dua hari lepas, erol menghulurkan sekeping surat. "cikgu suruh bagi..." katanya, ringkas. aku pun membacanya, makluman minggu ini ada sekolah ganti. hari sabtu.
malam tadi, erin pulak menyampaikan surat yg sama. "papa, sabtu ni kena sekolah..." sambil tarik muka.
mungkin, surat sebelum ini, aku tak baca habis. bila erin hulur surat, terdetik kali ini untuk aku baca lebih teliti. nak tahu juga, sekolah ganti untuk apa? sebab dah banyak kali dah mereka ni sekolah pada hari sabtu. sekolah ganti jugak alasannya. setahu aku sebelum ni, sekolah ganti untuk hari raya dah buat awal-awal dulu. nampaknya, sekolah anak aku belajar ini begitu 'prihatin' pasal cuti. dan begitu 'rajin' untuk datang ke sekolah pada hari sabtu.
aku pernah jugak merungut, adakah cikgu sekolah yg beriya-iya sangat nak bercuti, maka dikerah pelajarnya menghadiri sekolah ganti? hari mengambil kad laporan, tidak pulak mereka adakan pada hari sabtu! sehingga memaksa ramai ibu bapa bercuti atau ambil cuti separuh hari atau ambil time off kerja. tak cukupkah cuti penggal yg diberikan. mungkin telahan aku ini salah, tapi kalau ditengok dari sudut negatif, memang ada kecenderungan begitu.
masakan tidak, sekolah ganti pada sabtu minggu ini, diadakan 'kononnya' untuk menggantikan curi hari deepavali! sedangkan semua orang tahu cuti deepavali adalah cuti umum. sehari saja. dan lebih menyakitkan hati, bila aku semak tarikh jatuhnya hari deepavali ialah hari rabu, 26 oktober. adakah cuti nak disambung kepada khamis dan jumaat lalu menjadikan jumlah cutinya 5 hari?!
aku tak yakin arahan sekolah ini mendapat restu pihak jabatan pelajaran atau kementerian. jadi, tindakan mereka ini atas alasan apa? ikut sesuka hati guru besar dan pengurusan sekolah sahaja kah?
jadi, aku katakan pada erol dan erin...tak payah datang!
p.s: entri ini merujuk kpd sekolah anak aku shj
3 refleksi:
cikgu yg lebih ni...
cuti jenis berganti bukan senang nak ambil. bukan macam cuti sakikt. cuti jenis berganti biasanya arahan dari JPN kalau tidak dari KPM... tapi biasanya JPN laaa... lainlah cuti peristiwa....
Yg dimaksudkan ialah sekolah ganti bukan cuti ganti. Jika benarlah ianya arahan dpd JPN kenapa pula tidak semua sekolah bercuti. Ada yg cuti ada yg tidak, ada yg cuti 2 hari dan ada yg cuti seminggu!
Post a Comment