hari ni, ofis dah mula lengang. ramai yg dah mula cuti. cuti raya. semalam dah ada staf yg datang ucap selamat hari raya, maaf zahir batin.
termasuk tahun ini, dah 3 tahun berturut-turut aku tak cuti raya. itupun boss besar tak nampak lagi. tak pernah nak dihargai. bukan aku tak nak cuti. tapi aku harus faham, yg aku memang tak boleh bercuti. dan aku faham itu. sebab itulah aku tak bercuti. fuh...berbelit-belit pulak jadinya.
ada antara mereka yg kampung yg jaraknya 'sejengkal' pun sibuk ambik cuti awal. cuti panjang pulak tu. dan kalau boleh semua orang nak cuti raya. tak kesahlah kalau ofis terpaksa ditutup sekalipun. apa mereka peduli. yg penting nak cuti raya jugak. tak boleh tidak.
kalau kita kerja di kompeni swasta, ada sistem giliran. hari ni staf tu cuti sebelum raya, staf yg satu lagi cuti selepas raya. tahun berikutnya, giliran itu bertukarlah. kenalah saling memberi dan menerima. janganlah pentingkan diri saja. kalau kerja yg melibatkan kesejahteraan awam, polis, misalnya. masa cuti begini khidmat mereka diperlukan. cuti kadang-kadang dibekukan. itupun masih ramai yg nak kutuk abang polis. tak tahu menghargai langsung. tentu mereka rasa seperti yg aku rasa.
dalam borang mohon cuti tu mereka tulis cuti raya. sebenarnya cuti raya dah diberi oleh kerajaan. memang dah bagi 2 hari free. tahun ni ada 3 hari sebab serentak dengan hari kemerdekaan. jadi cuti selebihnya itu, ialah cuti tahunan bukannya cuti raya.
alahai nasib badan. bila agaknya giliran aku pulak utk cuti raya? tahun depan?
2 refleksi:
emm..apa nak komen yer?
masa belum kawen dan single,keje shift selalu tak dapat raya sebab keutamaan adalah kpd kakak2 yg dah kawen bercuti raya.
dah kawen..keje opis hour dapatlah bercuti..tapi kali ni adalah raya paling lama buat saya.seminggu cuti..total adalah 10 hari plus isnin yg patut org dah keje saya masih cuti..seronok tak jd saya?hehe
SELAMAT HARI RAYA ye
happy irfa,
mcm tulah resminya, yg senior diutamakan.
tp aku sebenarnya bkn x boleh cuti. tp kebetulan setiap kali musim raya bnyk keje urgent. tak sampai hati nk tinggalkan 'anak2 buah' yg terpaksa bekerja. jadi, sekurang2nya mrk tk rasa down.
'selamat hari raya' juga ye...
Post a Comment