- 'abang' adalah ganti nama paling mesra di negara ini... -

Jul 11, 2011

1.
kebetulan aku di kaunter ofis. sekretari cuti hari ni. aku sedang tercari-cari stapler. lalu, muncul pekerja pos membawa surat.
"bang...tolong cop terima kat sini"
2.
semasa aku sedang buat salinan surat pada mesin fotostat yg terletak dekat dengan pintu masuk ofis, kebetulan masuk seseorang pelanggan.
"bang...nak order barang la..."
3.
selepas memilih lauk untuk dilonggok dalam pinggan, aku pun beratur di kaunter. nak bayar.
"3.50 sen, bang..." kata kasyier.
4.
petang semalam, semasa aku duduk berehat depan rumah sambil minum kopi & makan goreng pisang, aku disapa oleh seorang mat bangla. dia datang berbasikal, sambil tersangkut di bahunya mesin potong rumput.
"mau potong ka, bang...?"

3 refleksi:

rahimin said...

kdg2 mak cik jual kerepek pun panggil kia abg...hmmmm

Irfa said...

cakap la 'bila sy kawen ngan kakak awak "ehhe

bangsawan nilai said...

min, memang betul...

happyirfa, lenkali kena ckp cenggitu