MC - 5
EL - 0
Others - 7
demikian rekod kehadiran aku sepanjang tempoh 3 tahun perkhidmatan. ini bukan rekaan tetapi rekod yg dicetak daripada sistem kehadiran berkomputer. tidak boleh dipinda atau dimanipulasi. apalagi dispam atau kena hacked atau ditabur virus...ha ha. dan ianya hanya boleh dikeluarkan administrator sistem, bukannya aku sendiri. dengan kata lain - tara boley tipu punya woo...!
kalau kat sekolah, bila lewat datang, pengawas dah tunggu kat gate. nama kita kena catat. kalau kerap sangat nama naik, kena menghadap guru disiplin. mula-mula mungkin kena 'amaran' saja. lepas tu, kalau rekod masih buruk...siaplah kena tindakan tatatertib. begitu jugalah, bila kita dah bergelar pekerja.
okeylah, nanti ada yg bertanya, others (lain-lain) tu apa. ianya berkaitan, aktiviti yg membolehkan pekerja tidak perlu hadir ke pejabat seperti, time off, menghadiri kursus atau seminar atau cuti tanpa rekod.
aku dah kerja di kompeni ini lebih 10 tahun. dan aku percaya rekod ini adalah yang terbaik dalam kalangan staf kalaupun bukan yg terbaik. bukan untuk berbangga diri, tetapi boleh dijadikan sebagai cabaran kepada pekerja baru atau pekerja muda. yang kerap sangat cuti sakitnya, atau banyak cuti kecemasan. serta pelbagai alasan bila kehadiran lewat.
disiplin diri adalah penting. apalagi disiplin sebagai pekerja. sekali dua tidak mengapa, tetapi kalau berkali-kali, tentu ada masalah. itu pasal kompeni aku baru-baru ini perkenal sistem dimerit. setiap kehadiran lewat akan diberikan poin. jika melebihi poin tertentu mereka perlu menghadiri sesi kaunseling atau menghadap jawatankuasa disiplin.
satu hal lagi ialah penyalahgunaan cuti kecemasan. cuti ini sepatutnya digunakan hanya untuk keadaan yg tak dapat dielakkan, yg ekstrem. terlibat dalam eksiden, kematian saudara terdekat, atau keadaan darurat lain seperti terlibat banjir, kebakaran, sakit sehingga dimasukkan ke hospital atau seumpamanya. bukannya cuti kecemasan sebab terlewat bangun pagi, lalu berikan alasan kucing beranak...!
oh ya...kenapa plak aku nak cerita pasal rekod kehadiran 3 tahun? sebab bulan depan, aku kena menghadap jawatankuasa untuk menilai prestasi kerja. senang cerita ditemu dugalah...itulah timbul pasal rekod ni.
2 refleksi:
tahniah..
anda layak utk dapat anugerah.
dr saya yang tahun ni mc dah 3 kali :-)
pekerja mithali ni...bagos2
Post a Comment