategi -

aku sedang merancang strategi. aku rasa aku kena bersikap pentingkan diri. selfish sikit. dari semasa ke semasa, aku akan mantapkan lagi. hasilnya, boleh nampak bermula dari bulan depan. kalau segalanya berjalan lancar, ianya akan 'meletup' bulan 6 nanti. takpa. strategi tu adalah one man mission. takde orang lain yg terlibat. risikonya aku tanggung sendiri. berjaya atau tidak. tapi aku yakin, objektifnya akan tercapai.

- tragedi ayam goreng -

waktu lebih kurang jam 6:45 ptg. hajatnya nak makan ayam goreng atau orang panggil kfc. ada lima kaunter, tapi cuma 2 yg bukak. tak tau kenapa. jadinya, pelanggan berbaris panjang.pelanggan yg duduk di meja, tidaklah ramai.

aku tengok tak banyak ayam goreng dalm tray di bahagian dapur. lambatnya sampai giliran aku.erin, eril & erol dah tak sabar. aku suruh diorang duduk dulu.


15 minit. giliran aku belum sampai. terhegeh-hegeh kasyier yg ambik order. yg ada dalam barisan makin panjang. mereka mula gelisah. aku pun sama. tiba giliran aku. aku order, set keluarga.


"ayam takde encik...kena tunggu 10 minit!" "laaa, kedai jual ayam goreng. tapi takde ayam goreng...apahal?"


"lama gila...kena tunggu. dahlah beratur lama..." sampuk seorang gadis di belakang aku. kemudian dia terus blah.


"kenapa? branch ni nak tutup ke? ayam pun takde. apa yg you bisnes ni" aku mula komplen. panas hati jugak. kasyier yg ambik order, hanya terkebil-kebil. aku teruskan buar order. semuanya ada. kecuali ayam. dia mintak supaya aku duduk dulu.


di barisan lagi satu. seorang mamat ni. dah tak boleh sabar dah. dia panggil manager, nak komplen. suaranya meninggi. sambil cakap dalam bahasa orang puteh. semua orang pandang aje.


"you just sit there, writing something. many people waiting, no chicken .....bla bla... manager tu, muka merah padam. diam aje. takde sebarang penjelasan. yang aku dengar, dia ada kata. kurang staf.


aku tunggu lagi. 15 minit. baru selonggok ayam diletak dalam tray. kena tunggu lagi. sebab itu ayam goreng pedas atau spicy. yg aku order spicy campur original. anak-anak aku tak boleh makan yg pedas.


'yg ori belum masak...kena tunggu lagi encik...? kasyier bagi tau dengan muka cuak. "apa nak buat...kena tunggulah. duit dah bayar. lagipun, budak-budak memang kena makan yg tak pedas kam..." 15 minit kemudian, barulah semuanya selesai.


jadi, aku terpaksa tunggu hampir sejam untuk dapatkan pesanan. taubat dah tak pergi ke cawangan kfc tu lagi. mungkin tak lama lagi, nak tutup dah. kalaulah servis yg diberikan memang lembap macam ni berterusan. bayangkan kedai yg jual ayam goreng, tapi takde ayam goreng yg dipesan. bayangkan kalau kita pergi kedai tayar, takde tayar yg dijual. atau pergi panggung wayang, tapi takde filem yg ditayangkan...haru bukan?


hampeh...


- dialog pagi selasa -

pagi tadi, di kafe. kita orang tengah sarapan. dia: kul brape dah.. aku: emmm...(sambil tengok jam) 5 minit lagi kul lapan. sempat lagi... dia macam tak berapa selesa. aku: mana jam nko...? dia: ada... aku: nape? rosak ke? dia: bini aku simpan.... aik...mcam pernah ku dengar dialog ini. tapi, di mana ye? cuma...jamnya bukan jenama yg sama.

- derma lagi... -

Mar 28, 2011

suatu petang, balik dari ofis aku singgah mengisi minyak.

dah dekat dengan rumah, kira-kira 5 km saja.

masih ada sikit minyak lagi, tapi aku tak mahu tergesa-gesa isi minyak pagi-pagi.

mana tahu, tiba-tiba terlewat bangun, nak kejar masa, terlupa pulak nak isi minyak.


tiba-tiba, datang seorang budak perempuan menghampiri, ketika aku isi minyak.

ini bukanlah pertama kali, nan minta derma sekolah anak yatim.

kalau dulu trendnya ada mat fit jual henfon, jam tangan atau spek hitam.

lepas tu trend orang jual keropok atau kerepek.

sekarang ni trend mintak derma anak yatim, sekolah pondok, surau, masjid, segala macam.


aku tanya dia, sapa yg hantar. katanya dia datang sendiri.

aku tanya lagi, cikgu suruh ke. katanya, tak. sukarela.

aku kata dah selalu sangat budak yg datang mintak derma.

kalau selalu sangat, duit isi minyak pun, sama banyak dengan derma.


aku terus tanya lagi dari mana, lukut? PD? rantau? salak?

tak. katanya, dia dari kedah.

tiba-tiba aje dia speaking utara, loghat kedah... "cheq baru mai daghi kedah"....

"mai dengan apa. dengan baeh (bas) ka?" aku pun tunjuk skil cakap utara.

"haa, ah..." katanya.

"habih tu, hang tak sekolah ka...?Awat mai, jauh-jauh mintak derma? kat sana tak bulih mintak derma ka...sampai kena mai ke nilai. ini dah masuk negeri semilan? jauh tu. nak mai ni kena ada duit jugak kan?"


budak perempuan tu terpinga-pinga. terus berlalu pergi.... haih, macam-macam cara diorang sekarang ni. tak diberi, rasa simpati.

tapi kalau dah kerap sangat, kita pun rasa curiga.

- peduli atau tidak -

hari tu, hari sabtu.
erin sibuk tanya dah pukul berapa sekarang? sejak dari petang.

erol tanya jugak, kita nak makan depan rumah dalam gelap lagi tak?

eril pulak mengingatkan, lilin ada tak?

mereka ingatkan supaya aku tak lupa untuk 8:30-9:30 mlm. earth hour.


nampaknya, bebudak sekarang dah advanced.

lebih prihatin akan isu alam sekitar.

mungkin jugak pengaruh media.

tapi, lebih utama ialah teladan yg kita tunjukkan.

tahun lepas semasa earth our, kami makan anak-beranak dalam gelap.

letak meja & kerusi di porch.

hanya bertemankan cahaya lilin. mereka seronok....!


itu bagi yg peduli.

bagi yg tak peduli, hari-hari adalah earth hour.

maksudnya, rumah mereka sentiasa bergelap...

ada pulak yg kata, satu jam bergelap, takde makna apa-apa pun.


itu bukan soalnya, isunya ialah kesedaran.

tanamkan sikap kesedaran itu pada yg masih kecil, nescaya mereka lebih prihatin.

nampaknya, orang dewasa tidaklah sematang pemikiran kanak-kanak.

mereka hanya matang pada usia, bukan pemikiran atau sikap.

- ikut giliran -

Mar 25, 2011

kadang-kadang, bila berhenti di lampu trafik merah, orang depan kita terhegeh-hegeh nak bergerak sebaik lampu bertukar hijau. kadang-kadang pemandu di depan kita tu leka berborak dengan penumpang sebelah. atau sedang sibuk membalas sms. ada jugak yg khayal seketika kerana bernostalgia mendengar lagu feberetnya dari radio kereta. sebab tu mereka terlewat sikit. tak lama pun, kadang-kadang beberapa saat je.

jadi, apa kita buat? bunyikan hon kepada pemandu kereta depan tu?
merungut atau mencarut?
tunjuk isyarat jari atau tangan, tanda tak puas hati?

kadang-kadang bila berbaris di atm atau mesin deposit di bank, terutama pada hujung bulan atau hari gaji, barisan yg beratur memanglah panjang. kadang-kadang orang depan kita memang lembap gila. teragak-agak. atau tercari-cari nombor akaun untuk transaksi. atau terlupa nombor pin. mungkin juga, tiba-tiba je henfonnya berbunyi. ada jugak yg banyak sangat akaun yg nak didepositkannya. ada jugak yg masih tak pasti, gaji dah masuk ke belum, nak tengok 'pertanyaan' baki dulu. ataupun mesin deposit asyik reject je kepingan duit dalam mesin walaupun bukannya palsu. itu yg buat lambat sikit.

adakah kita merungut? atau keluarkan kata-kata sinis?
atau mulut kita bunyinya 'derdecit-decit'?
atau memalingkan muka masam kita bila orang itu sudah bereskan transaksinya?

samalah juga bila kita beratur nak makan di kantin, cafe atau kedai makan. atau beratur nak ambik lauk yg dihidangkan secara bufet di majlis kenduri atau dinner. orang depan kita, terhegeh-hegeh nak pilih lauk. lembap sangat nak kaut gulai apa, ikan apa, berapa ketul ayam, berapa senduk nasi untuk dituang dalam pinggan, berapa banyak kuah nak diletak atas nasi.

adakah kita rasa geram? rasa macam nak potong q?
mintak dia supaya cepat sikit? atau merungut-rungut dalam hati?

aku percaya, kita pernah hadapi semua situasi itu.
hakikatnya, kita sendiri pernah begitu juga.
kita jugak pernah terlewat 4-5 saat di lampu trafik yg bertukar hijau, sebab leka berborak dengan rakan sebelah, sibuk bersms, leka mendengar radio.
apa agaknya yg dilakukan oleh orang di belakang?

kita jugak pernah hadapi situasi yg sama semasa berurusan di mesin atm atau mesin deposit. tiba-tiba je kita terlupa nombor pin. kita tercari-cari nombor akaun yg nak dipindahkan duit. teragak-agak nak tekan menu pada skrin. nak tengok dulu baki duit dalam akaun sebab tak pasti, gaji dah masuk ke. ataupun duit kita berkali-kali direject oleh mesin deposit. atau kadang-kadang henfon tiba-tiba berbunyi, mengganggu tumpuan. pernah bukan?

bila beratur nak pilih makanan pun, ianya pernah berlaku pada kita. lauk mana yg nak dikaut? berapa banyak? lauk mana yg nampak lebih sedap...ikan ke ayam. berapa banyak gulai atau kuah nak diceduk. bahagian mana ayam yg nak diambik, peha ke kepak atau dada. itu sebabkan kita jadi teragak-agak dan jadi lambat. apa agaknya reaksi orang di belakang kita yg menunggu giliran?

dengan kata lain. kita tak sempurna. jadi, kalau orang depan kita lambat buat reaksi atau pilihan 4-5 saat, maafkanlah mereka. anggaplah itu perkara biasa. dan yg lebih penting, kita pun pernah buat perkara yg sama.

- mc -

Mar 24, 2011

kepala aku, hari ni pening-pening lalat.
rasa nak demam pun ada. sakit kerongkong dan tekak gatal-gatal.
walaupun batuk taklah teruk sangat. buat masa ni masih boleh bertahan.
belum sampai tahap memerlukan ambik mc lagi...

cerita pasal mc teringat pulak peristiwa 2 tahun lepas.
aku demam, tak kebah-kebah hampir 4 hari.
bila pergi klinik, doktor kata demam biasa.
padahal dia tanya aje, "incik sakit apa?"
lepas tu letak termometer dlm mulut.
setakat demam biasa dapat satu hari mc. lepas tu takkan hari-hari nak ke klinik 'perbaharui' mc. walaupun doktor ada pesan suruh datang balik ke klinik kalau demam masih tak baik.

jadi, aku tabahkan hati & gagahkan kudrat yg ada untuk pergi kerja jugak.
walaupun tak 100 persen sihat. jadi tumpuan kerja pun tergaanggu & produktiviti pun terjejas...heh heh.
tapi memang betul lah, kalau badan dah tak sehat, buat kerja apa pun serba tak kena, serba tak menjadi.

jadi. pada hari ke-4 demam tu, aku sekali lagi ke klinik.
kali ini bukan klinik yg sama. pergi klinik lain, cuba doktor lain pulak.
doktor ni, tanya simptom. sebab masa tu H1Ni tengah 'popular'.
mujur aku takde simptom tu.
lepas tu dia tengok tangan aku. katanya ada ruam.
dia tengok 'bahagian' lain. dia syaki aku ada simptom denggi!
alamak...macam mana doktor & klinik yg sebelum ni tak boleh kesan.
katanya, tahap serius jugak ni. aku kena periksa darah, untuk mengesahkannya.

selepas darah diuji. memang sahlah aku kena demam denggi.
seminggu berikutnya, hari-hari aku kena diambil darah. untuk tengok tahap platelet.
selama seminggu jugak aku berulang alik ke klinik.
selama seminggu jugak aku mc.
perasaan risau tu usah, ceritalah. cuma aku cuba pelbagai ikhtiar lain seperti minum banyak air, minum 100 plus, minum sup ketam, minum air rebus daun (apa entah tak ingat, yang pahit nak mampus!). pendek kata, semua petua sedara bagi, kawan bagi, jiran bagi, aku telan aje.
iyalah sebab nak cepat sembuh. berapa kali jugak aku termuntah, tak usah ceritalah.
oleh sebab tu aku taklah sampai masuk wad. lagipun pada masa tu memang musim demam denggi, jadi mereka yg 'benar-benar' serius je yg dimasukkan ke wad hospital.
walaupun kepala aku dah sedikit biul, badan lemah & tak selera makan, tapi itu sebenarnya taklah tahap serius lagi sampai terlantar & kena dimasukkan air ke dalam badan. ataupun dimasukkan ke rawatan rapi untuk dipantau 24 jam.
sebab demam denggi ni tak da ubatnya yg khusus.
pakar perubatan belum lagi menemukannya.

berbalik pada badan yg tak berapa nak sihat ni.
carilah doktor & klinik yg boleh dipercayai.
balik kerja nanti, aku nak ke klinik.
taubat dah, aku tak pergi lagi ke klinik yg doktor kata aku demam biasa aje tu dulu, walhal aku kena denggi yg serius.
kalau aku terus pegang nasihatnya, nescaya aku takde dah hari ni, dan tulis blog pasal aku pening-pening lalat ni...

- result spm dah keluar! -

Mar 23, 2011

hari ni result spm diumumkan. aku tahu ramai yg berdebar-debar. ada yg konfiden, ada yg gabra. bukan saja yg tunggu result sejak 3 bulan dulu, tetapi jugak mak bapak dan cikgu-cikgu. ada yg tak tidur malam tadi. ada yg dah plan nak masuk U mana satu. ada yg tak kesah langsung, dah boleh agak result yg hancur. tak kurang jugak yg dah gatal sangat dah, dapat result je nak suruh keluarga pakwe masuk meminang...

sekali gus menghimbau kembali kenangan masa aku nak ambik result spm dulu. aku bukanlah daripada kalangan bebudak pandai yg cikgu sandarkan harapan untuk mengharumkan nama sekolah. aku jugak bulanlah daripada kalangan bebudak bangang yg dah gerenti bungkus & boleh mencemarkan rekod keputusan sekolah. aku duduk tengah-tengah. bukan golongan bijak pandai mahupun golongan bodoh tak boleh diajar.

keputusan trial aku, setakat cukup makan aje. itu pun lebih baik daripada ujian pertengahan tahun. bahkan keputusan terbaik yg pernah aku capai sejak dari form 4. guru kelas aku, cikgu kalthum - nama yg memang klasik - tulis dalam report card aku, yg kemudiannya aku sign sendiri, mencatatkan "graf pencapaian makin meningkat, masih ada masa untuk teruskan usaha anda...". kalau ikut graf, memang makin menaik. daripada 3 subjek yg dapat D kepada 3 C. daripada gred 3 kepada gred 2 yg hujung-hujung (sori geng, dulu punya result masih pakai gred...he he). tapi sepanjang seminggu sebelum exam sebenar, aku pulun study habis-habisan. bak kata orang, last minute study. untung sabut timbul....

pagi itu, sebelum pergi menoreh, arwah mak pesan supaya bangun awal daripada biasa. maklumlah dah dekat 3 bulan bangun subuh gajah, matahari dah terpacak. duit belanja, ada atas meja dekat tv, pesan arwah mak, lagi. nasi goreng ada bawah tudung saji. kopi kena buat sendirilah, sebab kalau bancuh awal, tak sedap dah sejuk.

pesan itu tinggal pesan. nasib baik kawan sekampungku, diman, datang rumah. kejutkan & ajak aku ke sekolah, ambik result. Diman nampak teruja. katanya, dia dah beli borang UPU. nanti boleh isi sama-sama. konfiden habis si diman tu.

sesampai di sekolah, dah ramai orang. selalunya result ambik kat ofis. tapi kali ni kat bilik guru. aku mula cuak bila tengok ada yg menangis. terutama bebudak perempuan. yg lelaki lebih relaks, tapi mata merah tetap tak dapat disembunyikan. ada yg berpeluk & melonjak kegirangan. memang aku kenal muka-muka pelajar terbaek. ada yg melangkah longlai dengan slip result yg dah keronyok. ada cikgu yg tersenyum bangga, bersalam dengan pelajarnya. ada yang muka merah dan sembab, mungkin sebab ramai pelajar dalam kelasnya, kantoi.

aku dengan diman beratur sama. aku tak letak harapan yg tinggi sebagaimana diman. tapi dalam hati, manalah tahu, kalau wolves boleh kalahkan man utd atau getafe boleh kalahkan barcelona, mungkin jugak aku boleh buat keputusan upset, tak tercapai akal. dalam fikiran yg serba berkecamuk, giliran kami sampai.

diman dapat gred 2. dia nampak kecewa. bergenang air matanya. aku pegang bahunya, menenangkan. alamak! kalau diman pun dapat gred 2 je, aku apa lagilah.
kemudian giliran aku pulak.

"tahniah..." kata cikgu berahim sambil menghulurkan slip result dengan senyuman macam orang nak mengorat awek.
aku tak terkata apa. aku tengok result. sekali, dua kali, tiga kali. sambil menggosok-gosok mata yg tak gatal. tak percaya langsung. longgar lutut aku.
hinggalah diman memeluk aku. menarik-narik rambut ku. dia jugak tak percaya. tapi memang benar dan nyata.
aku dapat gred 1 dengan 3A serta agregat yg sangat baik. huh...luar biasa, luar jangkaan (dulu kira terer lah, bukan mcm sekarang 10A berlambak...)

selepas bersalam-salam, bertanya khabar & bertukar-tukar result dengan kengkawan sekolah yg lain, aku & diman mengayuh basilkal pulang. aku ajak diman singgah dulu kedai mamak. aku belanja diman, rojak mee & teh ais.
diman bagitau mamak kedai & orang yg makan meja sebelah tu, yg aku dapat gred satu, bakal masuk U. diorang ucap tahniah. aku cuma mampu tersengih...

sebaik sampai ke rumah. arwah mak dah tunggu kat muka pintu. dah siap mandi dan tukar uniform menorehnya. aku tahu dia tetap meletakkan harapan yg tinggi, walaupun dia tahu, anaknya yang seorang ini taklah sepandai atau serajin mana. itulah dia sifat seorang ibu tetap mendoakan yg terbaik untuk anaknya.

"cam mano keputusan eh?" tanyanya pendek, loghat negorinya pekat. tapi dengan wajah penuh harapan yg tak terbendung.
aku serahkan slip padanya. tak berkata sepatah pun. buat saspen je. macam drama tv.
sebaik tengok result aku, arwah mak memelukku. aku dapat rasakan dakapan yg kuat dan erat.
aku dapat rasakan arwah mak menangis. sebak.
yg tak dijangka, tapi di dalam jangkauan.

hujung minggu itu, arwah abah jemput semua orang kampung. kami adakan kenduri kesyukuran.
hari result spm keluar ini - setiap detik kronologinya - akan ku kenang sampai bila-bila.

Mar 22, 2011


- bbq -

hujung tahun lepas, bila aku jengok peti surat (tembok surat?) depan rumah, ada sekeping nota. bertaip komputer. biasanya, di kawasan perumahan aku kalau ada hebahan yg nak disampaikan oleh persatuan penduduk, mereka akan letakkannya dalam peti surat. dulu-dulu mereka selit bawah pintu. entah masa bila diorang menyusup entah. mungkin tengah malam, gamaknya. tapi, bila mesyuarat persatuan ada yg menegur kerana kenapa tak dihantar terus kepada tuan rumah, dah sampai ke pintu, ketuk atau beri salam sajalah. kenapa pulak nak selit bawah pintu... betul jugak.

mereka tak mahu ganggu tuan rumah kot. ataupun ajk persatuan ni semuanya pemalu belaka. tapi, aku ni jenis tak kesah. apa juga cara yg dibuat, asalkan sampai makluman & maklumatnya. selit bawah pintu ke, surat layang ke (pernah jugak dulu masa sebelum pemilihan ajk...politik he he), sms ke. tapi ada yg jenis nak ikut protokol jugak. hantar cara rasmi, konon. padahal diri mereka sendiri tak berapa rajin nak datang mesyuarat atau aktiviti persatuan pun tak nampak muka. biasalah, yg cakap banyak ni, cakap tak serupa bikin. jenis yg senyap atau low profile jugak yg rajin buat kerja.

berbalik pada cerita nota dalam peti surat tadi. jemputan untuk hadir jamuan bbq. makan-makan. mengerat silaturahim (alasan standard paling kukuh...). tapi yg musykilnya, diadakan pada 31 disember, bersamaan malam tahun baru. tak pelah, nanti aku fikirkan, nak join ke tidak. bayaran untuk satu rumah rm30.

beberapa hari sebelum 'majlis bbq' yg bakal diadakan di padang permainan berprestij tu, Az selaku bendahari persatuan menghantar sms pada ku.

"x nk join bbq ke?"

menyedari yg aku belum 'mengesahkan' kehadiran atau membayar 'yuran penyertaan' lagi, aku pun membalas sms itu

"bbq ni apa tujuan. haram sambut new year tau..." aku balas sms. tujuanku sekadar berseloroh.

mungkin menyangkakan yg aku serius, Az (yg jugak merangkap setiausaha surau) tidak membalas sms tersebut.

hanya selepas beberapa hari kemudian. satu lagi nota aku temui dalam peti surat. memaklumkan bahawa majlis bbq itu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan (alasan standard kat mana-mana pun). akan dimaklumkan tarikh baru kemudian.

tidak lah aku pastikan pulak sebab sebenarnya. adakah sms yg aku hantar itu jugak diambil kira, entahlah.

petang semalam, aku dapat satu lagi nota. selepas lebih 3 bulan majlis bbq itu ditunda. ya, majlis bbq akan diadakan pada hujung bulan ini. tujuannya tak lain untuk 'mengeratkan silaturahim'. cara paling mudah ialah dgn acara makan-makan.

aku pun tak tahu kenapa tarikh kali ini dipilih. yg pastinya, ia bukan bertembung dengan tahun baru, meraikan 54 tahun merdeka, meraikan pilihan raya sarawak, merayakan kemenangan man utd ataupun munculnya video panas DSAI.
nota: aku tengok statistik tadi. rupa-rupanya ini entri aku yg ke 1,000

- mata hati -

pilihan yg bukan pilihan
bila berada dalam kalangan
orang yg berpoket tebal
orang yg bermuka tebal dengan otak bebal
orang besar yg kebal
orang yg banyak kabel

aku lebih senang memilih
untuk berada dalam kalangan
orang yg menerima & memberi
orang yg tak ada iri
orang yg hatinya berseri
orang yg seperti saudara sendiri

- berapa lama lagi? -

Mar 21, 2011

kelab bola sepak yg kaya raya spt real madrid, man utd, chelsea (dgn duit minyak abramovich) & baru-baru ni manchester city (milik pak arab) untuk kuatkan team mereka, akan beli pemain handalan. mereka sanggup beli pemain tersebut dengan harga paling tinggi di pasaran.

pemain termahal di dunia ialah ronaldo (real madrid) lebih 80 juta pound. baru-baru ni torres dibeli oleh chelsea dengan harga 50 juta pound. malah liverpool beli andy carrol yg taklah sehandal mana dengan harga 35 juta pound. kalau dah beli begitu mahal, tentunya mereka diharapkan memberi pulangan hasil pelaburan itu. kalau striker, mereka mestilah jaringkan banyak gol. kalau pertahanan, mereka mesti menjadikan pasukan mereka tak banyak bolos.

tujuan akhirnya ialah untuk menjadi juara dalam pertandingan. membolot trofi yg dipertandingkan. mencipta sejarah dan menjadi kelab yg tersohor serta dihormati di seluruh dunia. selain itu juga dapat menjana kewangan dengan jualan tiket dan penajaan. untuk jadi yang terbaik mereka perlu bersaing tambahan pula sekarang ini persaingan amat kompetetif. begitu jugak dengan pengurus pasukan bola. mereka dibayar gaji lumayan atas kepakaran & pengalaman. jika team mereka gagal, merekalah orang pertama yg akan dipecat. kecualilah anda sir alex ferguson yg boleh bertahan lebih 22 tahun. yg lain setakat 5 tahun tu pun dah kira cukup bagus...

begitu juga dengan sesebuah kompeni dalam bidang perniagaan. objektifnya untuk terus berkembang maju. untuk mengaut sebanyak mana keuntungan. untuk itu, mereka perlu bersaing dengan pesaing dalam industri yg juga dalam bidang atau produk yg sama. ada yang memajukan R & D utk meneroka produk atau teknologi baru. ada yg mengambil pekerja mahir atau terlatih. ada juga yg 'membeli' pekerja mahir dari kompeni pesaing mereka. tujuannya untuk jadi sebaik mungkin.

kalau mereka dah beli pekerja, sudah tentulah tawaran yg diberikan juga, lumayan. ganjaran berkali ganda, mungkin. tetapi akhirnya, hasil daripada 'pelaburan' mereka ke atas pekerja itu diharapkan berbaloi. jika tidak, buat apa bayar -mahal-mahal, mengabihkan bogheh yo...!

biasanya pengurusan tertinggi dibayar gaji paling lumayan dalam hierarki sesebuah kompeni. jika kompeni itu gagal mencapai matlamatnya (dlm kata lain, keuntungan) mereka inilah yg selalunya jadi kambing hitam. menjadi korban paling awal, dipecat atau diminta melepaskan jawatan. tetapi ada jugak yg seberapa lama yg boleh mahu terus bergayut di puncak itu. walaupun sedar keupayaan & prestasi mereka tak sepadan dengan pulangan usaha mereka. oleh itu, pelbagai helah atau madu yg cuba ditabur untuk terus kekal.

sedangkan dia sepatutnya sedar, orang bawahannya berusaha keras bekerja untuk menampung gajinya. mungkin gajinya sahaja boleh membayar 20 orang pekerja peringkat bawahan. kepada yg berkenaan, bawak-bawaklah bermuhasabah...

- Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur -


PBAKL atau KLIBF datang lagi.

buat kali yg ke-30.

memang inilah yg ditunggu-tunggu oleh peminat buku & pemain industri buku.

catatkan tarikh 22 apr -1 mei 2011 dalam diari atau mana-mana yg sesuai & mudah diingat.

- jammed, pasar malam dan orang singapore di CH -


aku jangkakan di bandar besar macam KL aje yg aku kena harungi jammed. tapi di cameron highlands pun berlaku jugak. itu yg aku alami semasa bercuti di sana tempoh hari. pada jangkaan aku, kemungkinan besar kerana jumlah kenderaan yg luar biasa mengunjungi cameron pada masa itu. iyalah, cuti sekolah dan cuti hujung minggu.

perjalanan dari pekan tanah rata untuk ke kea farm, yg terkenal itu, di berinchang yg jaraknya tak sampai 8km terpaksa mengambil masa 45 minit. pertamanya kerana pasar malam di pekan berinchang dan letak kereta yg semberono di kea farm termasuk bas pelancong, menambahkan kesesakan luar biasa itu.

mujur juga, perancangan kami ialah sebelum daftar masuk ke hotel, kami 'mengembara' dulu ke cactus point, kemudian ke kea farm & strawberry park, seblum ke raju's farm yg semuanya terletak di berinchang. kemudian barulah berpatah balik ke hotel di century pines di pekan tanah rata. tinggal berhampiran pekan memudahkan untuk mendapatkan bekalan makanan selain akses internet.

sebelah malamnya, dalam hujan, kami redah ke pasar malam pekan berinchang yg terkenal itu. sudah tentu sayur segar & makanan segar membuka selera. terutama ketam & udang bakarnya yg menjadi buah mulut ramai orang jadi sasaran. sedikit aneh, kerana majoriti peniaga pasar malam ialah orang melayu berbanding pengusaha kedai yg majoritinya orang cina.

turut tinggal di hotel yg sama dengan kami ialah sekumpulan pelancong singapura yg datang untuk satu majlis. menurut pekerja hotel, pada hari itu hotel itu, full house, hingga mereka yg daftar masuk tanpa tempahan awal terpaksa ditolak.

selepas maghrib, sebelum kami bertolak untuk ke pasar malam, sempat jugaklah bergambar sekitar hotel penginapan. memang ramai jugak yg bergambar kenangan di situ kerana landskap & persekitaran yg menarik. pokok pine & seni bina bangunan ala Inggeris, memang sesuai menjadi latar belakang bagai berada di luar negara!

sedang sibuk bergambar, aku didatangi oleh seorang yg tak dikenali. "are you one of us?" tanyanya yg memakai tag. aku jangka salah seorang anggota konvoi dari singapura itu.
"pardon me.." aku tak berapa jelas.
"you are also from singapore, right?" tanyanya lagi.
"oh no, i'm from KL...". terang ku.
"oh sorry, i thought you're a singaporean..." jelasnya.
aik...macam mana dia boleh fikir macam tu. muka aku? gaya aku? pakaian aku?
atau sekadar sebab menginap di hotel yg sama?
ingat aku tak mampu ke...he he

esoknya, kami sambung lagi. kali ini ke rose valley, boh tea farm & bharrat tea farm. dalam perjalanan balik, singgah pulak di lata iskandar.

- antara penyapu lidi dengan lidi penyapu -

Mar 20, 2011

"kita perlu bekerja sebagai sebuah pasukan" aku masih teringat kata-kata pakar motivasi dalam satu kursus team building yg pernah aku ikuti dulu. malah aku didaftarkan oleh kompeni tempat kerja aku. tujuannya tentulah bila pulang nanti, aku akan mempraktikkannya. tapi macam mana pulak aku nak laksanankannya kalau aku hanyalah sebagai individu. sepatutnya semua staf kompeni dihantar sama, barulah lebih berkesan.

dalam team bola sepak pun, kekuatannya adalah bergantung pada kekuatan keseluruhan pasukan bukannya individu aje. kalau messi atau ronaldo sekalipun, mereka masih bergantung pada rakan-rakan sepasukan untuk menjaringkan gol.

kalau kita merancang mengadakan sebuah majlis dengan menjemput tetamu yg ramai sudah tentu tidak mampu diuruskan oleh seorang dua saja. bayangkan sebuah majlis perkahwinan misalnya. siapa yg perlu uruskan hal jemputan. siapa pula yg uruskan hal kenduri atau jamuan untuk jemputan. kalau dikendalikan oleh katering sekalipun siapa perlu menempahnya, hal khemah, menu dan sebagainya. siapa pula yg uruskan hal pengantin. semua perlu bekerjasama sebagai satu pasukan. tugasan perlu diagih-agihkan.

kalau dalam kompeni, pihak pengurusan saja yang merancang tetapi dilaksanakan oleh staf mereka. kalau staf mereka tak melaksanakan apa yg dirancang, sudah tentulah perancangan yg diatur itu gagal. malah mungkin mengalami kerugian.

itu dalam skala yg besar. macam mana pulak dlm skala kecik. kalau setiap orang dibahagikan tugasan & tugasan itu pulak saling berkait atau satu rantaian kerja, sudah tentu kerja tergendala bila ada pekerja yg tidak menyiapkan tugasannya atau tugas yg patut siap mengikut jadual menjadi tertangguh atau tergendala. kalau sekali dua mungkin boleh dimaafkan tetapi kalau sudah berkali-kali dan berkali kali jugak diingatkan tentunya ia akan menimbulkan masalah yg lebih rumit. rakan sekerja yg lain pun akan mula berasa tak puas hati. kalau masih tak berubah sikap, sampai bila-bila pun masalah akan terus berlaku. pada masa depan mungkin akan timbul konflik kalau takde sebarang tindakan daripada pihak atasan.

lidi hanya boleh dijadikan penyapu bila banyak. sebatang lidi saja, tak boleh dijadikan penyapu.

- champions league quarter finals draw -

Mar 18, 2011


tadi sempat tengok undian utk UCL secara live. yg cabut undi ialah legenda bola england, gary lineker.
keputusan undiannya ialah:
real madrid vs spurs
chelsea vs man utd
barcelona vs shakhtar donetsk
inter milan vs schalke 04
ok. sbg seorang yg optimis & penyokong tegar, final kali ini adalah antara man utd vs barcelona/real madrid.

- rahsia seluar jeans -

Mar 17, 2011

pakaian feveret aku ialah jeans & t-shirt. sejak dulu hingga sekarang. kata orang kalau pakai jeans boleh tampak lebih muda. mungkin jugaklah...
mujur juga di ofis tak boleh pakai sebegitu.
aku ada banyak pasang jeans & koleksi t-shirt. biasanya jeans biru & hitam jadi pilihan.
aku taklah taasub pada satu-satu jenama jeans, janji selesa. biarlah mahal sikit asal selesa & tahan lama.

dulu-dulu masa takde mesin basuh, rasa berat nak cuci jeans. masih ingat lagi, bila nak basuh seluar jeans, arwah mak akan merungut, 'kenapalah beli seluar keras ni, payah nak basuh. apalagi nak bilas...'. memang betul. lagi satu, payah nak kering kalau musim hujan.

sebenarnya ada rahsia untuk pemakai jeans ni.
1. tahan lasak. tak mudah koyak, misalnya.
2. tahan lama. seluar jeans yg aku beli 5 tahun dulu masih boleh dipakai.
3. tak payah kerap dicuci. orang tak tahu pun kalau jeans tu tak dibasuh seminggu. jadi kalau direndam dalam kolam, ikan akan mati macam kena racun...

dulu ada trend kejap, pakai jeans yg koyak dilutut. nak tahu, jeans jenis itu sebenarnya mahal. jadi, ada yg sengaja mengguntingnya supaya koyak, rugged konon. orangnya termasuklah aku.

ada jugak fesyen jeans lusuh, atau digelar stone washed. maksudnya, walaupun jeans itu baru, tetapi kelihatan sudah lusuh atau seasoned. jeans jenis ini pun harganya mahal jugak. jadi ada pemakainya yg tak berapa mampu tapi mahu bergaya (termasuk jugak aku) akan merendam jeans ini lama-lama dan memberusnya dengan berus dawai supaya kelihatan lusuh. atau direndam dengan bahan peluntur. begitulah bersusah payahnya supaya kelihatan mengikut fesyen dan trend semasa. kreatif jugak jadinya.

ada jenis jeans yg dipanggil slim fit. maknanya jeans yg ketat. ini sesuai utk yg berbadan kurus atau berkaki panjang. punyalah susah nak memakainya apa lagi bila nak menanggalkannya. masa sekarang orang perempuan pun pakai jeans jenis ni tapi dipanggil legged jeans. aku tak dapat bayangkan macam mana sukarnya mereka nak tanggalkan jeans bila nak buang air!

selain tu ada jugak jeans jenis gedobos, khas untuk yg bertubuh besar. atau orang yg tak berapa selesa dengan jeans ketat, mereka lebih senang memakai jeans jenis ini. dewasa ni ada jugak jenis jeans yg tak berpinggang atau waist line jeans. tapi jenis ni banyak dipakai oleh orang perempuan terutama gadis muda. ianya kelihatan agak seksi, kadang-kadang boleh nampak bahagian yg tak sepatutnya seperti pusat atau bila mereka duduk atau membongkok akan nampaklah lagi benda censored yg lain. mereka tahu jeans jenis tu akan menampakkannya begitu, tetapi sengaja jugak memakainya. untuk tarik perhatian, mungkin. tapi, yg tak sedapnya, jeans ini jugak dipakai oleh gadis yg bertudung...! mungkin mereka jugak malas nak membasuh seluar, macam aku & orang bujang yg lain.

hakikatnya, jeans adalah fesyen sepanjang zaman.

- berlibur ke cameron highlands -

Mar 16, 2011




pulang dari cameron highlands.
kereta penuh bunga.
hati pun berbunga-bunga...

- kempen pasang lampu -

Mar 15, 2011

entah kenapa aku tiba-tiba terjaga tengah malam buta. mungkin sebab tidur awal daripada biasa. sebab agak sibuk di ofis sebelah siangnya. iyalah, memang kerja banyak. lagipun nak kena siapkan sebelum aku bercuti. memang sikap aku, kalau nak pergi bercuti, nak siapkan kerja lebih awal. tak nak nanti bila balik cuti, kerja berlonggok atas meja.

aku cuba pejamkan mata semula. berpusing ke kanan & ke kiri.
tak boleh lena jugak. dalam gelap, aku jengok jam. 3:45 pagi. dalam masa sama, aku terdengar deru enjin kenderaan berhenti. dekat dengan rumah aku. ah! mungkin jiran sebelah-menyebelah agaknya. aku menyedapkan hati. enjin kenderaan masih belum dimatikan buat beberapa minit. aku mula tak sedap hati. aku bangun. mengintai dari celah langsir tingkap yg ku selak.

ada sebuah kereta 4wd. yang pasti, bukan kereta jiran terdekat atau biasa aku nampak di kawasan kejiranan ini. aku mula syak sesuatu. sesuatu yg tidak baik. lalu aku buka lampu. ambil lampu suluh yg memang aku letak di meja sisi bilik tidur. melangkah perlahan menuju pintu. nak pastikan apa yg dibuat oleh empunya kenderaan yg mencurigakan itu.

sebaik aku buka pintu, kedengaran langkahan kaki tergesa-gesa melarikan diri. aku amati, datangnya dari rumah bersebelahan. dalam samar malam, kelihatan dua lembaga bersusuk tubuh besar menuju ke kenderaan yg menanti. lampu depan rumah aku yg terang benderang menjadi halangan. sedangkan jiran sebelah yg memang tabiat mereka tidak memasang lampu depan, mengundang tetamu yg tak diundang. mereka memecut laju sebaik aku, buka jeriji pintu.

esoknya, aku ceritakan pengalaman malam itu kepada jiran sebelah rumah. sejak hari itu, dia tidak pernah lupa memasang lampu depan rumahnya, sebaik menjelang maghrib.

dulu memang ada kempen pasang lampu depan rumah di kawasan kejiranan kami. selain untuk tujuan keselamatan & suasana meriah, semangat perpaduan di kalangan jiran tetangga dapat dipupuk. tetapi malangnya, tidak semua rumah di sini menyahut seruan kempen. malah ada yg meminta persatuan penduduk bayarkan bil letrik mereka. kalau bil astro boleh bayar takkan bil lektrik yg ciput pun kedekut. dan lampu yg cantik berkerawang atau mahal boleh dibeli kenapa tidak dipasang, bukankah fungsi lampu untuk menerangkan suasana gelap? sikap lewa & tak acuh sebenarnya. lagipun belum terkena...

- cuti sekolah datang lagi... -

Mar 11, 2011

cuti sekolah datang lagi. serentak dengan itu, tuntutan anak-anak yg bercuti perlu dipenuhi.

dulu cuti aku khusus diatur untuk aku pergi ke destinasi pilihan untuk melancong, bersiar-siar atau sekadar untuk pergi ke tempat orang. kadang-kadang memang ada cuti yg sengaja diambil semata-mata kerana 'bosan' dengan rutin kerja harian. atau cuti terpaksa untuk membereskan hal tertentu. sekarang prioriti cuti aku sudah bertukar. lebih kpd cuti keluarga atau hari keluarga. aku lebih 'kedekut' mengambil cuti yg tak perlu. kebanyakan cuti aku perlu diambil pada musim cuti sekolah. habis, kalau aku saja yg bercuti sedangkan anak aku ke sekolah, takkan nak dibiarkan mereka terkontang-kanting.

tempat kita cuti, tak semestinya ke tempat mewah atau mahal. lain orang lain pilihannya. ada yg suka ke tempat sunyi, jauh daripada kota. kalau duit lebih sikit pergi seberang laut, luar negara. ada yang suka melancong ke kepulauan, ada setengah tu dapat duduk tepi pantai pun dah okey. ada yang minat ke tempat peranginan tanah tinggi. ada jugak yg suka ke taman tema, boleh main air. sekarang ni trend menginap di homestay, maklumlah dah muak duduk di bandar atau nak merasa kembali suasana kampung masa kecik-kecik dulu. kampung sekarang pun dah moden. ada pulak yg suka berkhemah, ke hutan negara atau berkelah di tepi air terjun pun, mengujakan jugak.

jadi, cuti sepanjang tahun lepas kami sudah ke langkawi. lepas tu ke taman tema di genting highlands. kemudian ke tepi pantai, di PD. hujung tahun ke gambang resort, bermandi-manda & main air. cuti kali ini ke kawasan tanah tinggi sikit, yang sejuk sikit, yg jauh sikit dari keriuhan bandar...cameron highlands la pulak. dulu pernah pergi, tapi masa tu mereka masih kecik & tak ingat pun. takpalah nanti bolehlah tengok kebun teh, strawberi, taman rama-rama & merasakan kesejukan yg sudah tak berapa sejuk cuaca di kawasan tanah tinggi.

- penganjur yang hancur -

Mar 10, 2011

hari ni aku setelkan hal gerai untuk jualan buku. pesta buku antarabangsa yg diadakan saban tahun. buat kali ke-30 kalau tak silap.
ianya akan diadakan bermula pada 22 april nanti.
jadi selepas mengesahkan no. gerai, aku pun nak semak di laman web. seperti yg pegawai teknikal yg menguruskan hal gerai tu bagitau.

aku pun semak kualalumpurbookfair.com. aku taip pada carian google.
nah, berderet-deret keluar.
tapi bila bukak, satu persatu. semua link tak boleh pakai.
cari punya cari...baru aku tahu puncanya.
domain servernya dah luput tempoh.
tak diperbaharui...
malah ada satu twitter yg dihantar oleh peminat buku yg dengan sinisnya memperli penganjur pesta buku ini.

kemudian aku pun cuba mencari laman web penganjur utamanya. manalah tau, boleh dapat link dari sana. tapi apa yg aku dapat?
laman web rasmi penganjur sendiri tidak dikemas kini.
yg ada ialah aktiviti & berita pesta buku yg sama, dianjurkan tahun lepas!

apa sudah jadi ni wey....selekehnya kerja engkorang!

- usah dicemar jiwa murni kanak-kanak -


- kerje selekeh, orang perlekeh -

Mar 9, 2011

walaupun tidak patut berlaku tetapi sudah dianggap lumrah, berlaku kelewatan penerbangan.
satu dua jam mungkin dah dianggap biasa.
mungkin kerosakan teknikal. atau masalah pada kapal terbang. ataupun cuaca buruk.
mungkin jugak sebab pilot sakit perut nak terkucil, atau lambat bangun tidur.
tapi kalau 2 hari...mahunya timbul tanda tanya.
rasa amarah pun pastinya, meluap-luap.

mak mentua aku sepatutnya berlepas mengerjakan umrah, pagi semalam.
dijadualkan menaiki pesawat jam 9:00 pagi bersama keluarga abg iparku.
tapi apa yg berlaku, agensi yg menguruskan rombongan umrah tersebut sudah buat lawak bodoh.
nama mak mentua aku dimasukkan dlm senarai menaiki pesawat yg sudah berlepas malam sebelumnya. nama dia seorang saja 'tersangkut' di situ.
jadi keluarga abg iparku takkan nak pergi umrah dgn meninggalkan orang tua tu pulak.
kemudian, agensi tersebut menjanjikan penerbangan seterusnya pada jam 2:00 pagi berikutnya.
maka setelah dijanjikan dan sesudah melepaskan amarah kepada wakil yg daripada agensi yg menguruskan pakej umrah tersebut, mereka sekeluarga pun pulang ke hotel berhampiran lapangan terbang klia.
ya, takkan nak balik rumah pulak, sebab segala persiapan dah disiapkan.

malam tadi kira-kira jam 9:00, panggilan dari agensi diterima. wakil agensi akan datang ke hotel untuk 'berbincang'. masa tu aku ada di sana, 'melawat' mereka di hotel penginapan.
kami semua dapat merasakan ada sesuatu yg tak kena.
kemungkinan, penerbangan jam 2:00 am nanti juga akan terkandas.

jangkaan kami tepat. selepas berbincang dengan panjang lebar & panas, wakil agensi mengakui kesilapan mereka. sedia menanggung segala perbelanjaan penginapan. penerbangan jam 2:00 am tidak akan berlaku.
abg ipar aku dijanjikan masa penerbangan yg baru.
jam 3:00 pm hari berikutnya (hari ini).
dengan amaran keras abg ipar aku, ini sebagai masa penerbangan lewat yg terakhir. sekiranya gagal dilaksanakan juga, tindakan saman akan dikenakan.
dan kos berganda akan dituntut sebagai pampasan atau ganti rugi.
bukan saja ganti rugi wang, tapi tenaga, masa dan cuti yg sudah diambil.

agensi ini sudah lama beroperasi. sudah berpengalaman luas. sudah established.
hal sebegini, pastinya menjejaskan imej mereka.
ramai yg akan hilang kepercayaan, jika kejadian ini tersebar. atau mungkin memang sudah ada kes yg ditutup rapi.
sejam dua bolehlah diterima. kalau 2 hari...apa kejadahnya?
lagipun ini berkait dengan soal ibadah, mana boleh buat perleceh...

- mari belajar statistik -


match stats

Shots on goal
team B 20 (12)
team A 0 (0)
Fouls
team B 8
team A 19
Corner kicks
team B 6
team A 2
Time of possession
team B 76%
team A 24%
Saves
team B 0
team A 9
Yellow cards
team B 0
team A 4
Red card
team B 0
team A 1

source: http://soccernet.espn.go/

summary: team B ran out clear & deserved winners. in truth, team A were nowhere near their mesmeric opponents.

- kitaran hidup -

Mar 8, 2011

dulu masa baru beli, kalau boleh setiap hari kita basuh.
pantang kotor sikit kita bersihkan.
masa nak masuk pun, kita pastikan kasut kita bersih.
kalau kurang wangi, kita sembur dgn pewangi.
kita tambah aksesori bagi tambah menawan.
tukar rim, pasang spoiler, skirting, viser...
takpelah habis duit sikit. asal sedap mata memandang.
bukan senang nak dapat. terpaksa bayar ansuran setiap bulan.
hantar servis, tepat ikut masa, ikut mileage.
tapi, bila dah lama sikit, kita mula abaikan dia.
basuh sebulan sekali pun payah.
sampai kepam kusyennya, sampai berhabuk dashboardnya, sampai pudar warna catnya.
dia pun mula merajuk & meragam. banyak alat ganti kena tukar.
bateri dah kong, tayar jadi botak, wiper berbunyi, air cond tak sejuk, enjin mula mengaum...
kena tukar belt, kena ganti drive shaft, absorber, gasket....
makin banyak duit keluar, tak tahan dengan kerenahnya...duit pun ada lebih sikit.
ada model baru lebih menarik.
jadi kita beli yg baru, gantikan yg lama.
tapi nostalgia yg lama akan tetap kekal.
dialah yg kita angkut ke sana ke mari. setia menjalankan tugasnya.
berhujan, berpanas. dilenjan laju-laju. kadang-kadang beratus kilometer tanpa henti.

ya....aku menulis pasal kereta.

yang baru pun, kita puja. kita tatang.
kita basuh hari-hari.
bila ada calar sikit, kita rasa macam nak menangis...sakit hati.
tapi, bila dah lama sikit, senario yg aku lukiskan di atas akan berulang.
ibarat satu kitaran.....

- ceringkas -

aku belajar sesuatu yg baru pagi ini.
bukan bermakna hari lain aku tak belajar yg baru.
tapi kali ini lebih bermakna, pepatah moden dalam bahasa sepanyol (spanish?)

Fumar es malo, pero ser del liverpool es peor

nak tahu maknanya, carilah kamus atau google saja...ha ha

nota: ceringkas = cerita ringkas

- resensi . . . 25 -

Mar 7, 2011

judul: Hukuman Bunuh Pengedar Dadah: Mengikut Siasah Syari'yyah
pengarang: wan norhasniah wan husin & shukeri mohamad
terbitan: penerbit universiti malaya/2011
hlm: 120

kandungan
buku ini bertujuan untuk menganalisis ketepatan hukuman bunuh ke atas pengedar dadah berasaskan siasah syari'yyah. tinjauan secara kritikal dilakukan mengenai perkara yg berkaitan dgn siasah syari'yyah spt definisi, matlamat dan kaedah. ini termasuk konsep hukuman bunuh dalam kesalahan takzir. untuk menilai kesan bahaya dadah serta aktiviti berkaitan dengannya dan data berkaitan dipaparkan. berpandukan kajian ini hukuman bunuh atau gantung sampai mati adalah bertepatan dengan siasah syari'yyah. ini berdasarkan kesan jenayah berkenaan adalah terlalu berbahaya , bukan sahaja membunuh penagih tetapi turut menggugat ketenteraman dan keselamatan masyarakat. akibat daripada jenayah pengedaran dadah, orang ramai berada dalam ketakutan dan tidak tenterama ekoran timbul daripadanya kes pembunuhan, rompakan, pelacuran, pecah amanah, pecah rumah & sebagainya. memandangkan tujuan pelaksanaan siasah syari'yyah itu adalah untuk mendatangkan kebaikan kebaikan kepada masyarakat dan mencegah segala bentuk kerosakan maka didapati hukuman berkenaan memenuhi konsep, matlamat dan kaedah siasah syari'yyah.

- satu laluan, banyak jalan -

malu bertanya, sesat jalan. kata pepatah lama.
tapi kalau nak bertanya pun biarlah pada yg tahu.
penduduk setempat. polis. pekerja tol.
kalau bertanya kepada yg tak tahu, makin jauh sesatnya!
atau dalam zaman sekarang, silap-silap kita ditipu pulak.
jadi, sebelum pergi ke satu-satu tempat, kalau tak tahu jalannya, tanyalah kepada yg tahu.
kawan-kawan atau mereka yg tinggal berhampiran, atau yg pernah sampai ke situ.
atau dengan zaman teknologi sekarang, gunalah gps.
paling tidak pun layarilah peta google.
henfon yg canggih pun dah ada peta atau gps.

tapi sebenarnya, itu taklah sempurna.
ianya bersifat membantu.
bukannya bergantung bulat-bulat pada gajet sebegitu.
ya, memang kita akan sampai ke tempat yg dituju, tapi mungkin mengikut laluan yg agak jauh.
ataupun, beberapa kali perlu membuat u-turn.
tak kisahlah, asalkan sampai.
susah jadinya, bila nak ke cyberjaya perlu berpusing-pusing di putrajaya.
berserabut jadinya, bila nk ke bkt ibam, sampai saja di muadzam shah, arah jalannya terputus.
atau asyik kena buat u-turn dlm kawasan perumahan, kerana banyak simpang siur & tanda jalannya, tak seperti dalam gajet yg simplified.

selain gps atau google map itu perlu dikemas kini, kita juga perlu mengemas kini pengetahuan.
kalau hari-hari melalui jalan yg sama, bila jalan ditutup, kita dah mati akal.
tak tahu jalan alternatif.
sesekali cubalah, laluan yg berbeza. kecualilah takde jalan lain dah, yg itu-itu saja.
atau jalan yg itu saja untuk mengelak tol.
atau itulah jalan paling dekat, paling jimat minyak.
tapi apa jadi, bila masa depan jalan itu juga dikenakan tol?
atau jalan tu ditutup kerana ada pembinaan terowong, misalnya?

- Siri bercakap dengan erin 3 -

Mar 4, 2011

sebaik aku balik dari kerja selasa lepas, erin mendapatkan aku. wajahnya gembira.
"papa, hari jumaat ustazah kata tak payah bawak beg. pakai baju biasa..."
"nape pulak? ada apa?" tanya ku semula.
"entah..." erin jawab selamba.
"nanti cakap kat mama, ye..." aku malas nak tanya lebih-lebih.

dua hari berlalu.
malam tadi, mama erin gosok baju. sebab nak dipakai pada jumaat spt yg dibagitau oleh erin.
"besok ade ape ril..." tanyaku pada eril.
"ntah...sekolah petang takde pun..." balas eril.
maknanya hanya melibatkan sesi pagi yg dihadiri erin. aku sms jiranku, bob, yg anaknya sebaya dgn erin. rupanya esok ada sambutan maulidur rasul di sekolah.
ada berarak ramai-ramai. patutlah 2-3 hari ni aku ada tengok erin baca sekeping kertas yg tertulis salawat nabi. sibuk dia menghafalnya.

"ni mama dah gosok baju. erin nak pakai tudung mana?" tanya mamanya sebaik siap menggosok baju.
"nape mama gosok baju raya (baju kurung). ustazah cakap pakai baju biasa..." erin sedikit heran & mahukan kepastian.
"memangla...esok ada maulidur rasul. lagipun sekolah agama. kenala pakai baju kurung..." mama erin cuba jelaskan.
"orang nak pakai baju biasa. (maksudnya baju santai/tak formal). baju kurung pulak mama suruh..." erin merungut.
"laaaa...takkanlah nak pakai jeans dgn t-shirt..." mama erin mula pening.
"kalau camtu pakai baju sekolah je la..." erin menarik muka masam & merajuk.

~ promosi... ~


~ tak percaya ke? ~

kadang-kadang sesetengah orang sukar utk percaya orang lain. mungkin ada sebab di sebaliknya, pernah kena tipu atau dibohongi sebelum ini, misalnya. mungkin juga pengalaman kenalan terdekat atau kawan-kawan menyebabkannya sukar untuk percaya akan orang lain. ataupun masa kecik dulu emak abah dah pesan jangan cepat percaya pada orang lain terutama yg tak dikenali.

tapi, ini bukan soal percaya atau tidak. terutama kalau kesilapan itu datang daripada kita sendiri.
pernahkah kita tersalah dail nombor telefon?
pernahkah kita tersalah jalan untuk ke sebuah tempat walaupun pernah mengunjunginya?
pernah juga kita tersalah di tempat letak kereta, letak di tingkat lain, cari di tempat lain?
pernah bukan.
bila berlaku kesilapan kita perlulah perbetulkannya. kalau melibatkan orang lain, kita perlu mohon maaf.

panjang pulak mukadimah ni. sebenarnya, nak cerita hal malam tadi.
kira-kira jam 11:50 malam tadi, aku dah pun masuk tidur.
terdengar bunyi sms. bingkas aku bangun.
biasanya kalau tengah malam begitu, pastinya ada hal penting atau kecemasan.
lainlah kalau sedang menunggu panggilan si buah hati. kalau si buah hati sudah ada di depan mata...ape hal?
arrrghh. sms daripada yg tak dikenali. smsnya pun macam orang tengah meng'ayat'.
tersalah sms la tu.
aku pun sambung tidur.

tak lama kemudian, panggilan masuk pulak kedengaran.
dalam gelap, aku tengok panggilan datangnya daripada nombor yg sama menghantar sms tadi.

"helooo...keyrol ye..? kenapa tak balas sms?" main redah saja minah di hujung telefon tu.
"keyrol mana plak ni. wrong number la..." jawab aku.
"alaaa...wat tk kenal plak. ini fatin la. sampai ati awak..." . kes berat ni.
"wrong number la. ni bukan keyrol..." jelas aku. malas nak lebih-lebih.
"sombong yek. sms tk balas. ym tak bukak. fb tak online...kite ada wat salah ke...?" si 'fatin' terus merengek.
"awak ni faham tak salah nombor. kalau tak pecaya cakap dengan bini aku...tengah malam buta kacau orang tido!" aku dah malas nak melayan kerenah fatin yg tak percaya orang ni. takkanlah suara aku sama dengan suara keyrol.
mendengar ayat akhir dpd aku, terus saja dia memutuskan talian.

ini pun masalah jugak, susah nak percaya cakap orang la ni...!

~ atas alasan kebebasan ~

Mar 3, 2011


~ nilai sebuah buku ~

kita selalu cakap pasal harga buku.
ada sesetengah orang sangat berkira pasal harga buku. kalau mahal, mereka tak beli.
ada sesetengah yg lain akan tetap beli buku, walaupun harganya mahal.
harga buku juga banyak bergantung pada faktor lain spt penulisnya, bidang penulisan atau tebal nipisnya.
ada orang yg memperlekeh atau mengkritik buku yg dihasilkan. ada setengah pula memberi pujian. ada buku yg 'baik' ada yg sekadar picisan & tidak berharga langsung.
bagaimana pulak akan 'nilai' sebuah buku?

nilai sesebuah buku, berbeza-beza mengikut siapa yg menilainya. sama ada pembeli, pembaca, editor, penerbit, pengulas buku, dan penjual.
bagaimana pula dengan nilai buku, dari sudut pandang penulisnya?

pagi tadi, aku menerima panggilan dpd seorang penulis.
dia menghantar manuskripnya utk terbitan, beberapa bulan dulu.
mengikut prosedur, setiap manuskrip perlu melalui proses penilaian.
semasa menerima panggilannya, kebetulan aku baru saja menerima laporan penilai pakar beberapa hari lalu. dan laporannya, positif.
maknanya, manuskrip yg dihantar itu, didapati seseuai untuk diterbitkan.

spt biasa kami bertanya khabar & berbual ringkas.
sebaik aku menyampaikan berita gembira itu, suara penulis di hujung telefon tiba-tiba bertukar menjadi sebak. beberapa kali dia mengucapkan syukur & terima kasih kepadaku.
katanya, ini adalah hasil penulisannya yg pertama diterima untuk penerbitan.
perkara ini sangat bermakna padanya. segala jerit perih, pengorbanan masa & tenaga fikir menghasilkan tulisan akhirnya membuahkan hasil.
walaupun baru di peringkat awal & bukunya belum pun diterbitkan dalam erti kata sebenar, ianya merupakan berita yg ditunggu-tunggu & sangat dihargainya.

aku kira, itulah 'nilai' sebuah buku bagi seorang penulis.
sangat besar erti & nilainya.

~ ramai mandur daripada kuli... ~

Mar 2, 2011


~ sindrom menyalahkan orang lain ~

sepatutnya tak boleh saman ekor. takde etika. kalau orang salah kena bagitau lah. bukannya ambik gambar curi-curi lepas tu saman. bila kena saman pun kita tak tahu. takde orang yg bagi tahu. tak bolehlah macam ni. tak adil betul.
lagipun takde masa nak bayar saman ni. sibuk dengan kerja la. nak pergi balai atau pejabat pos masa bila? polis ni takde keje lain ke, nak saman orang. kerajaan takde duit kot...
++
saman ekor tu bukannya baru dilaksanakan, dah lama dah. semua orang dah tau. lagipun kalau kena saman secara berdepan, ade ke nak bayar? tak jugakkan.
takde orang bagi tau? kejahilan bukanlah alasan. ada banyak sumber boleh disemak. kalau boleh tengok fb hari-hari, tengok laman porno kat internet boleh, takkan semak saman tak sempat. sms pun boleh, jadi apa ke jadahnya pakai henfon canggih.
kalau orang lain boleh bayar kenapa kita tidak. takde masa kena carilah masa. sibuk sangat lah.
asasnya, kalau dah buat salah, langgar peraturan lalu lintas, pandu langgar had laju...tanggunglah akibatnya dalam bentuk saman. masa bawak laju tak ingat, sedapnya pecut. kereta kitalah yg paling laju & hebat, mencucuk kereta di depan, suluh lampu kalau tak ke tepi. bila kena saman...salahkan orang lain. mengikut statistik lebih 70% saman adalah kerana memandu melebihi had laju dibenarkan.
polis salah, kerajaan salah, pendeknya semua orang salah...kecuali dia.
dah bagi diskaun pun masih merungut, kena blacklist nanti...salah orang lain jugak.
++++++

aku nak berubah, nak lebih mendekati agama. anak-anak aku semakin hanyut. di sekolah, subjek geografi...cikgunya tak ajar siapa pencipta alam ini, buku teks pun tak tulis. dulu, aku lebih mementingkan dunia sebab terikut dengan kawan-kawan dan dunia materialistik.
++
eloklah kalau nak berubah. berubah atas keikhlasan hati. tak perlulah beri alasan itu & ini untuk menjustifikasikan hijrah ke arah yg lebih baik. kalau orang tanya, jawab saja saya dah insaf & nak berubah. kenapa salahkan cikgu di sekolah jika anak-anak hanyut dengan duniawi. apa fungsi kita sebagai mak bapak. kenapa salahkan subjek geografi kalau tak tulis siapa pencipta alam ini. apa perlunya menyalahkan buku teks. bukankah di sekolah juga ada diajar subjek agama. semua anak orang lain juga bersekolah, tapi anak-anak mereka tahu siapa pencipta alam ini walaupun tak ditulis dalam buku teks geografi. adakah kalau anak-anak kita tak pandai, kita anggap anak orang lain juga bodoh? terpengaruh dengan kawan-kawan maknanya menyalahkan kawan-kawan. tidakkah kawan-kawan kita akan kecil hati, jahat sangatkah mereka hingga terpesong dari ajaran agama? dunia memang sifatnya materialistik, terpulanglah kepada akal untuk memanfaatkannya. kalau tenggelam dalam dunia materialistik, puncanya kelemahan diri, kurang iman & amal.
berhentilah daripada menyalahkan orang lain!

~ kita tidak melalui hari yg sama... ~

Mar 1, 2011

seorang kawan yg juga peminat bola tegar menyimpulkan beberapa persoalan yg sukar dijawabnya sendiri.
kenapa arsenal boleh kalah dgn birmingham dlm final.
macam mana barcelona boleh kalah dgn arsenal tetapi boleh belasah real madrid.
apasal liverpool boleh pukul chelsea tapi kalah dgn blackpool.
sekuat-kuat man utd dikucingkan oleh wolves...ooops.

aku hanya senyum. bukankah bola itu bulat.
memanglah pasukan yg kuat selalunya akan menang, tetapi ada jugak sesekali kalah.
kalau menang sepanjang masa, tak menariklah utk ditengok. dah tau keputusannya.
minggu ini pemain dalam team tu tak berapa nak perform, sebab ada yg sakit perut, masalah peribadi dengan bini, hutang kereta terlupa nak bayar, letrik kat rumah kena potong...menggangu prestasi dalam padang.

samalah dengan kita yg bekerja di pejabat misalnya.
ada masa sibuk, ada masa senggang.
kadang-kadang ada masalah kerja urgent yg perlu diselesaikan, masalah tempat kerja sampai pening kepala tak tidur malam memikirkannya.

begitulah juga dengan perlawanan bola.
tak semua pasukan yg ditentang tu sama, padang & rumputnya pun berbeza.
kalau dah hari ini dengan semalam pun tak sama, maka keputusan atau pengalaman yg dilalui juga adalah berbeza.
hari ni mood kita baik di tempat kerja, esok mungkin mood bertukar nak 'makan orang'.
semalam kita pandu kereta jalan sesak bagai nak rak, tapi hari ini laluan yg sama lengang macam pandu kereta pagi ahad.
minggu lepas boleh score gol, minggu ni lawan team yg tinggal 9 orang pun masih tak dapat score...