- antara 'juvana' dengan 'keluarga gerilya' -

Jul 20, 2011

malam kelmarin aku sempat jugak 'menempek' sekejap tengok episod akhir drama tv 'juvana' yg digilai oleh wifey & erin. yep, menyajikan kisah sekumpulan 'budak-budak' nakal yg mahu kembali ke pangkal jalan, cikgu yg berdedikasi, pengetua sekolah yg jahat sebagai rencahnya. pada aku sesekali menampilkan tema sebegini memang lari sedikit daripada tema cliche drama melayu yg berkisar pada kisah percintaan, persengketaan keluarga, antara dua darjat, hasad dengki tak habis-habis.


tapi bukan 'juvana' yg nak aku ulas. atau menarik perhatian aku sangat. lebih memikat aku ialah nama panggilan atau gelar atau nickname yg digunakan dalam drama tu. botak, ayam, kicap, panjang, apek, gaban, kedah, komeng, abe dan gajah. heran gak kenapa nama heronya, daim takde nickname.


ini sebenarnya sudah jadi kebiasaan. terutama kepada mereka yg duduk di asrama. tak kiralah asrama sekolah, pusat latihan dan seumpamanya. nama ini sering diberikan oleh para senior kepada yg baru masuk atau freshies. kalau nasib baik, takdelah teruk sangat bunyinya. ini biasanya dalam kalangan yg lelaki, yg perempuan tak tahulah pulak aku. mungkin ada jugak kot...


nickname diberikan ikut suka hati mak bapak senior saje. tapi selalunya berkait dengan bentuk tubuh, karakter seseorang, dari mana asalnya atau nama ajukan daripada nama sebenar. dalam kes drama 'juvana' ni kita dapat kenal dengan panggilan panjang, kicap atau botak sebagai bentuk tubuh, ayam sebagai karakter dan kedah mengikut asal usul.


jangan terkejut kalau sesetengah nickname itu kekal hingga mereka sudah dewasa dan beranak pinak. malah, jangan terkejut nama sebenar dalam i.c langsung tidak diingat lagi dalam kalangan kawan-kawan. digantikan oleh nickname tadi.


semasa di kolej dulu ada kawan aku (nama sebenar dah lupa) digelar 'pak guard' sebab saban hari mengenakan pakaian biru. tak kira t-shirt atau kemeja. dia punya koleksi pakaian hampir 80 persen berwarna biru. begitu juga dengan nama seorang lagi yg dipanggil 'jelok' kerana berasal dari sg. jelok, kajang. atau 'megi' kepada seorang lagi kawan yg jadi penggemar mee segera 'maggi'. selain itu ada 'giant' yang berbadan besar yg juga pemain ragbi mewakili universiti.


di asrama sekolah dulu juga banyak gelar yg unik. ada jugak nickname 'panjang' spt dalam 'juvana', sebab orangnya tinggi lampai & berkaki panjang. 'atuk' sebab wajahnya nampak tua, atau 'jepun' sebab muka macam orang jepun, 'itik' sebab jalannya macam itik pulang petang, 'lebai' sebab rajin ke surau, 'kundur' sebab berasal dari kg kundur, jempol, n. sembilan, 'sumi' sebab suka makan jeli jenama 'sumi', ataupun nama-nama pelik yg memang tak masuk akal seperti mat capap, bango, jongos, jinggo, yutaki, jin fun, kodek, mat gedek, gelemair. kalau aku disuruh memberikan nama sebenar mereka, memang aku tak ingat dah sebahagian besarnya.


ahah...soalan cepu emasnya apa pulak nickname aku? aku antara yg bernasib baik lah. cuma diberi gelar 'nila'. sebabnya sebagai singkatan tempat asal aku 'nilai' dan aku suka bubuh nila bila basuh baju sekolah, mengikut petua arwah mak. tapi kemudian nama panggilan tu bertukar jadi 'benji' bila aku melakonkan watak 'benji' untuk pementasan drama yg diadaptasi daripada tulisan novelis tersohor indonesia, pramoedya ananta toer iaitu 'keluarga gerilya'. mungkin oleh sebab lakonan sebagai watak 'benji' itu begitu mengesankan (ceewahhh) nama benji itu lekat sebagai nickname aku. kata mereka memang aku ada karekter semula jadi benji seperti dalam novel. lebih mengejutkan gelar benji itu bukan saja setakat di asrama tetapi juga menular di sekolah terutama rakan setingkatan, termasuk pelajar perempuan...! ha ha ha


barang diingat, pementasan drama lakonan sekolah aku itu pernah menjadi juara peringkat negeri sembilan!


namun begitu, nickname yg tak berapa 'seronok' didengar sesetengahnya akan ditukar bila freshies tadi meningkat sebagai senior. tetapi kebanyakannya masih kekal. panggilan 'benji' itu kemudiannya dipendekkan menjadi ben. dan ianya kekal sehinggalah ke hari ini. terutama kawan-kawan rapat aku. walaupun sudah berkahwin dan punya famili. kalau nak ikut drama 'juvana' tu, mungkin aku bernasib baik macam watak heronya, 'daim' yg nicknamenya tak bertukar atau tidak diberi panggilan pelik-pelik seperti juga 'ben'.

2 refleksi:

rahimin said...

yep...setahu aku kat kompeni dulu pun officemate panggil nko ben kan...
samapi skrg aku panggil nko ben...he he

Anonymous said...

kengkdg nick yg senior bg mmg x msuk akal. ikut sedap diorg je. kwn aku kena 'pesek' sbb hidung dia. ha ha