- al-kisah anak bulan -

Jul 27, 2011

ada kengkawan yg komplen, kenapa kemas kini blog aku sejak kebelakangan ni, macam status update di FB je. maksudnya pendek dan ringkas. bubuh gambar utk cover line. he he...sebenarnya bukan begitu. maklumlah kerja dua dalam satu sekarang, jadi masa agak terbatas. balik rumah pun dah penat...

bila dah dekat nak puasa ni, kena tengok anak bulan untuk penentuan tarikh puasa. sejak beberapa tahun kebelakangan, tarikh puasa ditentukan melalui rukyah dan hisab. dulu hanya gunakan kaedah rukyah, atau tengok anak bulan sahaja. kalau anak bulan tak kelihatan, pada waktu matahari terbenam maka puasa akan jatuh dua hari kemudian. jika nampak, makanya puasa akan disambut keesokan harinya. begitu jugak dengan menyambut hari raya, demikian jugak kaedahnya.

kalau nak sambut puasa, taklah suspen sangat. yg jadi suspen bila nak tahu tarikh menyambut hari raya. melihat anak bulan syawal. pengumuman tarikh oleh penyimpan mohor besar raja-raja melayu, ditunggu dengan penuh debaran. biasanya bila nak raya, walaupun buluh lemang sudah ditebang, atau daun ketupat sudah dianyam, atau bahan untuk rendang sudah tersedia, tetapi ianya takkan dibakar atau dimasak terlebih dahulu. masing-masing akan tunggu pengumuman secara rasmi.


sebaik saja diumumkan barulah boleh dihidupkan api, dibakar lemang atau dimasak rendang. itu sebab malam raya menjadi sangat meriah, ada yang tak tidur malam nak siapkan masakan untuk hidangan esoknya.


paling suspennya, tentulah mereka yg bekerja di perantauan. yang nak balik kampung. terutama yang tak dapat cuti. atau mereka yang kena bertugas, jika raya tidak diisyhtiharkan. tak ke kalut, nak balik kampung pada malam raya...! kaalu dekat takpelah jugak, kalau jauh, memanglah thrill.


sekarang ni, tak berapa nak suspen dah. dah boleh agak, awal-awal. dah boleh ambik cuti awal-awal. dah boleh masak rendang, ketupat atau lemang, relaks-relaks je. itu satu kelebihan. tapi mungkin tak semeriah dulu. atau debaran tak suspen macam dulu. sebaik saja pengumuman, ramailah yang bersorak atau ramai yang kena buat penjadualan semula...!


apa-apa pun jangan pikir nak raya je. ibadah puasa perlu ditunaikan dulu...

0 refleksi: