- anak sungai lagikan berubah... -

Aug 10, 2011

orang kata, sikap kita sebagai manusia akan berubah mengikut pengaruh persekitaran. dipengaruhi material. ada yg berubah bila usia meningkat dan kematangan menguasai pemikiran. ada yg dipengaruhi kawan-kawan. suasana tempat kerja juga boleh mempengaruhi sikap dan penampilan diri. ada yg berubah menjadi lebih baik. ada pula yg berubah menjadi sebaliknya. tetapi barang diingat, ada juga yg tak berubah langsung. sikap diri dan penampilan yang dulu, sampai sekarang...sama saja.


aku masih ingat. waktu itu aku di tingkatan empat. ada seorang kawan perempuan sekelas yg pendiam orangnya. di sekolah kami, pelajar perempuannya bebas memakai tudung atu tidak. kawan yg aku ceritakan ini memakai tudung. setahu aku dari sebelum aku kenal dia di tingkatan bawahan lagi.


pada suatu hari, seingat aku selepas raya. dia masuk ke kelas dengan penampilan baru. tanpa tudung. hal ini mengejutkan kami semua. ada kawan-kawan yg prihatin, cuba menasihatkannya. termasuklah aku juga. selalunya yg tak bertudung, kemudiannya 'berhijrah' memakai tudung. bukan sebaliknya.


malangnya, tindakannya itu dipuji pula oleh guru kelas kami mrs chin. aku masih ingat lagi kata-kata cikgu itu."eloklah macam ni, sebab awak nampak tua kalau bertudung".


serentak dengan itu sikapnya yg pendiam turut berubah menjadi keletah. orang sekarang kata suka menggedik. penampilannya itu kekal sehinggalah kami tamat spm. dia tidak meneruskan persekolahan ke tingkatan 6 seperti aku. tiada lagi aku dengar khabar beritanya selepas itu.


baru-baru ini ada seseorang yg meng-add aku di fesbuk. dalam masa yg sama dia memperkenalkan dirinya sebagai kawan lama yg pernah sekelas denganku dulu. ya, dialah kawan perempuan yg 'membuang' tudungnya seperti yg aku ceritakan itu.


penampilannya jauh berbeza kini. dengan penampilan tudung labuh dan memakai pakaian ala jubah yg aku tengok daripada status dan koleksi fotonya di fesbuk. dia sekarang seorang guru. dan dia punya 9 orang anak! yg lahir setahun satu.....alhamdulillah!


dan katanya, sudah lama mencari aku yg terputus hubungan. tak lupa juga, dia mengucapkan terima kasih atas nasihat yg pernah aku berikan padanya dulu.

0 refleksi: