yang paling teruja nak berpuasa biasanya golongan budak-budak. terutama bila mendengar cerita yg kawan-kawan mereka yg turut berpuasa. apalagi bila selalu digertak dengan kenyataan "kalau tak puasa tak boleh raya". atau ditawarkan hadiah "1 hari puasa = rm1". ditambah pulak di sekolah, kantin tidak dibuka. atau dihadkan untuk bukan muslim sahaja. nak makan pun tak boleh, kecuali bawak bekalan dari rumah.
mengikut 'pengalaman' kebanyakannya puasa 'yang yok'. puasa setengah hari. atau balik sekolah aje, buka puasa. kecualilah bila dah meningkat besar sikit. dah pandai rasa malu. dah pandai rasa tanggungjawab. kebiasaannya bila dah naik darjah 4 ke atas tu, kira dah puasa betul lah. takde curi-curi makan atau puasa 'yang yok'. ada yang sanggup 'melepek' sementara menunggu waktu berbuka. demi mempertahankan diri daripada berbuka awal.
sebelum mula puasa, mereka akan berpesan. suruh kejutkan bersahur. mereka berazam untuk puasa 'penuh' sebulan. sudah merancang untuk beli makanan pilihan apa untuk dibeli di bazar ramadan.
paling kesian, bila nak kejutkan bangun sahur. nak kejutkan mereka yg tengah 'syok' tidur satu hal. nak suruh mereka makan satu hal. biasanya, waktu begitu, takde selera sangat nak makan. cuma dipaksakan saja. kalau tak, bimbang mereka tak tahan lapar atau dahaga pada siang harinya. macam-macam caralah dibuat. yang tidur di meja makan pun ada. yang menyuap mulut dengan mata tertutup pun ada. pengalaman itu kita sendiri sudah lalui dahulu. nak marahkan mereka pun tak guna, sabar aje lah.
biasanya aku kejutkan sahur pun dah jam 5 pagi. bukankah sunat dilewatkan sahur? asal tidak terlajak ke imsak sudah...!
aku selalu ceritakan pada mereka, waktu aku sekolah dan tinggal di asrama dulu. waktu bersahur ialah antara jam 2:30 -3:30 pagi. waktu tengah syiok tidur. kalau lewat daripada tempoh tu, alamat tak bersahurlah jawabnya. dewan makan pun dah tutup. kalau menu makan sahur tu sedap takpelah jugak. kadang-kadang rasa tak berbaloi 'mengorbankan' waktu tidur. lebih-lebih lagi kalau hidangan 'ikan jaket' yg disahurkan. nak tak nak, sebab takde pilihan lain, telan jugalah....
itu sebablah agaknya, zaman bujang aku dulu jarang sekali bersahur. mungkin pengaruh semasa tinggal di asrama, terbawa-bawa. lagipun siapa nak masak. kalau pandai masak tak apelah jugak. kalau goreng telur hari-hari untuk makan sahur pun, muak jugak. sehari dua takpelah...kalau sebulan? ataupun nak kena bersiap ke kedai untuk makan sahur. tidur lebih diutamakan pada zaman bujang itu. jadinya, apa yg aku amalkan masa bujang dulu ialah makan lewat malam. atau orang panggil supper. jam 1:00 atau 2:00 pagi. kata uztaz yang pernah aku dengar, itu tak dikira sebagai sahur. jadi, tak dapatlah pahala sunat bersahur. tak apelah...itu pilihan yang aku buat.
seperkara yg aku jarang tinggal ialah solat tarawih. sejak aku kecik di kampung, hinggalah di sekolah dan tinggal di asrama, ataupun semasa zaman kegemilangan bujangku. satu kerugian rasanya kalau tak berjamaah untuk solat tarawaih. walaupun aku ni taklah sealim mana, tetapi aku rasa sangat rugi kalau tak mengerjakannya. kalau zaman kanak-kanak dulu sebab nak makan moreh, tetapi kini tak lagi. ianya adalah ibadah yg dilakukan dengan penuh keikhlasan dan kerendahan hati...
2 refleksi:
teringat zaman budak-budak.
selamat berpuasa...
minum air paip pun jd...he he budak2
Post a Comment