- diari ramadhan...setakat ini -

Aug 5, 2011

1.


hari pertama puasa. diorang cuti. semua duduk rumah. tak mahu pergi nurseri. jam 10 am, call tak berjawab. mungkin masih tidur. jam 11 jugak masih tak berjawab. biarlah, tengah berkemas atau mandi agaknya. jam 12, call akhirnya diangkat. di hujung telefon, suara eril yg serak dan parau. baru bangun.hari pertama yg perfect. pencapaian 100%. kalau nak kira, diorang puasa sekerat hari je, yg sekerat lagi...tidur!


2.


aku sampai rumah jam 6:00 ptg. suasana rumah agak kecoh. eril mengadu, yg erol buka puasa awal. erol kata dia masih puasa. tak makan apa-apa pun. cuma minum air sejuk dari peti ais je...!


3.


erin merayu nak buka puasa sebaik saja balik dari sekolah petang. aku cuba pujuk dia supaya bertahan. cuma tinggal 2 jam saja lagi. berkali-kali peti asi dibuka dan tutup oleh erin. baju sekolah tak mahu ditanggalnya. mogok. akhirnya aku beralah. erin kecundang...!


4.


semua masih bertahan bila aku balik dari kerja. sebagai ganjaran aku bawak mereka ke bazar ramadhan. aku belikan eril - otak-otak, laksam, karipap dan kepak ayam panggang. erol - kebab, murtababk ayam, ayam goreng dan mihun sup. erin - kuih lompat tikam, kepak ayam panggang, dadih, kentang spring dan donut.


nampak gayanya, aku tak boleh angkut diorang lagi. lari bajet...!

0 refleksi: