aku memang tak minatlah drama melayu. aku mengaku.
tapi aku tahu jugak perkembangan. kalau dulu nur kasih jadi kegilaan ramai hingga diangkat jadi filem.
lepas tu trilogi cinta pulak naik dapat sambutan hangat, berbulan-bulan lamanya.
sekarang ni tengah hangat dan dah nak habis dah drama nora elena. aku ada jugak dengar-dengar cerita wifey dengan kengkawannya. baca dalam status facebook terutama kalangan kawan perempuan. kawan sepejabat pun ada duk cerita pasal drama tu. jadi, aku tahulah ada satu drama tengat panas sekarang ni.
mula-mula aku tertanya-tanya jugak bila diorang cakap atau tulis nama yg aku rasa watak dalam drama tu.
"issshh, kenapa la nora elena ni keras hati sangat, ego!"
"nora tu bodoh, dapat laki baik, kaya dan hensem pun jual mahal!"
"eeee, hensemnya setan" (hah, kenapa diorang memuja setan...ish kena tegur ni...)
"kesian setan..."
"nyampah tul dgn yvonne tu, jahat, gedik, ngada-ngada...!"
untuk mengelakkan kekeliruan, petang semalam aku intai-intai wifey yg sedang khusyuk tengok drama. arghhh drama melayu, tengok satu episod pun dah boleh agak dah...predictable bukan?(jangan marah gue...)
nora elena atau watak utama dalam drama ni adalah isteri kepada seth tan (bukan setan). dia tak dapat terima perbuatan lampau suaminya itu. walaupun memanglah seth tan boleh dikategorikan hensem macam aku dan kaya raya dan baik pulak. nora elena senelum tu putus tunang dengan orang lain. dia setuju kahwin pun macam sebab frust aje. manakala yvonne pula watak antagonis. dia ialah sekretari (?) atau p.a si seth tan. dia ada hati pada seth tan, jadi dia pun cuba pelbagai tipu daya utk memenangi hati seth tan tu. tapi seth tan hanya anggap dia sebagai kawan baik.
itulah yg dapat aku simpulkan daripada apa yg aku intai-intai semalam. mungkin betul, mungkin tidak.
apa pun, hari ni, adalah episod terakhir atau kemuncak drama ini. kepada yg minat, janganlah salah anggap. aku tak pernah pulak nak menghalang atau mencemuhnya. minat kita berbeza kan....