- hari yang panjang... -

Aug 16, 2011

semalam adalah hari serba tak kena.


1. masuk ke bilik ofis pagi itu, ada bau kurang menyenangkan. sehari sebelumnya ada bau seperti elektrik atau komponen elektrik terbakar. lalu aku tutup semua peralatan elektrik. bau benda akibat terbakar ni macam bau bahan kimia. sengit dan menyesakkan nafas. mujur report yg dibuat cepat diambil tindakan. mereka check semua peralatan. dah clear...tetapi saki baki bau itu tetap ada.


2. bau itu berterusan. hingga terasa sedikit menyesakkan dada. aku ambik keputusan, buat kerja dalam bilik mesyuarat sajalah. tapi beberapa perkara perlu menggunakan internet. terpaklah aku gagahkan juga duduk dalam bilik ofis. aku buka tingkap, supaya ada udara keluar masuk.


3. tengah hari itu, semasa menghadiri satu mesyuarat, dapat panggilan telefon daripada amy, sepupuku. terpapar namanya pada skrin. aku sempat menjeling tapi menjawab panggilannya. kemudian disusul mesej yg masuk dari amy. sempat aku menjeling, membacanya meski mesyuarat sedang berlangsung. "pak itam kritikal, heart attack...!" aku sempat berbalas sms. aku difahamkan pak itam dikejarkan ke IJN dari seremban.


4. aku ambik keputusan selepas mesyuarat untuk ke IJN. aku beritahu beberapa rakan sekerja. aku akan balik semula ke ofis selepas menjenguk pak itam. lagipun, petang semalam, ada majlis berbuka puasa staf ofis kami.


5. tiba di IJN kira-kira jam 3:00 petang. aku sempat sekejap menjengok pak itam di bilik icu. kami hanya diberikan giliran 2 minit seorang untuk masuk. keadaannya tak berapa baik. kaum keluarga terdekat juga ada di sana. kira-kira jam 4:15 pak itam kembali ke rahmatullah...


6. aku maklumkan kepada rakan sekerja, berita itu. tak kesampaianlah perancangan asal untuk menghadiri majlis buka puasa dengan rakan sekerja di sebuah hotel di PJ. jadi, aku akan membantu sepupuku yg lain menguruskan jenazah untuk dibawa pulang. seterusnya, menguruskan pengebumian malam itu juga.


7. pak itam adalah adik sebelah arwah abah. tinggal pak usu sahajalah adik-beradik sebelah abah yg masih hidup. semoga arwah pak itam diberkati Allah dan dicucuri rahmatnya di bulan yg mulia ini.