- baju rombongan pengantin -

Jul 13, 2011

baju melayu raya tahun ni sudah ditempah sekali dengan baju rombongan pengantin. kain untuk baju rombongan itu ditaja oleh bakal pengantin. cuma duit upah tempah tu pandai-pandai lah bayar sendiri. kebetulan kenduri kahwin tu diadakan beberapa hari selepas raya. boleh saja aku nak pakai baju melayu rombongan pengantin untuk dibuat baju raya. tapi melampau pulak rasanya....ha ha


ya, memang raya lambat lagi. tapi kalau tak tempah sekarang, kedai jahit tak nak dah ambil tempahan bila dah dekat sangat. tak menang tangan diorang. tak berbaju melayu raya lah pulak kita nanti. tak tahulah bagi orang lain. tapi bagi aku, tak berbaju melayu pada hari raya macam tak de ketupat rendang. takde serinya. tak meriah.


aku sebenarnya tak berapa paham dengan trend sekarang ni. cukuplah pengantin aje yg pakai cantik-cantik, sedondon. masa dulu-dulu takde pulak rombongan pengantin pakai pakaian seragam. dengan rona warna yg sama. elok aje, takde masalah pun. tapi apa nak buat, dah hajat orang begitu, kita turutkan sajalah. kalau tak diturutkan nanti, janggallah pulak rasanya bila ikut rombongan nanti. nak tak nak, kita tempahlah sepasang.


sudahlah baju melayu raya sedondon, baju rombongan pengantin pun nak sedondon jugak....

4 refleksi:

rahimin said...

ha ha...aku puntk tau apa motifnya. itu belum kira 'door gift' yg segala bagai dlm beg kertas utk tetamu

Anonymous said...

mmg bnyk membazir skrg ni

Irfa said...

tu psl org skrg nak kawen pikir byk kali..banyak duit nak pakai semata2 nak sama mcm majlis org lain..ikut trend

bangsawan nilai said...

nasib baik dh kwain...he he